Kanak-kanak perempuan hidap Cerebral Palsy ‘idam’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?.” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Kanak-kanak Perempuan Hidap Cerebral Palsy ‘Idam’ Nak Berjalan
Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Mama, Bila Kakak Boleh Berjalan?”
“Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Ads
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
Ads
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Berita duka ini dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Childhood Cancer Northern
BERANGKAT PULANG
Innalillahiwainnailahirojiun
“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada.Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan.
Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.
Kisah Arwah yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) tular sebelum ini kerana ingin menaiki pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.
Hasrat tersebut dipenuhi oleh pihak TUDM. Malah, arwah juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.
Adik Irfan turut diberi peluang menyarungksn persalinan lengkap ‘flying suit’. Itulah gambar terakhir arwah yang boleh dijadikan kenangan oleh ahli keluarganya.
Al-Fatihah buat arwah adik Irfan, semoga ahli keluarga kuat dan tabah dengan dugaan ini.
Biasanya anak kecil mudah menangis apabila bangun dari tidur. Walaupun ia perkara normal tetapi sebaiknya jangan biasakan anak suka menangis apabila dia bangun dari tidur.
Tabiat si kecil menangis bila bangun dari tidur adalah disebabkan perasaan takut dan rasa bersendirian selepas melalui waktu tidur yang panjang tanpa ditemani ibu atau ayah.
Menurut Ibu Rose, Family & Love Guru, bayi berusia empat bulan ke atas menangis bila bangun dari tidur atau bila tidak nampak penjaganya kerana sudah mula sedar bahawa dia dan ibunya bukan dari satu badan. Ibunya boleh ada dan boleh hilang dari pandangan matanya.
Ini membuatkan anak berasa risau dan tidak selamat, itulah sebabnya mengapa anak-anak kecil akan menangis bila dia tidak nampak ibu atau ayah di sisi.
Jika si anak dibiarkan menangis tanpa dipujuk dan selalu dimarahi bila dia menangis sebaik bangun dari tidur, maka apabila dia semakin besar, perasaan rasa tidak selamat itu akan membuak dan menjadi punca amukan.
Selain dari itu ada anak kecil akan menangis kuat bila terbangun dari tidur kerana dia mengalami mimpi yang dirasakan kejadian sebenar. Lantaran itulah bayi atau kanak-kanak akan menangis dan meronta-ronta bila bangun dari tidur.
Jadi, ibu dan ayah bantulah si kecil berasa tenang apabila bangun dari tidur dengan memberikan pelukan supaya dia rasa selamat. Bercakap dengan tenang dan mengusap-usap lembut tubuh badannnya juga membantu anak merasa tenang.
Selain dari itu ibu ayah juga boleh membasuh sedikit muka dan kepalanya sambil berselawat. Ini akan menyedarkan dia bahawa itu hanyalah mimpi dan anda ada bersamanya dan dia boleh berasa selamat.
Tip Anak Ceria Bangun Tidur
Perkongsian video oleh Rahim Azhari di akaun TikTok dan Instagram beliau berkenaan rutin yang dilakukan setiap pagi bila anaknya bangun dari tidur boleh memberi manfaat kepada ibu bapa lain jua.
Tip yang dikongsi oleh bapa yang juga merupakan penceramah motivasi ini boleh diamalkan oleh semua ibu bapa lain.
Setiap kali anak bangun tidur :
1. Bagi salam dekat anak sambil senyum.
2. Bacakan anak doa bangun tidur & zikir-zikir selawat lain yang kita tahu, jadi anak akan terbiasa sampai dia besar.
3. Sentuh / usap anak dengan lembut sambil bacakan doa yang baik-baik untuk dia.
4. Cium dahi anak sambil ucap Alhamdulillah atas pinjaman cahaya mata di dunia ni. Semoga anak kita akan terus kekal menjadi kunci kebahagiaan kita di dunia sampai syurga.
Sebelum ini Amar Baharin dan Amyra Rosli berkongsi berita pemergian mereka ke mekah untuk menunaikan umarh. Terbaru, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin turut berkongsi berita yang sama.
Beliau telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura. turut serta dalam rombongan tersebut adalah anak lelaki Zarina, Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah.
Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 48 tahun itu mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang dilakukan selama ini.
Assalamualaikum Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.
Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” Tulis Zarina Zauinuddin menerusi instagramnya.
Dalam pada itu, dia turut memuat naik beberapa keping gambar dalam perkongsian tersebut.
Zarina merupakan isteri kedua suaminya, Abdul Raihan Wan Jaafar yang menjalani kehidupan bermadu sejak 26 tahun dahulu.
Perkongsian tersebut mendapat respond rakan-rakan selebriti serta pengikutnya yang mendoakan semoga urusan umrah keluarga ini dipermudahkan serta selamat kembali ke tanah air dengan selamat kelak.
masanizan1 Going to miss u.. semoga semuanya dipermudahkan♥️😘🤗
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.