Kita sering mendengar pelbagai pengalaman yang dilalui oleh orang lain ketika melancong keluar negara. Selain kisah menarik yang dikongsikan sepanjang berada di tempat orang, tidak kurang juga ramai turut berkongsi tip dan info di media sosial untuk dijadikan panduan buat yang pertama kali ingin berkunjung ke tempat tersebut.
Contohnya melalui perkongsian daripada Haya Yahya, berkongsi tip menarik kepada sesiapa yang ingin bercuti ke negara China, Korea atau Vietnam.
Menurutnya bila ke negara tersebut, ada satu persamaan yang memerlukan kita membawa bekas berisi air atau botol air ke dalam tandas!
Mungkin ada yang berasa pelik dan nak tahu lanjut jom baca perkongsian daripadanya di sini.
Bekas Ni Lah Penyelamat.
Saya pasti semua orang tahu kegunaan barang di dalam gambar ni. Tapi kita bukan nak guna softenernya. Kita nak guna bekas softener ni.
Ads
Bekas nilah yang saya akan bawa travel jika ke negara-negara seperti China, Korea, Vietnam dan sewaktu denganya.
Kenapa nak nak bawa? Bekas ni amat berguna jika ke toilet. Kebanyakkan negara yang saya sebutkan tadi, toiletnya tiada paip air atau bidet. Jadi bekas nilah penyelamatnya.
Sebelum masuk toilet isi dulu bekas ni dengan air di singki, lepas tu pandai-pandailah setel masalah anda.
Ads
Mudah dibawa, ringan dan boleh recycle beberapa kali.
Sekian tips dari saya…. HAPPY TRAVELING TO ALL TRAVELERS……
Tanggangjawab sebagai ketua keluarga tentunya bukan tugas yang mudah. Apatah lagi saat melalui waktu getir PKP ini, semahunya ingin diusahakan untuk pastikan seisi keluarga ada makanan untuk diisi ketika perut berasa lapar.
Namun apakan daya, bila tahap kesihatan tidak mengizinkan dan disyaki pula mempunyai covid-19. apa yang dilalui pesakit tersebut turut mengundang rasa sedih di hati doktor ini dan dikongsikan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
“Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik.”
Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.
Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.
Selepas dipakaikan ‘face mask oxygen’ menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.
Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan xray dada dilakukan.
Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40 an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid19.
Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.
Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.
“Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.
Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham.”
Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.
Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.
Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.
Dia ketua keluarga sama macam aku.
Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat saat sukar begini.
Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.
Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.
Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.
Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.
Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar benar perlukan bantuan.
Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.
Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.
Antara ibu dengan anak.
Antara suami dengan isteri.
Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.
Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.
Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan yang kekal buat selamanya.
Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.
Kawan-kawan,
Kalian mesti terus kuat.
Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.
Kebelakangan ini pelbagai isu yang timbul berkaitan rumah tangga selebriti Malaysia ini. Berstatus seorang bapa tunggal, pelakon Sharnaaz Ahmad meminta para warganet untuk menghormati sensitiviti bekas isterinya Noor Nabila yang kini masih berstatus isteri orang.
Memetik laporan Berita Harian, Sharnaaz beritahu perkara itu sangat penting untuk disuarakan kerana tular pelbagai video yang memaparkan kemesraan dirinya dan bekas isterinya itu di laman media sosial peminat.
“Kita semua perlu sedar, Nabila ketika ini sudah berstatus isteri orang. Jadi, janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain.
“Kena fikir soal sensitiviti suaminya kerana dia juga ada perasaan… Dia bukan robot,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut meluahkan perasaannya terhadap video-video memaparkan dirinya dan Nabila yang dimuat naik di TikTok itu.
“Saya tidak salahkan sesiapa kerana mereka mendoakan perkara baik kepada saya. Cuma, kita perlu tahu dan jaga batas sensitiviti itu.
“Apabila saya tonton video itu, saya dapati peminat masih belum ‘move on’. Maknanya, mereka masih sayangkan kita. Terima kasih sebab masih ingat kepada kami,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, hubungan baik yang dijalinkan Sharnaaz dengan Nabila juga dikatakan atas dasar membesarkan anaknya, Jebat Jayden.
“Saya tidak marah atau berdendam dengan Nabila. Saya sudah buang semua perasaan itu. Sekarang, kami adalah satu pasukan untuk membesarkan Jebat.
“Saya fikir Jebat pun tidak tahu bahawa kami ini sudah bercerai,” katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 namun masing- masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dah namanya rezeki, senyum lebar la ibu-ibu bila jumpa duit yang tertinggal dalam poket seluar suami kan. Lagi lagi kalau dalam jumlah yang besar.
Malah ada juga dikalangan isteri boleh kumpul dan buat tabung lagi. Tentu ada isteri-isteri mempunyai pengalaman begitu.
Apa yanag menarik, isteri kepada jutawan kosmetik terkenal, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, turut melalui pengalaman begitu.
Memuat naik di halaman Instagramnya, Datin Shahida berkongsi video yang memaparkan sejumlah wangmilik suaminya.
Gelagat sepontan beliau yang agak lucu menarik perhatian warganet. Malah ada yang berkongsi kisah yang sama.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.