Ikan segar memang sedap apabila dijadikan menu hidangan. Jika diperap untuk ikan jeruk lagi bertambah nasi.
Perkongsian menarik oleh puan Yuss Aisya untuk resipi ikan jeruk tenggiri. Boleh cuba!
Assalamualaikum semua.
Sy x pernah janji nak bg resepi ikan jeruk ni sbb sy berniaga. Ramai yg minta resepi dan sy x reply. Namun sy fikir semula rezeki kita semua Allah yg tentukan. Sy x akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat sy rasa ‘kaya’. Dgn rendah hati sy kongsikan resepinya.
~#Tenggiri_jeruk
Ads
Bersihkan tenggiri segar.
Perap dgn :
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus spt mancis
*Lengkuas hiris halus spt mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage utk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yg secukupnya (garam mesti bersalut) utk awet ikan supaya x busuk & tahan lama dgn izin Allah. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.
Ads
Ads
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah jika memask sambal supaya rasa sedap, likat dan berkilat.
Masak sambal termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang.
Nak tahu rahsia supaya sambal jadi lebih sedap ikuti resipi puan Nurfaryana Nazari. Boleh cuba!
Bahan-bahan dan cara penyediannya:
Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.
Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.
Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.
Sumber: Nurfaryana Nazari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
PAVLOVA ialah pencuci mulut yang diperbuat daripada meringue. Ha meringue tu apa? Meringue tu acuan telur putih yang dah dikacau dan campur dengan gula. Bila bakar, dia jadi keras.
Pencuci mulut ni digemari ramai dan ia antara yang popular dihidang di hotel atau kafe mewah. Sekarang pon dah ramai dekat negara kita yang jual.
Ikutkan sejarah, Pavlova ni diambil sempena nama penari balet Russia, Anna Pavlova. Anna ni selalu mengembara ke Australia dan New Zealand sekitar tahun 1962.
Tapi ada jugak pandangan lain yang menyatakan Pavlova sebenarnya berasal dari Australia atau New Zealand dan Perancis.
Yang penting Pavlova ni manis dan ringan. Rupa dia pon menarik sebab dihiasi dengan dengan banyak buah-buahan segar. Woww so colourful kan. Baru lah terliur nak makan.
Kalau tersilap buat, memang tak menjadi. Kan dah rugi. Dahla kena guna banyak telur putih kan. Jadi jom kita cuba buat sendiri ikut resepi yang betul…
BAHAN-BAHAN:
-2 biji putih telur
-1/2 cawan gula
-1 tsp esen vanila
-1 tsp cuka
-1 sudu besar tepung jagung
-3/4 cawan non dairy whipping cream
-Strawberi, anggur, mangga dan buah-buahan pilihan sendiri
CARA MEMASAK:
1. Mulakan dengan memutar putih telur sehingga ia berbuih kecil. Masukkan sedikit demi sedikit gula halus sambil memutar. Putar sehingga soft peak. Masukkan esen vanilla dan cuka kemudian kacau secara kaup balik saja.
2. Masukkan tepung jagung. Kacau sebati. Masukkan acuan putih telur yang dah siap diputar ke dalam piping beg.
3. Paip seperti gambar. Bakar dengan suhu 120 darjah selama 1 jam atau sehingga masak. Biarkan 30 minit di dalam oven. Jangan terus keluarkan.
4. Kemudian putar whipping non dairy sehingga kental. Masukkan ke dalam piping beg.
5. Potong buah-buahan secukupnya kecil-kecil. Paipkan whipping cream ke atas pavlova. Hiaskan dengan buah seperti anggur, strawberi,mangga. Nak letak buah lain pon boleh contohnya kiwi dan blueberry. Siap dan boleh dinikmati.
Nota: Lagi sedap dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais
Bila petang-petang ni mulalah mulut kerja nak mengunyah je! Dah keluar cari makan, mula la mata ni melilau tengok makanan, itu nak, ini nak, nafsu lah katakan!
Dah balik, makan, mula la mengkritik itu ini bila makanan yang beli tu tak selera dengan tekak. Dah kalau beli asyik nak complain je, baik buat sendiri! Ye dak? Misalnya makanan yang tiap kali nampak je terus rasa nak membeli, apa lagi kalau bukan tauhu begedil.
Selalu kalau beli kat luar, ada yang kentangnya kurang lah, isinya kurang lah, sambal kurang sedap lah, banyak la tekak kita ni complain. Haaa dari complain orang jual, apa kata cuba buat sendiri pula. Letak isi banyak-banyak bagi gemuk tauhunya, haa baru rasa puas makan kan!
Tunggu apa lagi, meh salin resipi dari Noor Atika Mahamood, nanti keluar boleh beli barangnya. Jom cuba!
TAUHU BEGEDIL DAGING TAK KEDEKUT
Bahan-bahannya :
– 8 biji kentang saiz sedang2
– 20 biji tauhu pok
– 1 pokok daun sup
– 1/2 cawan bwg goreng segera
– 1 cawan daging kisar
– 1 biji bwg besar potong dadu
– sedikit garam
– lada sulah & lada hitam ikut kesesuaian rasa.
Cara-caranya :-
1. Mula2 tumis bwg besar sampai naik bau, masukkan daging kisar.
2. Tumis sampai daging masak/empuk.
3. Lenyekkan kentang yg dah digoreng.
4. Masukkan daging kisar td, daun sup, bwg goreng, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam.
5. Gaulkan sampai sebati.
6. Masukkan begedil yg dh siap td kedalam tauhu. Tauhu tu gunting silang di atasnya. Masukkan padat2. Bt sendiri masukkan je banyak2. Baru puas makan.☺
7. Masukkan begedil penuh2 ,sampai kembang mcmni. Susun dlm pinggan.
** kocak sampai sebati. Salutkan begedil, goreng sampai masak. Siappp !!!
Bahan-bahan untuk sos/sambal kicap :
– Kicap manis
– 3 ulas bwg putih
– 5 biji cili padi **ikut kepedasan cili msg2
– 2 sudu gula melaka cincang
– 1 sudu tpg jagung bancuh dgn sedikit air
– sedikit garam
– sedikit perahan jus lemon/limau
– bijan yg disangai sebagai hiasan
Cara-caranya :-
1. tumbuk bwg putih, cili padi dan gula melaka. Masukkan dlm periuk, masakkan sekejap,
2. Masuk kan kicap manis, garam, air dan bancuhan tpg jagung utk pekatkan sos/sambal kicap. Perasakanlah ikut citarasa masing2. Last sekali perahkn sedikit jus lemon.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.