Ads
Home TRENDING Bekas Isteri Safee Sali Syukur Dapat Hak Penjagaan Anak, Selesai Dengan Persetujuan...

Bekas Isteri Safee Sali Syukur Dapat Hak Penjagaan Anak, Selesai Dengan Persetujuan Bersama

Ads

Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.

Bekas Isteri Safee Sali Syukur Dapat Hak Penjagaan Anak, Selesai Dengan Persetujuan Bersama

Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali itu kini sah mendapat penjagaan ke atas dua anak perempuan hasil persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.

Bekas Isteri Safee Sali Syukur Dapat Hak Penjagaan Anak, Selesai Dengan Persetujuan Bersama
Fitria Elfina (dua dari kanan) serta barisan peguam syarie ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. – Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO

Fitria memaklumkan bahawa perbincangan mengenai hal tersebut telah berlangsung sejak Mac lalu, dan kedua-duanya berjaya mencapai persetujuan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“SYUKUR ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SAYA DIBERI HAK UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK. SEGALANYA TELAH DIURUSKAN OLEH PEGUAM, KINI TANGGUNGJAWAB PENUH MENJAGA ANAK-ANAK BERADA DI BAHU SAYA,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI LUAR MAHKAMAH.  

Warganegara Indonesia itu sebelum ini memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak mereka — Shanika Salsabilah, 10, dan Shania Safina, 8 — pada Mac tahun lalu.

Hakim Syarie Salehan Yatim membuat keputusan berdasarkan dokumen perjanjian yang ditandatangani kedua-dua belah pihak. Berdasarkan keputusan tersebut, Fitria diberikan hak penjagaan penuh manakala Safee dibenarkan melawat anak-anaknya sekali sebulan bermula hari ini.

Dalam prosiding tersebut, Fitria diwakili peguam Nur Sabrina Abdul Rahim dan Putri Ummi Kartini Abd Latiff. Manakala Safee diwakili peguam Noor Azlina Che Hasan.

Ads

Menurut Putri Ummi Kartini, kes ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya melibatkan amanah terhadap anak-anak.

“Kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan dengan baik tanpa sebarang isu besar. Terma perjanjian tidak boleh didedahkan, namun hak penjagaan diberikan kepada ibu dan bapa pula mendapat hak lawatan yang dipersetujui bersama.

“Isu penjagaan anak tidak seharusnya dilihat sebagai perebutan. Walaupun satu pihak diberi hak jagaan, pihak satu lagi tetap diberi hak lawatan. Anak adalah amanah Tuhan, maka kedua-dua ibu bapa harus bertanggungjawab,” jelas beliau.

Ads

Sementara itu, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Safee tidak berhasil apabila beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan terus meninggalkan mahkamah selepas prosiding berakhir.

Sumber: Harian Metro dan Kosmo 

Baca artikel lain juga: Lindungi Wajah Anak, Tindakan Betul Mak Ayah Elak Penyakit Ain

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI


SeeNI ×