Orang yang menyayangi dirinya, mampu menyayangi orang di sekeliling dengan sepenuh hati.
Macam mana nak belajar sayangi diri sendiri?
– Menjaga segala jenis makanan dan minuman yang akan memasuki perut kita. Makanan yang baik akan membuatkan kesihatan kita baik. Makanlah makanan yang sihat. Kawal pengambilan gula dan garam setiap hari. Badan yang sihat akan membuatkan kita cergas dan cerdas dalam segala aktiviti.
– Perlu ada Me Time. Sesetengah aktiviti Me Time tak perlu pun keluar rumah meninggalkan anak dan suami. Kalian boleh saja membaca buku, solat tanpa gangguan, aktiviti merapikan diri, bersenam,itu juga termasuk dalam Me Time okey!
Ads
– Sediakan rutin harian. Buat to do list setiap pagi. Fokus menghabiskan sekurang-kurangnya 50% daripada senarai list itu. Aktiviti ini dapat membuatkan hari-hari yang kita jalani lebih produktif dan berkualiti.
– Pakai pakaian yang baru, wangi dan bersih. Baru di sini bukan bermaksud baru dibeli. Baru di sini adalah menukar pakaian yang baru setiap kali mandi untuk membuatkan kita lebih bersemangat. Pakaian yang baru pastinya berbau wangi, kan?
Ads
– Bangun awal pagi dan mandi seawal mungkin. Mandi awal pagi dapat menyuntik semangat untuk memulakan hari-hari kita dengan lebih ceria.
– Fahami emosi yang kita alami. Marah, sedih, kecewa. Jika emosi negetif, ambil sedikit masa untuk melayani emosi itu. Cukup masa, berhenti. Move on. Mulakan hari baru dengan bersemangat.
Ads
– Kurangkan merungut, banyakkan bersyukur. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
– Mempunyai Self Talk yang positif. Self Talk ini lebih kepada Self Esteem yang kita ada. Jika kita positif, kita akan memandu emosi kita ke arah positif. ‘Aku mahu menjadi baik’, ‘Aku mampu bercakap baik-baik’ dan ‘aku akan sebarkan kasih sayang dan ketenangan hari ini kepada semua orang’.
Kawan-kawan,
Cara terbaik mencintai diri sendiri adalah dengan cara memperbaiki diri sendiri.
Kredit: Norzi Malek
Occupational Therapist
Dari Therapist Untuk Therapy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim percintaan yang dahulunya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta kian pudar ditelan dek masa. Walaupun sudah hampir empat tahun berumah tangga, namun sikap suami anda semakin hari semakin berubah. Bagaimana untuk betulkan kedaan ini?
Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu bagaimana untuk menjadi isteri mahupun suami terbaik buat pasangan anda:
Berlaku adil
Keterbukaan
Nasihat orang yang betul
Bertolak ansur
Tarik perhatian pasangan
Komunikasi dua hala
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak perempuan hidap Cerebral Palsy ‘idam’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?.” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Rupanya bergelar ibu bapa bukan mudah. Pelbagai perkara kena tahu untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil, jangan lupa bawa anak-anak jalan-jalan walaupun disekitar rumah. Nampak biasa-biasa aje tetapi beri kesan kepada personaliti anak itu.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kebaikkan jika membawa anak berjalan disekitar rumah.
Bawa anak jalan-jalan tu wajib
Ini rutin saya setiap hari. Kalau tak dapat petang, saya akan bawa mereka jalan-jalan belah pagi. Alah tak jauh pun, depan rumah je. Jadilah tengok kucing, ayam dan burung-burung.
Sebenarnya jalan ke mana tu tak penting. Ada binatang atau tak pun tak penting. Yang penting ialah “bonding” ayah-anak tu. Tak usah lama, 5-10 minit sehari pun dah cukup.
Kadang tu ada ayah bukan tak ada masa, tapi sebenarnya tak ada “hati” nak luang 5 minit dengan anak. Ada je alasan penat la, sibuk la, banyak kerja la.
Banyak kebaikan untuk perkembangan anak-anak ni bila bonding ayah dan anak tu kuat.
Antaranya,
1 – Semakin kuat bonding semakin rapat hubungan ayah dan anak tu.
2 – Ada kajian mengatakan anak yang rapat dengan ayah ni self-confidence mereka lebih tinggi berbanding anak yang kurang rapat dengan ayah.
3 – Anak ayah biasanya kurang agresif. Kalau nampak anak tu agresif atau kasar mungkin sebab “tabung emosi” mereka tidak berisi. Bila tabung emosi kosong mereka akan mula menagih perhatian mak ayah dengan cara yang negatif.
4 – Ada juga kajian menunjuk anak yang rapat dengan ayah ni pandai bersosial. Dia mudah bergaul, dan perwatakan mereka digemari kawan-kawan di sekolah.
5 – Anak yang anggap ayah sebagai “kawan baik” ni boleh bina self-esteem tinggi dalam diri anak. Dia jadi tak mudah terpengaruh dengan gejala negatif kawan-kawan nanti.
Selain daripada ini sebenarnya perkara yang paling berharga bila ayah banyak luangkan masa dengan anak ialah “memori” gembira bersama tu.
Anak-anak ni kecil sekali sahaja. Sekejap je mereka akan besar dan lupa kita.
Masa anak kecil la kita kena “ada” dalam hidup mereka, nanti mereka dah besar baru kita “ada” dalam ingatan mereka.
Mohd Fhais
Sehari memang ada 24 jam, tak luak pun 5-10 minit jalan-jalan dengan anak tu.
p/s : Tolong sampaikan juga pada orang lain yang selalu sibuk tu ye supaya mereka pun tahu pentingnya bonding ayah-anak ni.
p/s : Saya selalu juga berkongsi ilmu kekeluargaan dan parenting dalam telegram. Ajak pasangan belajar sekali ye.
Klik sini ? t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.