
Penuhkan dulu ilmu di dada jika ingin membeli rumah. Ini penting agar impian untuk memiliki kediaman yang dihajati dapat direalisasikan.
Ini sebagai mana info yang dikongsikan oleh pakar hartanah Harith Faisal. Jom semak.
Kita ni manusia penuh dengan sifat tak sabar. Semua nak yang best. Semua nak yang mahal. Semua nak yang mewah. Tapi itu semua nak dapat segera dan cepat. Apa kata kita rendahkan sikit target tu dan mula kecil-kecilan. Sabarlah sikit!
1. Nak ada simpanan RM40K untuk buat modal beli rumah RM300K. Simpan RM500 sebulan. Nak cukupkan RM40K, ambil masa 80 bulan, lebih daripada 6 tahun. Sebab kita rasa jauh sangat 6 tahun tu, kita pun tak mula-mula menyimpan.
2. Rendahkan sikit bajet rumah yang nak dibeli tu. Contohnya RM150K. Kena ada RM20K sebagai modal untuk beli. Simpan RM500 sebulan, dalam masa lebih kurang 3 tahun dah cukup modal tu. 3 tahun okaylah juga. Tak lama macam 6 tahun tu.
3. Nak beli rumah idaman terus sebagai rumah pertama. Landed, dua tingkat harga sampai RM500K. Tapi gaji ciput RM3,000 saja. Boleh berimpian. Pastikan impian tu boleh dicapai. Mulakan langkah dengan beli rumah kecil-kecil bawah RM200K.
4. Ada sebab kenapa saya galakkan anak muda beli rumah kecil-kecil sebelum beli rumah impian. Dengan rumah kecil tu, anda akan dapat positive cashflow dari sewaan setiap bulan. Anda dapat pengalaman berkomitmen dengan bank pada skala kecil.
5. Yang paling best, bila dah ada rumah kecil ni, anda tak berapa kisah dengan kenaikan harga rumah. Sebabnya rumah kecil anda pun naik harganya. Selepas 5-10 tahun guna duit penyewa untuk bayar hutang bank, boleh jual dah rumah-rumah tu.
6. Katakan ada 4 rumah kecil. Jual 2 buah untuk dapatkan tunai, tinggalkan 2 buah untuk dapat cashflow positif setiap bulan. Tunai yang anda dapat boleh jadi modal untuk beli rumah idaman. Gaji masa tu pun bukan RM3000 lagi. Mesti dah naik, kan.
Sekian. Bermulalah sekadar yang kau mampu. Rendahkan target kalau perlu. Kurangkan belanja kalau kau rasa dah tak mampu. Perlahan-lahan melangkah dengan ilmu. Tapi kalau dah power, tak kisah pun nak laju-laju.
sumber : Harith Faisal
Ini Rupanya RahsiaĀ Nak Tanaman Cepat Berbuah. Guna Hormon Air Kelapa Jer

Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun.
Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Ayah Ni Tukar Bilik Usang Jadi Tempat Mainan Anak, Simple & Sweet Tema ‘Farm House’. Guna Barang Kedai RM2 Je. Kreatif!

Ini yang dinamakan kreatif. Kalau memang punya bakat dan kemahiran , benda simple pun nampak menarik.
Hasil kreativiti seorang ayah. bilik kosong yang sudah usang akhirnya berubah wajah. Simple tapi sweet…si ayah ini transform bilik kosong yang usang kepada bilik mainan anak perempuannya dengan tema ‘Farm House’ cukup menarik mata memandang.
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
https://www.facebook.com/qhaiey/posts/3326683927369200
Kredit: Khairul Azhar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Awak Kuat Semangat Sayang.. Air Ketuban Dah Tak Ada.. Tapi Jantung Masih Normal.” Terima Kasih Jadi Penghuni Pertama Rahim Ibu. Sebak Baca!

Wanita mana yang tak ingin menimang cahaya mata sendiri. Mengandungkan zuriat dalam rahim sendiri 9 bulan 10 hari adalah momen paling indah dan cukup bermakna. Itulah saat yang dinantikan selepas bergelar isteri.
Namun, tidak semua impian menjadi kenyataan. Ada yang terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ujian. Bagi wanita tabah bernama Yana ini, dia diduga kehilangan bayi dalam kandungan selepas kandungannya memasuki usia 5 bulan lebih keguguran. Ini membuatkan dia terpanggil untuk berkongsi cerita.
Penghuni Rahim
07/10/2018
Assalamualaikum. Sementara tunggu husband solat kat masjid ni, aku nak luah sikit. Esok sepatutnya due date aku, tapi anak aku dah jadi anak syurga. Semoga tenang disana sayang. Aku baru kawen taksampai setahun lagi. Mungkin typical misscarriage story buat sesetengah orang. Tapi tak bagi aku. First baby dalam rahim aku. Mesti la terkesan.
Feb 2018.
Aku disahkan pregnant, lepas seminggu tak selesa badan. Punca dia masa Thai Food Festival tu aku makan pedas-pedas. Seminggu tak sedap badan. Perut tak selesa. Bos kat ofis sampai belikan eno sebab kot-kot angin? Lepas seminggu sakit, pegi klinik, pregnant rupanya.. haha.
Mac 2018.
Start buat buku. Dan ulang alik klinik macam biasa. Alahan pun cuma sikit-sikit.
11 May 2018.
Aku kursus dekat hotel. Tiba-tiba masa rehat tu, air macam kencing keluar. Aku cuma ingat, itu keputihan biasa. Tapi masa jalan nak ke toilet tu, rasa seluar basah. Duduk dalam hall kursus, dia asyik keluar lagi. Macam terpancut, tapi sikit-sikit. Basah kerusi aku. Masa ni aku cuba positif. Keluar hall, call kakak. Kakak suruh aku pegi hospital. Aku degil sebab masa tu baru 18 weeks. Aku fikir tak mungkin air ketuban.
Balik kursus, aku inform husband. Kami ke poliklinik. Malangnya doktor laki, muda. Dia suruh ke hospital. Tapi aku tak pergi jugak. Sebab masih cuba positifkan diri. Malam tu tidur pakai pad, penuh pad libresse overnight kaler purple tu. Dah macam kencing dalam seluar.
12 May 2018.
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Bos aku desak suruh pergi hospital pagi tu jugak. Aku yakinkan dia aku ok. Tapi aku mengalah lepas dia suruh juga aku pergi. Mula-mula aku cuma pergi klinik panel. Tapi 2 klinik reject kes aku. Sebab hal berkait air ketuban,dorang taknak. Aku masa tu blur lagi. Air ketuban ke ni? Bodoh sangat.
Kami terus ke hospital bahagian emergency. Sebab doc kat klinik suruh macam tu. Aku pun noob. Then explain kat kaunter,dorang terkejut. Sebab 18weeks keluar air ketuban,tapi tak ada darah. Baby gerak normal. Aku dapat zon kuning. Tunggu tak lama,terus dapat masuk bilik doc.
Doc scan,jantung baby normal. Tapi air nampak kurang sikit. Doc suruh tukar kain hospital sebab dia nak speculum. Dah tukar kain,masa berdiri,meleleh-leleh air turun. Doc terus suruh tolak ke dewan bersalin.
2 kali kena speculum. Sakit jugak. First time kena. Doc kata bukaan masa ni masih tutup. Tapi heran air keluar. Doc suspect kuman. Datang 3 doktor terangkan risiko dan kemungkinan yang bakal jadi. Masa ni aku blank. Dengar jela sambil senyum tawar. Lepas tu minta izin keluar jumpa husband kejap. Tengok muka husband, terus mencurah-curah air mata sebab dia memang excited hari-hari sembang dengan baby walaupun sebelum pregnant.
Doc terus uruskan kemasukan ke wad. 10 hari berkampung kat wad. Bed rest. Hari first kat wad, aku tak solat. Sebab rasa macam mana nak solat? Surau jauh. Bla bla bla banyak alasan.. tapi masa ni rasa.. aku dah la 50-50 je baby. Boleh pulak tak solat. Dan memang majoriti tak solat pun. Subuh pun semua tidur macam takde apa yang jadi.
Esok tu subuh dengar nurse kejutkan orang katil sebelah. Nurse cakap, dik bangun sembahyang. Sakit boleh sembahyang lagi kan. Masa ni macam kena hiris hati aku. Walaupun nurse kejutkan katil sebelah, aku yang rasa malu. Aku terus bangun, pergi solat. Surau kat luar wad. Aku bangun, tukar pad (yang berair ketuban) dan jalan pelan-pelan ke surau.
Doc suruh solat kat katil sebab takboleh banyak bergerak tapi aku segan. Masuk surau, air mata aku tak boleh control sebab rasa berdosa dengan Allah. Betullah ujian tu dekatkan kita dengan Dia. Ujian tu sebab Dia dah lama tak dengar rintihan kita. Aku jenis tak pernah tinggal solat. Tapi sekali tu aku tinggal. Dan moga itu yang terakhir. Aku dah qada.
Sepanjang kat hospital, 3kali kena speculum. Tak sakit sangat. Tapi sakit la jugak. Speculum untuk dorang ambil sample. Tak jumpa kuman, tapi dari ujian darah, white blood count aku agak tinggi.
21 May 2018.
Doktor bagi discharge walaupun masih ada air ketuban keluar sikit-sikit. Masa ni air ketuban memang dah tak banyak. Tapi jantung baby sentiasa normal. Malah aktif macam biasa. Doc pesan untuk bedrest. Jangan banyak bergerak. Seronok sangat dapat keluar. Mana tak nya. Orang lain dah bertukar ganti. Aku sorang dok situ sampai 10 hari. Tu pun mujur 19 hari.
23 May 2018.
Husband belikan aku rambutan masa dia balik kerja. Dari awal pregnant memang teringin rambutan. Masa ni baru dapat. Makan 3 biji, rasa lain. Aku pergi toilet, aku nampak darah. Terus mengalir lagi air mata aku. Lepas maghrib, husband terus ajak pergi KPJ.
Kena warded lagi 5 hari. Doc cek bukaan, 1cm. Doc bagi antibiotik, dan ubat tahan sakit. Hari ke empat doc stop ubat tahan sakit, aku dah mula rasa mild contraction. Sakit juga. Masa ni air ketuban dan darah dah start keluar. Darah hidup.
Doktor kata air ketuban memang dah makin kurang. Bentuk kepala baby pun dah tak cantik sebab air tak ada. Kesian baby. Walaupun air kurang, jantung dia tetap normal, aktif lagitu. Comel sangat cara dia bagi semangat kat ibu dia.
27 May 2018.
Discharge KPJ. Seronok sangat dapat discharge. Tapi darah dan air ketuban masih keluar. Baby pun jantung normal lagi. Sesekali contraction.
31 May 2018.
Checkup dekat KPJ. Air ketuban doc tak dapat detect kat screen masa scan. Air tak ada! Tapi jantung baby normal. Dan sesekali memang rasa baby bergerak macam biasa. Kuatnya anak ibu kan. Air dah tak ada sayang.. kesian sayang…
Malam tu sakit sangat. Lepas discharge sebelum ni memang aku makan ubat tahan sakit, sebab aku tak boleh tidur. Sakit sangat. Tapi malam tu sakit sangat. Makan ubat tahan sakit pun tak jadi apa. Sambil sakit,tawaf satu rumah sebab baring pun tak kurang sakit.
1 Jun 2018.
Dapat tidur tidur ayam je malam tu. Bangun pagi, sembang dengan baby.. Anak ibu, ibu redha awak pergi. Kesian awak, tak ada air dalam tu. Ibu dah kuat. Terima kasih bagi ibu masa 3 minggu untuk kuat. Allah tak tarik awak tiba-tiba. Allah baik sangat. Awak pun kuat semangat,baik sangat pada ibu. Ibu redha.
Lepas zohor, ibu ajak pergi beli barang dapur untuk raya. Aku makan ubat tahan sakit lagi sebab nak jalan dengan tenang. Aku dengan yakin, taknak wheelchair. Aku yakinkan ibu, aku mampu. Tapi baru jalan tak sampai satu market,aku dah pening, haha. Terpaksa husband ambil wheelchair kat cust service.
Sempat juga pergi bazar ramadhan. Aku insist nak turun. Ibu tak kasi sebab takut terberanak kat bazar,haha. Tapi aku degil ya ampun. Aku cakap kat ibu, takpe banyak jalan nanti senang beranak. Sampai rumah, rasa nak terberak. Aku pergi jamban cangkung. 10 min jugak tunggu nak melabur. Tapi takde hasil. Aku nak cuci, tapi jari rasa terpegang something yang bukan najis. Berderau darah masa tu. Aku terus tolak ‘benda’ tu naik atas.
Keluar toilet dan inform ibu. Ibu terkejut. Lepas husband berbuka, terus kami gerak ke KPJ semula. Sampai KPJ, nervous sangat. Terus tolak ke dewan bersalin. Aku bagitau dorang, aku pesakit Doktor M. Tapi doc takde, diganti dengan doc lain. Doc cek bukaan dah penuh. Tapi aku takde rasa sakit sebab makan ubat tahan sakit kot. Doc drip sikit ubat bagi rasa. 3 kali push, baby keluar. Aku tengok baby, ala keciknya awak sayang.. kulit merah..
Doc cuba keluarkan uri, tapi tak berjaya. Pintu rahim dah tutup. Uri tertinggal kat dalam. Kena tolak ke bilik OT. Doc bius. Dan cucuk kat tulang belakang. Tak sedar apa yang jadi. Bangun tidur, dorang tengah tolak masuk wad. Sampai wad, ada nurse tunggu dengan baby sekali. Nurse bagi tengok baby. Comel sangat. Baby lelaki. Sama macam yang kami expect. Dan bukan rezeki jadi cucu lelaki pertama ayah. Comel. Kecik..
Ibu ingat setiap inci rupa awak sayang.. kelopak mata kecil. Rambut halus. Tangan kecil. Kulit merah. Telinga.. hidung.. mulut., semua ibu perhati.. sebelum nurse bungkuskan awak semula. Awak lahir masih hidup dan pergi 15 min kemudian.
Terima kasih hadir dalam hidup ibu. Jadi penghuni pertama rahim ibu. Jadi penguat semangat ibu. Terima kasih sebab kuat. Doc pun kata awak kuat semangst sayang.. air ketuban dah tak ada.. tapi jantung awak masih normal. Dan ibu lahirkan awak,awak masih hidup. Awak macam faham betul bila ibu cakap ibu redha awak pergi…
Anak ini, kami namakan Muaz.
Sampai sekarang aku memang dh redha.. cuma kenangan, memori, ingatan tak boleh buang.
Ada orang kata, rileks la.. boleh buat lagi.. muda lagi.. ala.. biasa la tu memang ramai macam tu.. tapi orang taktau, perit betul bila orang cakap macam tu. 5 bulan lebih dalam kandungan, sapa tak sedih.
Apa apa pun, ada hikmah Allah uji kami. Kami belum bersedia. Kami jauh dari Dia. Dan Dia bagi kami anak syurga. Esok, isnin patutnya due date aku. Sebak juga. Tapi mengenangkan anak aku dah kat syurga, Alhamdulillah. Tarik ibu sama ya sayang.

Maaf terpanjang pula. Rindu sangat. Doakan Allah permudahkan rezeki aku lagi lepas ni. Aamiin.
– Yana
Sumber: IIUM Confessions