Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
Ads
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Ads
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
Ads
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Inginkan kulit wajah putih bersih dan licin sempurna bak telur dikupas kulit, memanglah seakan hampir mustahil untuk direalisasikan. Paling tidak, mesti ada sepalit parut jerawat terkesan di wajah.
Lantaran itu, bagi mengurangkan kesan celar di wajah, anda boleh amalkan masker beras yang boleh dihasilkan sendiri. Perkongsian daripada Amy Hamid ini harap sedikit sebanyak dapat membantu wanita di luar sana untuk tampil lebih menawan dengan kulit wajah yang lebih bersih dan sihat.
4. Kemudian sapukan ke wajah setiap malam dan biarkan kering selama 30 minit.
5. Ketika mencuci wajah boleh gosok secara perlahan-lahan.
[su_highlight background=”#f0f0f7″ color=”#120c52″]Bahan yang tidak habis dipakai boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan bekas berpenutup dan kedap agar kualitinya kekal terjamin.[/su_highlight]
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekolah di tutup akibat jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat, kanak-kanak tentunya berasa bosan tidak dapat ke mana-mana secara bebas.
Jika sebelum ini mengikuti pembelajaran di rumah. Seterusnya cuti sekolah pula, masih tidak dapat ke mana-mana lantaran arahan kerajaan untuk total lockdown.
Begitulah pula kisah seorang kanak-kanak ini, barangkali ‘terlepas’ daripada kawalan ibu bapanya telah keluar rumah tanpa kebenaran.
Lebih mengejutkan apabila berani menunggang motorsikal walaupun dibawah umur.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat kanak-kanak ini apabila panik setelah secara tidak sengaja teranggar pintu rumah orang dikawasan yang dilaluinya.
Tular video yang berdurasi 44 saat ini telah tular setelah dimuat naik oleh Hello Kelantan di akaun Tiktok.
Kejadian yang dilihat di kawasan perkampungan ini, menyaksikan kanak-kanak ini ini tanpa rasa bersalah meminta pertolongan pemilik rumah pagar yang dilanggarnya.
“Abe tolonglah metaaa…” yang bermakn “Abang tolonglah sebentar…”
Dalam bahasa loghat pekat Kelantan dan bersahaja, cuba menarik keluar motornya yang tersangkut di celah pagar.
Namun pemilik rumah menegurnya dengan cara yang baik perbuatannya kanak-kanak itu.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar agar ibu bapa mengawasi anak-anak agar perkara yang tidak diingini berlaku.
Jangan tak tahu, cara beri ubat pun boleh memberi kesan pada kesihatan anak-anak. Sebab salah cara menyebabkan demam anak anda tak kebah-kebah. Nak tahu sebabnya, jom baca perkongsian dari Aizah Zarirah
Ni cara yang betul bila nak bagi anak makan ubat. Langkah pertama tuang dulu ubat pada penutup transparent yang di sediakan di setiap botol ubat. Tuang ikut nombor yang di penutup, mengikut berapa ML yang kita nak.
Rupanya SALAH caraku bagi anak makan ubat!
Hari tu ada kawan facebook akak cerita mengenai baby dia. Ceritanya macam ni
Anak dia yang baby tu umur 8 bulan. Dah 2minggu demam dan masih tak kebah-kebah. On off la. Kali kedua, kawan akak bawa balik babynya jumpa doctor di satu klinik swasta ni , di pinggiran batu caves. Kawan akak bgtau la balik doctor yang anak dia demam tak kebah pun.
Lepas tu doctor pun tu tanya. “Berapa kali puan bagi anak makan ubat?”
Lepas tu kawan akak cakap la. Dia bagi makan ubat macam biasa la ikut masa doctor tetapkan.
Langkah kedua pulak. Pastikan kita hanya masukan muncung syringe je ye. Jangan masukan dengan badan-badan dia. Lepas tu baru kita sedut perlahan-lahan. Kalau ada ubat yang berlebihan dalam penutup transparent tu BUANG je. Ingat! Jangan masukkan balik dalam botol dan jangan sesekali main celup syringe dalam botol ubat. Kalau ada tiga jenis ubat, pastikan kita sediakan tiga jenis syringe . Satu ubat, satu syringe. Baru ia tak bercampur.
Then doctor tu tanya balik, “Bagaimana cara puan bagi anak ubat ?”
Kawan akak pun cakap “Saya buat cam biasa la doctor, celup penyedut dalam botol. Sedut la ubat pakai syringe tu, Lepas tu bagi anak. Lepas tu saya bagi ubat lain pulak.”
Doctor tanya lagi “Syringe tu puan guna yang sama?” Kawan akak pun cakap, “Ya, saya masuk balik syringe tu ke botol lain sedut ubat lain dalam ubat lain”.
Doctor tu pun pandang kawan akak ni sambil senyum dan cakap “salah cara puan bagi ubat tu!” Kawan akak pun punya la terkejut bila doctor dah explain panjang lebar, hakak pun baru tau yang selama ni kita memang salah cara bagi anak makan ubat.
Doctor cakap kalau dah mencelup ubat macam. ubat itu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat dah hilang. Ibarat seperti bagi air gula je pada anak.
Macam ni ye. Hanya muncung dia je!
Pesan doctor, ubat mana yang sudah dicelup nanti buang. Jangan nak simpan. kalau cara bagi anak makan ubat yang betul boleh tahan selama sembilan bulandalam peti sejuk. Kecuali antibiotik, tempoh singkat.
Contoh yang salah adalah celup dalam botol ubat pertama kemudian bagi pada anak. Selepas itu guna syringe yang sama tanpa basuh bersih, celup pula botol kedua.
Tapi kalau kita hanya ada 1 syringe pastikan kita basuh bersih-bersih dulu sebelum kita masukan pada botol lain. Seeloknya sediakan cawan berisi air bersih kalau jauh sangat nak berjalan pergi dapur cuci.
Point yang mudah:
1. Nak celup pakai syringe je, lepas itu basuh bersih dan celup lagi. ITU BOLEH.
2. Nak tuang dalam penutup selepas itu bagi pada anak, tak payah pakai syringe. ITU PUN BOLEH.
3. Nak pakai satu ubat, satu syringe. ITU LAGILAH BOLEH.
Faham kan?
Jom ikuti langkah-langkah yang betul cara nak bagi anak kita dengan betul.