BEKAS pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.
Adik angkat Allahyarham Yazit, Ashaari Mohd Nasir berkata, Yazit menghembuskan nafas di sisi ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi oleh doktor pakar merawatnya.
Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama pada awal bulan lalu akibat masalah pernafasan.
Ashaari berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi untuk solat jenazah setelah selesai proses membawa pulang dari HKL.
Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.
Ads
“Sejak semalam, ramai rakan artis termasuk ahli Kumpulan Search, Kid dan Din hadir untuk menziarahi Allahyarham.
“Pemergian Allahyarham sangat mengejutkan kerana beliau baru memaklumkan hendak membeli set drum elektronik semata-mata untuk menyertai kumpulan nasyid, As-salam Buskers Sabtu lalu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 2
Menurut anak Allahyarham, Shafiqa Nurlis, bapanya mengalami kerosakan otak dan hanya mampu bergantung pada mesin pernafasan sejak semalam.
Ads
Sementara isteri Allahyarham Ramlah Mat, memberitahu, suaminya mengadu sesak nafas kira-kira jam 3 pagi.
Bagaimanapun, ketika sedang mengurut badan Yazit, keadaan menjadi panik apabila mulut pemain dram itu tiba-tiba berbuih. Ketika dikejarkan ke hospital jantung Yazit tiba-tiba terhenti dan terus dikejarkan ke zon merah selepas mendapat bantuan pernafasan (CPR).
Bagaimanapun pada pukul 5 petang, doktor memberitahu kepada Ramlah keadaan Yazit hanya 80:20 kerana otaknya tiada oksigen. Mesin bantuan pernafasan Yazit dihentikan di hadapan ahli keluarga dan waris terdekat.
Ads
Dalam pada itu, Amy Search turut memuat naik ucapan takziah kepada keluarga allahyarham menerusi laman instagramnya.
Santan kotak antara yang menjadi pilihan ibu-ibu terutama jika last minute tiada santan segar di rumah. Memandangkan santan kotak boleh dibeli dan disimpan dalam tempoh yang lama, jadi tiada masalah berbanding santan segar.
Ada yang suka membeli dalam pek yang besar, ada juga yang gemarkan pek kecil. Jika membeli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Hafizah Hayat menerusi facebooknya ini boleh kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ya Allah , kenapa la boleh tak terfikir . Packing kecik-kecik , letak kat tempat beku.
Nak pakai nati defrost danblend guna air panas. Santan pon tak ketul -ketul .
Terima kasihlah owner gambar , share ilmu ni . Kalau tidak sampai kesudah takut beli santan kotak besar .Yela takut tak habis dan basikan.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi tip apabila menggunakan santan kotak besar. Menurut Saudari Diana Afiqah, selepas menggunakan santak kotak, kelepet kan atas dan boleh digunakan lagi santan tu jika diperlukan.
Diakui bukan mudah menjaga dan membesarkan anak-anak, sekali sekala teruji juga tahap kesabaran. Silap percaturan, terikut panas hati habis semua kerja tak jadi.
Jadi adalah lebih baik kita ketahui cara untuk mengawal emosi sepertimana yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Sebahagian tip yang dikongsikan dari buku PSIKOLOGI SI KECIL.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
15. JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Sumber : Dr Rozanizam Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang suka bau-bauan harum tetapi tidak mahu terlalu banyak bahan kimia digunakan, apa kata buat sendiri pelembut kain. Lebih istimewa lagi, anda boleh memilih haruman yang bagaimana malah ia juga mudah dihasilkan.
Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan kos memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada di dapur anda. Jom cuba!
Ambil ½ cawan baking soda dan cuci pakaian seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menjadikan pakaian lebih bersih malah turut menjadi agen pelembut fabrik. Anda juga boleh tambahkan minyak essential bagi memberi aroma yang lebih harum.
Cuka juga boleh dijadikan pilihan untuk digunakan sebagai pelembut pakaian. Caranya cukup mudah, ambil ½ cawan cuka dan masukkan ke dalam air bilasan. Cara yang sama campurkan juga dengan minyak assential untuk memberi aroma yang lebih wangi.
Kombinasi kedua bahan ini juga boleh digunakan dan kesannya kain lebih lembut dan lebih bersih daripada biasa. Ambil ¼ cawan baking soda dan campurkan dengan ¼ cawan cuka. Jangan lupa menambah minyak essential untuk aroama yanglebih harum.
Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil 6 cawan air panas, 3 cawan cuka dan 2 cawan perapi rambut. Campur rata semua bahan dan ia boleh disimpan. Semasa membilas pakaian campurkan bersama bahan ini.
Antara Pilihan Minyak Esensi Yang Boleh Digunakan :
Tip tambahan:
JANGAN gunakan bahan pelembut ini ketika di awal peringkat cucian kerana ia akan bertindak balas dengan bahan pencuci yang digunakan. Sebaiknya bahan pelembut ini dimasukkan ketika waktu bilasan terakhir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...