Ingin memiliki perabot dengan sentuhan klasik namun nampak elegan tentunya ada harga yang mahal perlu dibayar. Memandangkan rekaan perabot seperti itu punya gaya dan kelasnya yang tersendiri.
Pun begitu jika anda seorang yang suka melakukan DIY, apa kata anda lakukan projek transformasi pada perabot yang dibeli di kedai barangan terpakai dan bolehlah jadikan ianya nampak klasik dan mewah menepati citarasa.
Contohnya seperti yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Siapa sangka almari yang dibeli dengan harga RM80 dan setelah dilakukan transformasi, hasilnya seakan perabot yang dibeli dengan harga ribuan ringgit. Memang wow!
Ini perkongsiannya.
Projek Makeover perabot terpakai kolaborasi dengan Pak kebayan. Biasanya buat sendiri 100%. Kalini boleh la ngada sikit.
Almari laci ni beli di kedai perabot terpakai dengan harga RM80. Barang murah yang boleh ditukar kepada rupa yang lebih ‘mahal’.
Bahan-bahan yang digunakan
Ads
Saya guna cat Dulux waterbased warna dusty black.
Sejenis cat minyak yang berasaskan air.
Sesuai untuk perabot kayu dan besi. Cat sangat ringan, senang apply dan mudah kering. Kurang bau dan boleh cat di dalam rumah tanpa risau bau cat memonopoli ruangan rumah. Harga berbeza ikut warna.
Semakin pekat warna, semakin tinggi harganya. Finishing sangat mewah.
Tombol laci kita kasi tukar.
Tombol baru tu sebenarnya hook langsir tau.
Kat kedai eco pun ada gupe cenggitu.
Kerawang kecik tepi laci beli Kat shopee.
Lama dah beli baru ni guna. Jangan mintak link kat kita tau sebab yang tu si budak Norpadilah Binti Afandi yang belikan. Kaki almari guna kaki meja lama (jumpa)
Langkah demi langkah :
Ads
1. Keluarkan laci dan cat bahagian kerangka almari sehingga rata.
2. Tanggalkan tombol yang ada di bahagian hadapan laci almari.
3. Ratakan permukaan laci dengan menggunakan kertas pasir.
4. Catkan bahagian luar laci dengan kemas dan biarkan sehingga kering.
5. Pasangkan tombol laci dengan teliti.
Ads
6. Potong kaki meja lama untuk dijadikan kaki almari mengikut kesesuaian.
7. Paku dengan pallet seperti ini untuk dijadikan tapak almari.
Bakal menimang cahaya mata, pastinya suami dan isteri teruja dan tak sabar menantikan kehadiran si kecil. Apatah lagi, ini merupakan bayi sulung yang pastinya menambahkan lagi kemanisan dan kasih sayang dalam rumah tangga.
Pelbagai persiapan dilakukan termasuklah menyediakan kelengkapan bayi. Menerusi Facebook Ariff Ismail, lelaki tersebut kongsi pengalaman dan persediannya ketika menimang cahaya mata sulung. Buat ibu bapa yang bakal timang anak pertama, jom baca perkongsian ni!
PERSEDIAAN SAMBUT ANAK SULONG
Diam tak diam Affan Dzikri dah nak masuk 2 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik satu bulan lagi dah nak genap 2 tahun usia manja boy ayah.
Makin lama makin banyak kerenah dan perkataan yang keluar dari mulut anak ayah. Dari hanya pandai menangis dah pandai merajuk. Masa video call pon dah pandai main emosi.
Teringat masa first dapat tahu ex bini ngandung ( masa tu masih bini la ). Dulu tak percaya ada orang cakap bunting pelamin la, bini ngandung bapak boleh dapat alahan. Masa nikah bulan 11, bulan 12 bini dah ngandung. Kira masa 3rd reception kami, Affan Dzikri dah ada dalam perut umi.
Maklumlah terasa diri artis sampai ada 3 majlis resepsi. First umah bini, second rumah saya, dan third rumah family angkat saya di segamat. Memang meriah lah cerita dia.
Bila dikenang balik lawak pon ada, baru kahwin 2 minggu p beli pregnancy test. Apa punya excited la saya time tu. Reason sebab saya tak lalu makan dan tekak mual. Bukan bini tau, saya yang over duk makan asam.
So bermulah kisah pak pandir dan mak andir,
” Yang I rasa awak pregnant la, sebab tekak I mual rasa nak muntah tapi x muntah “
Masa tu memang bini gelak guling guling la citer dia, nak sedap kan hati laki, cik bini tetap la buat pregnancy test, apa ke gila, dua dua x reti guna, main bantai je. Nak tanya family, malu la pulak. Dah kenapa nak lebih excited.
Beli pregnancy test yang murah je, skali result negative, punya la down macam dah kawen 10 tahun, padahal baru 2 minggu. Saya tetap tak putus asa naluri kebapaan tu makin menebal. Selang seminggu tu, beli lagi sekali dan buat test lagi. Tetap negative, fikiran dah mula fikir ” ehh awal lagi, apa ke gila nak test pregnant ke tak baru kahwin 3 minggu”.
Walaupon tekak tetap mual, tapi ketepikan lah perasaan nak tahu. Masa tu kami pjj lagi, kira saya ni weekend baru jumpa bini lepas 2 minggu kawen. Nak jadi cerita, masa bini duduk umah kakak dia dan saya tengah sibuk prepare untuk majlis kali ketiga tu, bini pening tak larat nak bangun.
Perasaan tu kembali berkobar-kobar, minta tolong anak sedara bini pi beli pregnancy test, bini pon mula mula malas nak layan otak gila en laki. Selepas beberapa jam tiba tiba bini wasap gambar double line pregnancy test. Masa tu rasa macam ” dunia ana yang punya “.
Dia punya perasaan excited tu lain macam brother, macam achievement unlock bila main game. Happy tak terkata, nak jadi ayah la kata nya. Bermula lah episod baru dalam hidup. Nak dapat anak first memang perasaan yang samgat teruja. Otak mula dah berfungsi nak buat persiapan sambut orang baru.
Jom saya kongsikan apa yang perlu kita lakukan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan kita.
1. Buka Buku Merah Jambu
Jangan terlampau excited sampai nak p buka buku pink tapi bini baru pregnant tak sampai 1 bulan. Bercakap pasal pengalaman sendiri. Buku pink ni boleh buka kt Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak atau hospital swasta.
Selalunya kena buka buku pink ni sebelum kandungan masuk 12 minggu. Kes saya lawak sikit lah, sampai Doktor pon cakap excited sangat awak ni, nak buka buku pink bini baru ngandung 2 minggu.
Mula mula bila pregnancy test positive, bawak bini check dulu kat klinik untuk mengetahui usia kandungan. Doktor akan advise bila kena buka buku pink. Saya dulu buka buku pink masa temujanji kedua, masa kandungan bini masuk empat minggu.
2. Makanan Dan Baca Al Quran
Seelok eloknya pastikan bini makan makanan yang berkhasiat semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah semasa tempoh kehamilan.
Boleh juga ambil makanan atau vitamin tambahan, ikut pada cadangan Doktor. Jangan memandai pulak, kang nak baby sihat lain yang jadi.
Guna pakai juga petua orang lama berkenaan makanan yang baik dimakan untuk memudahkan proses kelahiran. Yang mana baik kita ikut, jangan pulak petua yang melalut tu kita buat.
Amalkan bacaan surah surah yang bagus untuk ibu mengandung, antaranya Surah Yusof & Maryam. Jangan buka mp3 je, baca sekali dengan bini.
3. Persediaan Kewangan
Perkara paling penting bila nak sambut anak, tahap kewangan kita brother. Kita kena buat perancangan, nak bini beranak kat hospital kerajaan atau swasta.
Jika kita pilih swasta, kena stand by paling kurang 8-12 ribu, sebab jika bersalin normal ok lagi ikut kadar rata hospital swasta 3K-6K. Tapi jika memerlukan pembedahan ( ceaser ) selalu nya kos itu akan meningkat pada 7-12K ikut hospital dan Doktor yang anda pilih.
Selain tu, kena fikir gak nak beli barang keperluan bayi. Barang asas seperti, katil bayi, botol susu, lampin, mandian bayi, baju newborn dan macam macam lagi keperluan asas baby.
Kena sediakan juga duit tukang urut atau jika anda ingin ambil khidmat servis jagaan pantang. Kita kena fikir gak persiapan untuk akikah anak. Jika baby girl seekor kambing ( satu bahagian ), untuk baby boy 2 ekor kambing ( 2 bahagian ).
4. Persediaan Mental Dan fizikal
Siapa kata nak dapat anak mental tak kena kuat, kena belajar bro cara nak kawal emosi. Kita ni nanti nak kena bagi semangat kat bini masa nak beranak. Kena bagi semangat kat bini, jangan pengsan tengok darah sudah lah.
Ilmu persiapan sebagai mak bapak pon kena tahu, tu kena bersiap sedia mental dan fizikal. Jangan harap kat bini 100%, dia dah la bawak anak kita dalam perut tu sembilan bulan.
Kalau bukan kita bagi sokongan moral siapa lagi, bini ni bila ngandung emosi mereka senipis kulit bawang. Kita salah sikit depa boleh menangis brother. Kawalan emosi tu sangat lah penting.
Saya sendiri pon jatuh ego lelaki bila tengok bini dalam labour room. Siap menitik airmata jantan bila first time sambut anak atas tangan untuk di azankan.
5. Daftar Kelahiran
Kena ambil tahu cara cara nak daftar kelahiran anak, yang ni memang kita yang kena buat, bini dah dalam pantang tak kan nak suruh dia pulak yang pergi JPN.
Siapkan segala borang dan dokumen yang diperlukan. Jangan buat kerja 2-3 kali bila dah sampai kaunter. Kena daftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh anak dilahirkan. Kelewatan pendaftaran akan mengakibat kan kita kena penalti.
Bab tulis borang tu biarlah tulisan tu kemas, kejap lagi nak letak nama anak Rosmah di sebabkan tulisan buruk jadi rocemah pulak dah, tak ke haru. Dah viral nama anak kita nanti.
Ini antara persiapan yang perlu kita lakukan, ada banyak lagi untuk saya kongsi. Kalau nak tulis boleh penuh wall fb anda dengan karangan saya. Nanti saya share lagi tips tips berguna kepada anda.
Kepada bakal ibu dan bapa semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat persiapan menyambut kelahiran putera/puteri sulong anda.
Memiliki kediaman untuk keluarga itu juga satu rezeki, apatah lagi dapat melakukan ubah suai untuk membesarkan rumah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian jumlah keluarga yang bertambah. Tentunya akan memberi lebih keselesaan kepada anak-anak dan keluarga.
Menyentuh tentang kisah renovation rumah, Nik Munazzah berkongsi di akaun fbnya di mana rumah yang dihuni 15 tahun hingga kini melalui beberapa fasa baik pulih tanpa merobohkan rumah asal dan hanya menyambungnya hingga kini menjadi dua tingkat.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian dan inspirasi untuk geng rumah kampung …dibeli dengan harga 24k… walaupun beratap ardex… walaupun tak ada pagar ribu riban.. rumah kampung pun kita boleh buat bagi sedap mata memandang, damai dan selesa… tanpa merobohkan rumah asal.
Saya beli rumah tu pada 2004, dan terus pindah ke rumah itu pada tahun yang sama selepas membuat sedikit renovation sebab rumah tu terlalu kecil.. dan tinggal hingga ke hari ni.. dengan kata lain, saya dah tinggal dirumah itu selama 15 tahun. Ini bukan rumah warisan tetapi adalah rumah pertama saya..
Bermodalkan 45k , rumah ini diubah suai dengan tambahan ruang tamu di depan dan bilik tidur utama di kanan.. rumah lama masih dikekalkan diruangan tengah sebagai ruang makan.. menjadikan rumah ini 3 bilik tidur 2 bilik air..
Besarkan rumah untuk keselesaan
Selepas 14 tahun, bagi memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar, kami membesarkan ruangan dapur dan menambah 2 bilik lagi menjadikannya 5 bilik tidur 4 bilik air tanpa mengusik rumah asal.
Atap zink warna kelabu di pasang bagi memberi keseragaman dengan bumbung ardex rumah lama… dan sekali gus menjimatkan kos.
Saya mengekalkan rumah asal lain tidak bukan sebabnya untuk meminimakan kos..Dulu saya memang mengimpikan untuk membeli rumah kecil atas tanah lot dan mengubahsuai mengikut citarasa dan kemampuan saya secara berperingkat. Maklumlah dengan pendapatan sederhana mana mungkin saya mampu dan layak membeli rumah idaman.. jadi dengan cara ini sahaja saya mampu memenuhi impian saya.
Cuti sekolah hampir tiba, jadi inilah masanya untuk ibu bapa membawa anak-anak untuk membeli baju dan barangan sekolah. Termasuklah alat tulis dan sebagainya.
Kaedah yang selalu ibu bapa amalkan kalau ikutkan adalah beli yang tahan lasak dan boleh tahan sampai hujung tahun. Tetapi adakah pilihan anda itu tepat dan disukai oleh anak-anak?
Menyedari keperluan ibu bapa dalam menyediakan barangan persekolahan buat anak-anak, Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd kembali lagi dengan kempen promosi ‘Kembali Ke Sekolah’ di cawangan seluruh negara.
Kempen yang dinamakan Tesco Back To School (BTS) Beli Terus Senyum 2019 ini bermula 14 November ini sehingga 2 Januari 2020. Ibu bapa yang memiliki anak berumur 7 tahun dan ke atas yang bakal memulakan sesi persekolahan tak lama lagi, bolehlah berkunjung ke stor Tesco yang terpilih. Antara barangan yang ditawarkan pakaian seragam sekolah, beg sekolah, peralatan menulis dan sebagainya lagi.
Tampil dengan tema yang cukup cool, unik dan bergaya tahun ini sesuai dengan konsep K-Pop, anak-anak pasti terpesona dengan barangan yang ditawarkan di Stor Tesco yang terpilih. Pilihan warna-warna neon yang cukup memikat mata, membuatkan konsep yang ditawarkan ini lain dari yang lain.
Selain itu, di Tesco juga apa yang diperlukan oleh pelajar ada, semuanya cantik dan bergaya. Sesuai dengan trend barangan terkini yang diinspirasikan daripada imej dan warna unicorn menjadi kegilaan anak-anak.
Istimewanya, setiap stor Tesco yang terpilih tampil dengan item yang berbeza. Antaranya 4 in 1 Avengers, My Litle Poney dan Frozen 2 pada barangan keperluan sekolah termasuklah beg serbaguna, bekas pensel dan juga botol air. Memang cukup menarik dan pasti membuatkan anak-anak teruja dan tak sabar nak ke sekolah.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga berpeluang untuk berpeluang menyertai peraduan menarik Tesco BTS Dance Off Challenge yang ditawarkan di stor Tesco terpilih.
Bagimana nak sertai pertandingan ini? Mudah je dengan hanya berbelanja RM50, anda layak untuk menyertainya. Peserta perlu menyimpan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan.
Selain berpeluang menang hadiah, dapat cungkil bakat anak-anak dengan. Sertai pertandingan ini dengan membentuk pasukan tarian sekurang-kurangnya 2 orang. Setiap peserta dikehendaki melengkapkan sekurang-kurangnya 30 saat jingle dan akan menari sepanjang video.
Muat turun jingle dari sini http://bit.ly/TescoBTSChallenge. Muat naik video anda di Facebook atau Instagram dan hashtag #TescoBTSChallenge bersama-sama dengan nama kategori untuk bertanding.
Kategori ditawarkan adalah, Koreografi Terbaik, Ibu Bapa & Tarian Anak-Anak Terbaik dan yang ketiga, Tarian Adik-Beradik Terbaik. Pemenang Hadiah Utama bagi setiap kategori bakal membawa pulang SATU (1) Set Nintendo Switch.
Selain itu, untuk 200 yang pertama menyertai pertandingan yang sah bakal menerima RM 5 E-Baucar. Beli terus senyum 2019, tunggu apa lagi jom ke Tesco untuk persiapan kembali ke sekolah.