Kek Batik Indulgence memang digemari ramai lantaran rasanya yang enak terutama ketika dimakan waktu sejuk.
Bagi peminat kek, pastinya akan makan berkali-kali menikmati rasanya keju dan coklatnya. Malah anak-anak pasti teruja menjamah hidangan ini.
Jika asyik beli aje tentu ‘lari’ bajet, apa kata buat sendiri. Menarik resipi yang dikongsi oleh Putri Bungsu yang menyediakan langkah demi langkah membuat kek dengan begitu lengkap. Ikuti resipinya.
Inilah saya hampir setiap hari, selepas semalaman dalam fridge ni masa memotong kek batik, cukup keras elok je seronok tengok. Ok saya edit untuk resepi, Cara Potong sekali, kerana sokongan anda semua.
Resepi kek batik ni dapat dari kawan da lama 1998 dulu, saya ubah sikit agar tidak manis keterlaluan. Tapi topping cheese & chocolate Saya belajar setahun lepas, itu pun melalui YouTube, Dan!! Tak betul 100%, Saya olah ikut Cara saya, Resepinya seperti di bawah, semoga bermanfaat untuk semua.
Kek Batik Indulgence Mek Da
Bahan-bahan Untuk Base
1. 8 biji telur ayam
2. 1/2 cawan susu pekat manis
3. 1 pek milo 480 g
4. 1/2 butter cup
5. 1 keping coklat masak
6. 2 bungkus biskut merry
7. Loyang saiz 12’ X 12’
8. Plastik untuk alas
cara-caranya :
pecahkan semua telur didalam mangkuk sedehana besar. Kemudian pukul telur hingga kekuningan, masukkan susu dan pukul hingga sebati, masukkan milo dan kacau lagi sehingga semua bahan itu sebati, kemudian ketepikan seketika.
Sediakan bekas yang bersesuaian, pecah dua biskut merry dan biarkan.
Kemudian panaskan kuali sederhana besar, masukkan butter cup dan cairkan, kemudian masukkan coklat masak kacau sehingga cair dan sebati kedua-dua bahan tersebut. Kemudian masukkan pula 3 bahan telur, susu dan milo yang telah dikacau tadi. kacaukan semuanya perlahan-lahan sehingga bahan yang cair tadi menjadi likat, masukkan pula biskut merry dan kacau lagi, kacau sehingga biskut merry disaluti coklat.
Apabila semuanya telah sekata masukkan bahan tersebut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekankan kek batik itu tadi dan ratakan didalam loyang, biarkan seketika, step Seterusnya.
Lapisan Cheese
Bahan-bahan :
500 gram cream cheese Tatura
1/3 cup gula
1ml asen vanila
6 gram gelatin
50ml air panas (pastikan air panas mendidih)
250 ml whipping cream
Cara-caranya:
Sediakan bekas yang bersesuaian masukkan Cream Cheese, gula dan asen vanila dan pukul sehingga menjadi soft dan sebati. Kemudian masukkan pula whipping cream dan pukul lagi sehingga bahan sebati. Sediakan mangkuk kecil untuk bancuh gelatih dengan air panas kacau sehingga gelatin larut kemudian masukkan ke dalam bahan cheese dan pukul lagi, apabila telah sebati kesemua bahan, tuangkan ke dalam loyang adunan base kek batik dan hentak sedikit agar is lebih rata.
Lapisan Coklat
Bahan-bahan:
500 gram coklat dark compound coins
500 ml whipping cream
2 ml esen vanila
1 sudu kecil butte
10 gram gelatin
50 ml air panas (betul2 panas@ baru lepas dijerang.
Cada-caranya:
Satukan coklat, esen vanila & butter dalam 1 bekas. Didalam bekas yang lain @ periuk kecil, masukkan whipping cream dan panaskan dengan api sederhana, sentiasa kacau sehingga panas atau berwap. Tuangkan whipping cream ke dalam coklat tadi kacau segera sementara whipping cream tengah panas untuk mencairkan coklat dan kacau sebati dan sekata, (guna kaedah double boil pun boleh) ketepikan sebentar.
Didalam bekas lain, satukan gelatin dengan air panas kacau sehingga gelatin menjadi cecair dan tidak berbiji terus tuang ke lapisan cheese tadi perlahan-lahan. Masukkan ke dalam fridge untuk bekukan topping kek batik itu tadi. Paling minima 5 jam untuk keras sempurna dan cantik bila dipotong.
Cara memotong
Sediakan air panas didalam bekas atau botol yang bersesuaian ikut saiz@ panjang pisau dan kain lap yang bersih. Caranya celupkan pisau didalam air panas, lap kering pisau, potong kek dan basuh pisau. Celup lagi dengan air panas, ikut langkah seperti diatas sehingga selesai.
Selamat mencuba!
Sumber: Putri Bungsu