Orang kata dengan menaman pokok-pokok boleh memberi ketenangan, apatah lagi bila apa yang ditanam mengeluarkan hasil yang boleh dimakan.
Tambahan pula semenjak dua menjak ini ada kedai yang menawarkan kelengkapan berkebun atau menanam dengan harga yang sangat murah iaitu serendah RM 2. Ternyata, kos untuk mereka yang mempunyai hobi menanam ini tidaklah besar.
Hal ini ada dikongsikan oleh @izzatiamyra di media sosial, jom ikuti perkongsiannya.
Ads
Dan menurutnya lagi dia banyak mendapat barang kelengkapan tanaman di kedai eco kerana murah.
Lihatlah hasil tanamannya yang lain. Memang terasa ingin pula mencuba menanam sepertinya.
Biskut raya ini antara resipi warisan yang sering menjadi pilihan ibu-ibu untuk hidangan di hari raya. Jika dahulu hanya satu resipi iaitu bangkit Kelapa namun kini sudah dipelbagaikan versi termasuklah menggunakan cheese.
Kali ini admin nak sajikan hidangan Biskut Bangkit Cheese yang cukup mudah nak dibuat. Tak perlu risau kalau tak ada acuan, guna je penutup botol mineral dan selesai masalah anda.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha
Biskut raya kembali”Biskut Bangkit Cheese”..nak bli da siap mahal sb brg²nya pon dah mahal..jd kita buat sendiri utk kepuasan diri..dh bli brg² lupa acuan xda,nampak botol mineral depan mata so tutupnya jd mangsa..jgn tgk awalnya,tp tgk kesudahanya..setiap thn wajib ada sb biskut ni sedap sgt² rapuh cair dimulut rasa cheese yg puas sgt².
Menyentuh tentang bab melipat kain baju ni, memang ramai antara kita boleh menghelah nafas yang panjang untuk menggambarkan betapa terasa bebannya untuk melakukan tugas yang satu ni.
Apa tidaknya melihat pakaian yang bertimbun-timbun di dalam bakul, memanglah terasa berat kerja tersebut. Pun begitu, lain pula pengalaman yang dirasakan oleh Puan Intan Suhana ini bila baru mengetahui ada cara dan teknik yang lebih menyeronokkan boleh dipraktikkan ketika melipat kain bersama anak-anak. Dan semua itu, dikongsikan di akaun fbnya dan bolehlah kita pula mempraktikkan cara ini. Jom semak.
Ada yang tengah merenung tajam ke arah timbunan kain baju yang tidak bersalah ke tu Nak tak kalau Kak Intan share kaedah melipat kain yang bakal membuatkan korang ketagih?
Bukan ketagih apa. Ketagih nak melipat. Pantang angkat baju dari jemuran terus rasa rajin nak melipat. Serius cara ni berkesan.
Enjoy je masa melipat tu. Anak-anak pun rajin nak tolong. Sebab depa suka part nak twist tu.
Kaedah ni dah lama dah rupanya. Hakak kau ni je baru tahu. Gara-gara tertengok video melipat baju seperti origami ni kat satu page baru-baru ni.
Bila Kak Intan cuba apply je teknik ni wahhh enjoy wei. Seronok je melipat baju. Tak terasa stress pun tengok kain baju yang bertimbun tu.
1. Sebab kita excited nak siapkan step yang last tu.
2. Lepas tu kemas dan senang je nak susun.
3. Anak-anak pun jadi rajin nak tolong lipat, nak tolong susun, dan kemas sendiri kain baju diorang.
4. Mak-mak akan happy je bila tengok anak-anak pakai baju yang dah di-matching-kan dengan elok siap-siap masa melipat tu.
5. Dah tak timbul isu anak-anak pakai baju tak semenggah, baju kaler merah seluar kaler hijau. Ish ish kan tak matching langsung tu. Hehe
6. Diorang pun senang nak pilih baju apa nak dipakai sebab nampak jelas trang tang tang mana satu baju mickey mouse nya, hello kitty nya, my mom rules nya, break the rules nya. Alahai macam-macam pesen baju budak-budak zaman sekarang.
Anak-anak Kak Intan duk panggil ini kaedah ‘bungkus hadiah’ katanya. Haha hentam sajalah budak. Asalkan kamu bahagia.
Cara-cara tengok gambar ye.
Step 1
Step 2
Step 3
step 4
step 5
Step 6
step 7
Kot tak clear tengok je la tangan kerepot ku dalam video yang daku buatkan khas untuk kalian wahai mak-mak yang gojes!
Jenuh tau den buat video ni sorang-sorang. Ambik kesempatan sementara Si Cupu masih tidur ?
Posted by Intan Suhana on Wednesday, August 14, 2019
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini untuk berbuka nanti.
Bella Astillah dan Syed Saddiq berkongsi detik bermakna apabila menerima nasihat rumah tangga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah menjelang alam perkahwinan mereka.