Tentu ada suka makan menu ni kan. Sudah pasti semua dah tahu Laksam, yang berasal dari negeri cik siti Wan Kembang dan memang sangat sedap.

Selain beli di kedai, apa kata kita buat sendiri di rumah. Jom ikuti resipi oleh puan Nor Khomariah Norrohman yang mendapat share sehingga lebih 4K. Wow!

 

Begini Cara Resepi Laksam Lembut Dan Licin Bila Digulung. Patutlah Viral!

Saye adalah hantu laksam bukan hantu laksa 
Xkira masa, pagi ke, ptg ke, mlm ke onnnzz je kalau dgn laksam xmkn nasi pom tkpe, masak laksam hr nie, saje buat lebih sebab jiran sy mmg suka laksam, suka sngt lah dia kalau sy bagi laksam..☺️☺️☺️..hari tu dh share rasepi.. Saya share sekali lg ye 🙂

RESEPI LAKSAM

IKLAN

Bahan-bahan
1. 1/2 cawan tepung gandum
2. 3 cawan tepung beras ( sy guna cap teratai)
3. 5 cawan air suam
4. 1/2 sudu kecil garam
5. Minyak masak
6. Tudung periuk atau bekas leper
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul..
2. panaskan pengukus dgn api yg kuat, pastikan air banyak dan air mendidih ye sebelum mengukus.
3. Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk.
4. Kukus dalam 5 minit dan jika laksam gelembung tu maksudnyaya
ah masak.

Tips:
– Nak pastikan kulit laksam licin, nampak gebu pastikan tudung periuk licin dan bersih. Gunakan minyak yang cukup untuk sapu sebelum tuang adunan, jangan banyak sLAKSAM
Agak-agak lah ya..

Satu adunan dapat dlm 10-12 batang

Try lah buat rasepi nie mmg mnjdi..
Tipsnya cawan sukatan tepung kene sama dgn cawan sukatan air ye.. Tggu btl2 sejuk br gulung.. Kalau nk permukaan licin kene sapu dulang tu bersih2 ye…
Saya kukus pakai dulang besi yg beli dekat kdai eco, bl 3 dulang dh cukup buat gilir2.. saiz dulang 24cm.. Sedang2 molek saiz laksamnya…

IKLAN

BAHAN KUAH LAKSAM

1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping)
2 sudu besar lada hitam
3 keping asam keping
bawang merah 7 biji
4. Halia ( tapi sy xletak xsuka rasa dia kuat)
santan segera 2 kotak kecil @ sebiji kelapa ( sy pakai kelapa)
air secukupnya
garam dan perasa

CARA MASAK KUAH LAKSAM

1. rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambik isinya.
2. blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan lada hitam hingga betul2 lumat boleh tambah sedikit air.
3. didihkan santan, masukkan bahan belender td.masukkan asam keping garam dan perasa.
4. sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul2. boleh tambah air jika terlalu pekat.
5. potong laksam, letak ulam, timun bunga kantan, taugeh atau apa je laa kemudian curahkan kuah. letak sedikit belacan bakar lg best.

IKLAN

Untuk sambal cili
1. Cili padi dan cili besar merah
2. Sedikit gula dan garam
3. Air limau nipis @ cuka

Begini Cara Resepi Laksam Lembut Dan Licin Bila Digulung. Patutlah Viral!

Caranya tumbuk cili letak Garam dan gula dan perah limau nipis.. Siap!

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI