Menggantung periuk secara terbuka di ruangan dapur, kadang kala buat kita ‘sakit mata’ melihat keadaan fizikalnya yang berwarna hitam dan berkerak. Kalau ingin disimpan semuanya di dalam kabinet, terasa sukar pula untuk dicapai untuk kegunaan harian.
Jadi nak tak nak, kita pasrah sahaja menggantung periuk walau pun rasa tidak puas hati. Jadi apa perlu buat untuk atasi masalah ini?
Sebenarnya ada tip yang boleh dilakukan setiap kali mencuci periuk atau kuali tersebut. Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsian daripada Puan Dahriah Damsah ini. Terbukti, semua kuali mahu pun periuk kegunaan hariannya digantung berkilat macam baharu.
Jom semak.
Ini rahsianya, periuk dan kuali dicuci menggunakan 2 bahan ini.
Sabun mandi dan berus dawai
STEP 1 : Sabun di potong dua dan kemudian masukkan ke dalam bekas dengan sedikit air.
STEP 2 : Calitkan sabun tadi dan sentalkan pada bahagian belakang kuali.
STEP 3 : Proses membersih lebih mudah dan kuali akan terlihat berkilat seperti baharu.
sumber : Dahriah Damsah via MAHN
Pesan Abah, Jangan Lupa Bahagian Isteri & Mak Mertua. Ini Punca Rezeki Kita. Jaga Mertua Elok-Elok Sebagaimana Kita Jaga Mak Ayah Sendiri.
Usaha gigih lelaki ini membantu pelajar dan mereka yang memerlukan wajar dijadikan contoh oleh guru lain. Pengorbanan guru bernama Mohd Fadli Salleh membolehkan dipilih sebagai pemenang Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
Melihatkan perkongsian ilmiah beliau di Facebook selain tidak pernah merungut jauh sekali berhenti dari membantu dan menziarahi keluarga demi keluarga yang kurang berkemampuan, sememangnya beliau layak dipilih.
Mendedikasikan anugerah tersebut kepada orang tuanya, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah dan nasihat yang sehingga kini dipraktikkannya.
PESAN MA DAN ABAH.
Sebaik sampai di rumah tadi, perkara pertama aku lakukan ialah telefon abah dan ma. Aku ceritakan betapa gembiranya aku dinobatkan sebagai Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
Seronok betul ma dan abah dengar perkhabaran itu. Seperti biasa, abah akan pesan duit yang diterima jangan lupa sedekahkan sebahagian. Itu penting untuk keberkatan, kata abah.
Kata abah, jangan lupa bahagian isteri dan mak mertua. Isteri ini punca rezeki kita. Jaga mak mertua elok-elok sebagaimana kita jaga mak dan ayah sendiri.
Ma pun sama. Nasihat dan ingatan diberikan. Kata ma,
“Li tahu tak? Antara doa ma yang tak putus-putus setiap kali berdoa ialah meminta agar Tuhan tidak menjadikan anak-anak ma hina di dunia dan hina di akhirat.
Berpuluh tahun ma berdoa, satu demi satu Tuhan makbulkan. Doa ni Tuhan tak makbul terus, sampai masa yang sesuai Dia akan makbulkan.
Bila kita dimuliakan, bila kita diberi kesenangan dan kelebihan, kena tunjuk tanda syukur pada Tuhan. Kena sentiasa bersyukur dan sentiasa merendah diri.
Jangan sampai semua kemuliaan dan kelebihan yang tuhan beri itu menjadi istidraj pula. Kita tak nak kelebihan dan kemuliaan yang Tuhan beri itu menjadi punca kelalaian kita pula padaNYA.
Biar setiap nikmat dan rezeki Tuhan kirim itu makin mendekatkan diri kita pada Allah taala.”
Tenang ma memberi nasihat kepada aku.
Seperti selalu. Sepanjang masa dan selama usia ma takkan pernah penat untuk memberi nasihat.
Ah, abah dan ma.
Tiada doa untuk aku lebih ikhlas dan tulus yang diutuskan di dunia melebihi doa-doa kalian.
Meski pun ma dan abah tiada Fb dan tidak terbaca coretan ini, sesungguhnya aku lebih menyayangi kalian lebih dari nyawa ini sendiri.
Terima kasih atas setiap kata nasihat dan pengorbanan sepanjang masa.
Terima kasih ma. Terima kasih abah. ?♂️?♂️?♂️
#MFS
– Anak ke 6 dari 9 adik-beradik –
“Semua Sebab Dia Percayakan Suaminya .” Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Ini Pujian Da’i Wan Pada Fazura!
Tika ini filem Mat Kilau meniti di bibir masyarakat, bahkan pelakon Fattah Amin antara yang menerima tempias baik peminat seni mahupun pengkritik filem.
Pelbagai respond diperoleh baik yang memuji tak kurang yang mengkritik. Namun, dalam perkongsian ini berbeza sentuhan.
Siapa tak kenal dengan Fattah, pelakon ‘kayu’ yang dikritik suatu ketika dahulu, namun kini pujian mencurah-curah usai membawa watak Awang menerusi filem Mat Kilau ini.
Saudara Da’i Wan berkongsi pandangan, bukan filem atau jalan cerita yang disentuh, sebaliknya penghargaan serta peranan seorang isteri yang berdiri teguh di sebelah suami sehinggakan kini menampakkan ‘belang’.
Assalammu’alaikum
Mungkin orang semua, sedang berduyun-duyun ke panggung wayang akibat dari viralnya cerita Mat Kilau hasil arahan Syamsul Yusuf yang kita sedia maklum tentang bakatnya mengarah dan mengadaptasi satu-satu filem itu diluar kotak pemikiran dan menjangkau banyak langkah kedepan utk mengejar pengarah2 hebat diluar negara.
Ramai orang telah berikan review terhadap filem ini.
Tapi kali saya tampil memberi review diluar tekaan kalian.
Ya, tentang pasangan ini.
Saya tahu, saudara Fattah Amin dulu banyak kali dikecam kerana lakonan dia. Tapi satu benda yang saya selalu nampak dan nak buat sharing pada kalian hari ini.
Tentang kehadiran seorang ‘Isteri’.
Sekiranya posisi kalian sekarang adalah seorang isteri, ketahuilah. Betapa pentingnya peranan kalian dalam mengubah seorang suami itu juga. TIdak semestinya dgn didikan dan bebelan sahaja.
Tapi ramai yang terlupa, khususnya isteri hari ini.
Cuba duduk, dan muhasabah.
Bila kali terakhir kamu puji suami kamu? Bila kali terakhir kamu senantiasa menjadi penyokong dia walaupun dia banyak kekurangan?
Jangan jadi seorang perempuan yang sering minta dipuji ‘Cantik’, tapi kamu tak pernah sebut suami kamu ‘Handsome’ di depan dia. Jangan jadi seorang isteri yang tahu bercerita tentang penat kamu. Tapi kamu tak pernah pun beri ruang utk suami menceritakan ‘Penat’ dia.
Jangan hanya memikiran tentang ‘Perasaan’ dan ‘Hati’ kamu tapi kamu terlupa tentang suami yang juga punya perasaan dan hati sama. Jangan bercerita tentang dirimu shj.
Hidup berdua adalah hidup utk berkongsi bersama. Ia bkn tentang dirimu shj, duhai seorg perempuan. Hiduplah dgn hati dan perasaan seorang suami juga.
Walauapapun orang kata diluar sana, yg kamu dgr tntng dia, ingatlah dia tetap suami kamu. Hadirlah menjadi isteri yg matang seperti Ibunya Imam as-Syafie yg bijak, cerdik, namun tetap menghormati keputusan suaminya yg mengikut jalan agama.
Sebenarnya, senang nak tahu keikhlasan kamu bersama suami itu. Bila orang berkata tentang kelemahan dia, kamu menyetujui dan kamu minta suami kamu ubah, atau kamu sanggah kenyataan itu dgn kebaikan dia, dan dibelakang tabir, kamu tetap percaya pd dia, dan dia adalah yg terbaik dlm version dia skrg, dgn ujian itu, dia akn melonjak jauh lebih baik. Itu menunjukkan kamu seorg isteri yg telah terbuka hatinya utk hidup berdua dgn dia, dan InsyaAllah akan saling menyokong sesama sampai mati.
Isteri begitu adalah persis Fazura. Saya perasan Pn Fazura, telah pun meletakkan kepercayaan itu pd suami dia, walaupun dia lagi sibuk sebagai seorang usahawan dan selebriti tanah air, tapi dia tetap percaya suami dia istimewa, risaukan keadaan suami dia, dan suami dia dapat buktikan yg ‘He can do it’.
Tahukah kalian, bagi para suami.
Cukuplah itu menjadi pendorong kami utk menjadi pemimpin yang terbaik. Pujian yg tulus itu memang akn dapat dirasai buat isteri yg suka memberi dan mengenang keadaan suami dia. Ada isteri diluar sana hanya bercerita tentang dia, pentingkan diri dia, dan apa lagi ’Untuk’ dia. Sdgkan sudah hidup berdua dan memiliki pasangan yg bernama suami.
Betulkan ia, perbaiki ia, kita banyak dgr tentang pujian kpd seorang isteri. Tapi kita terlupa ‘Pujian’ kepada seorang suami.
Lihat, kata2 Mrs Fattah Amin. Isn’t that beautiful? What an encouragement for her husband.
Yang benar, seorang hamba Ilahi yg suka berkongsi tentang kehidupan apa yg dia nampak- Da’i Wan.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Begini Cara Nak Didik Anak Kenal Allah.
Ada kalanya kita terdengar anak-anak kita berkata pada jiran atau rakan sekelas mereka, “Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah bakar dia dengan api neraka” ataupun “Eeee, kenapa cakap macam tu? Berdosa, nanti Allah marah..”. Agak meragukan jika dialog-dialog seperti ini datang dengan sendirinya daripada kanak-kanak. Tentu ada orang dewasa yang telah menggunakan dialog tersebut kepada mereka yang kemudiannya diingati oleh anak-anak ini. Di dalam satu sisi, kejadian seperti ini mungkin satu petanda yang baik, kerana ini bermakna anak-anak telah mempunyai kesedaran tentang kewujudan Allah di sekeliling mereka.
Namun, yang agak dikhuatiri tentang dialog-dialog sebegini adalah mesej yang dibawakan tentang sifat-sifat Allah. Kadangkala, oleh kerana perbuatan kita menakut-nakutkan anak-anak dengan Allah, kita telah mencipta satu imej negatif tentang Tuhan dalam kotak pemikiran mereka. Ayat-ayat seperti “Nanti Allah marah,” “nanti masuk neraka,” ataupun “Allah benci orang yang sebegini dan sebegini” seolah-olah mem’promosi’kan kebengisan Allah pada kanak-kanak. Walhal, Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: “Sesungguhnya rahmatKu itu mendahului kemurkaanKu” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Persoalannya di sini, mengapakah kita jarang mempromosikan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang serta yang Maha Pemberi Rezeki kepada kanak-kanak? Allah hanya diletakkan sebagai penghukum apabila kita telah kehabisan daya untuk mengawal anak-anak kita. Setiap hari, bibir kita berulangkali menyebut kalimah Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) namun kita terus memperkenalkan kebengisan dan kemurkaan Allah kepada anak-anak. Agaknya, jika inilah cara kita memperkenalkan Allah kepada kanak-kanak, adakah mungkin mereka akan merasa gembira dan selamat apabila sedar yang Allah sentiasa bersama mereka? Mungkinkah suatu hari nanti mereka akan membesar dan menjadi orang-orang yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya?
Tips membina tanggapan yang benar tentang Allah
Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.