Meskipun usianya baru mencecah empat tahun, namun anak kelima kepada pelakon Ozlynn Wati ini sudah belajar berpuasa.
Menurut isteri Johan rajalawak ini lagi, dia tidak memaksa Moleiq berbuat demikian, sebaliknya anaknya Itu terikut-ikut dengan apa yang dilakukan abang dan kakaknya.
“Alhamdulillah so far dia puasa penuh lagi. Harap hari ni pun berjaya. Tapi dia dalam pemantauan, if dia cakap lapar or sakit perut kitaorg tak kan paksa dia puasa.
“Ni hanya layankan dia je sebab dia tengok abang dan kakak dia puasa. Kadang-kadang siap main kejar-kejar. Tapi kita orang paksa dia tidur rehat lepas Zohor.
“Terawih pun pergi dan buat habis. Subhanallah, Moleiq belum masuk 4 tahun pun, dia seronok minta pi terawih dan puasa. Alhamdulillah… sahur pun bangun Subuh pun solat.
Ads
“Cuma mane kain ko tu anak oi. Tak kisahlah kan ilmu ni hari-hari kita belajar. Pelan-pelan la. Mama pun masih belajar dan sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan. Mama sayang you Moleiq dan Hanania mama semua #DoakanDalamHatiLebihBaik,” tulis Ozlynn lagi.
Perkongsian tersebut meraiah perhatian ramai. Rata-rata memuji sikap dan semangat kental Moleq untuk belajar dan berjaya berpuasa.
bawangmerahhh Salah satu keluarga artis yg boleh dicontohi semua, adore sangat dgn family johan dalam mendidik anak anak, semoga kita semua dalam Rahmat Allah selalu. Amin❤️
teh_hajah Suka betul tengoj keluarga sis….semoga terus istiqamah & doa kan semoga kita semua akan terus istiqamah ya…Nama pun moleiq…empunya nama pun molek orang nya❤️❤️❤️…Moleiq datang sarawak aunty belanja😍😍😍
kacaudaun88 Geram betul tgok yg si rmbut kembang tu…😂😂Alhamdulillah…Seronok tgok bebdk ni..Hrp anak kami pon same mcm ni..Amin yra❤️
kpecahperut umur 4taun dah puasa n g terawih.. kita umo dah dewasa pown xpuasa lagi… aduhhh jem aku… hahahahahahahahahahahah
sam_wonderwoman Alhamdulillah syukur. Nyai kt spore pong ada cucu sama mcam anak2 Ozlyn. Semoga semua nya teruss betistiqamah..amin…
Pilu hati seorang ayah sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana tiga anak pergi buat selama-lamanya . Namun, sebagai umatNya, Mohd Ismail 64, , bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam reda dengan apa yang berlaku.
Dalam perkongsiannya menerusi Harian Metro, Mohd Ismail yang bekerja membawa kenderaan jenazah berkata, sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini dia tidak ada daya untuk berbuat demikian.
“Semangat saya menjadi lemah.Saya berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan,”ujarnya. Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.
“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya. Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari. Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.
Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya. “Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi. Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormati guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran.
“Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang…. bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khalif Naim bersama dua abangnya, iaitu Umar Iskandar, 21 dan Khairil Firdaus, 17, dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat ketiga-tiga beradik itu ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai degan mayat pertama, Umar Iskandar ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.50 pagi.
Ia disusuli mayat kedua, Khairil Firdaus, pada jarak 150 meter pada pukul 11.36 pagi dan mayat terakhir, Khalif Naim, pula ditemukan pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan jarak 170 meter.
Khairil Firdaus ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, manakala Umar Iskandar adalah penuntut Universiti Malaya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kes lemas tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lemas berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lemas), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin anda selalu tengok scene penceraian dalam mahkamah di drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, pasti berbeza.
Ini yang dikongsikan oleh Fauzana Ismail yang menyaksikan sendiri situasi tersebut.
Apa yang saya boleh cakap…SEBAK,SEDIH…walaupun defendan & plaintif tu xde kaitan pun dengan kita.
Hari ni saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang pegawai penjara.si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara..(waktu dia sampai dalam mahkamah anak2 datang bersalam dengan bapak dia….dengan tangan bergari dia peluk cium anak2 dia…)
Dipendekkan cerita,pada awlnya si isteri memohon fasakah..tp Setelah berbincang…hakim tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track..mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan dan permohonan fasakh dibatalkan..ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua2 pasangan saling bermaafan…dan di isteri datang kepada suami salam, minta maaf..minta di halalkan makan minum selama berumahtangga…dia berjanji akan menjaga anak2 sebaiknya…sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.
Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku… tapi percayalah….kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata…saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa….tiba2 bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak…saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan..dunia rasa gelap..lutut rasa lembik…badan rasa terawang awangan)
Allah…sebak rasa…tiba2 air mata terus jatuh…
Saya pinjam kata2 tuan hakim tadi “Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”
“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”
Kepada kawan-kawan sekalian..jagalah rumah tangga anda…peliharalah rumahtangga kalian..bajalah ia dengan penuh kasih sayang….hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda…..suami itu hanya pinjaman…
jangan la kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain..orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke..biarlah itu hak diorang…yang penting kita ni masing2 jaga rumah tangga kita…nasib kita belum tentu lagi…takut2 hari ni kita mengata orang..perkara tu berbalik kepada kita…itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen klw ada kisah jadi isteri no 2,no. 3 sebab saya ada ramai kawan2 yang menjadi isteri no.2.
Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri…yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain….tapi kemudian sebaliknya terjadi..tu pengajaran untuk saya…bila melibatkan soal begini mulut kena jaga…sebab takut….takut benda tu berbalik pada diri sendiri.
entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya…dari pkl 9.00 pagi -11.45 pagi saya giliran ke-19 dari 20 kes.tq defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut2 walaupun waran tangkap telah dikeluarkan….tq kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, tq untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya..semoga allah membalas seadilnya saya izinkan entry ini dishare,tak perlu minta kebenaran.
salam sayang ❤ fauzana binti ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’, Ummu Ilham
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...