Memang betul, ada yang kata perkahwinan itu suatu perkongsian hidup. Namun, ada adab hubungan suami isteri yang kita semua kena ambil peduli. Dalam undang-undang syariah ada menyatakan hak-hak isteri selepas berkahwin. Begitu juga suami. Jadi setiap pasangan kena alert dan jangan ambil kesempatan dengan ayat ‘perkongsian’ dalam perkahwinan. Baru-baru ini, dilaman instagram Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau dikenali dengan nama PU Azman mendapat perhatian apabila suatu persoalan mengenai perkongsian kewangan daripada netizen yang bertanya diinstagramnya.
Soalan netizen ialah “Nak tanya, kalau husband dia buka wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran. Lepas tu tak mengaku?”
Ini penjelasan PU Azman:
Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah. Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami.
Tapi suami ada hak bila
Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.
Ads
Isteri pula boleh ambil duit suami jika
Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.
DALIL :
Ads
قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi :“Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu?” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim]
Ads
Sweetnya komen-komen netizen mengenai kisah perkongsian duit dalam rumahtangga.
Inspirasi!
Yang ni win!
Wow sweetnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Contoh yang biasa kita dengar – pergi Mekah sebab nak berdoa biar anak lulus exam, nak mengandung, nak bertemu jodoh dan nak kaya.
Ramai umat Islam mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah untuk melakukan ibadah haji dan umrah.
Bagi yang tercapai hajat untuk berada di tanah sana sudah tentu satu rahmat buatnya. Sudah semestinya setiap masa ketika berada di sana akan digunakan sebaiknya untuk beribadat. Namun ada segelintir beranggapan bahawa berada di sini doa pastinya akan dimakbul. Malah ada yang akan berdoa untuk anak lulus peperiksaan, jodoh dan kekayaan.
Berkongsi kisah berkenaan ikuti perkongsian Mutawif, saudara Shauqi Hasan mengenai hal ini, moga kita muhasabah diri dengan teguran ini.
Niat terpesong
Exam besar mcm SPM atau apa shj hajat yg mereka anggap doa hanya maqbul di tanah haram. Niat utk ibadah kpd Allah semata2 dah terpesong dgn byknya hajat berorientasikan dunia dan material. Wallahuaklam
Macam mana kalau anak tak lulus? Sekali tu je la kot Makcik pergi Mekah, terus taknak pegi lagi sebab hasrat tak tercapai. Kerana niat nak pergi tu pun semata-mata nak dapatkan sesuatu.
Kalau anak lulus pulak, maka lepas tu asal ada hajat je pergi Mekah, asal ada hajat gi Mekah. Dah jadi macam satu kepercayaan keramat pulak.
Kalaulah betul Allah hanya tunaikan permintaan sesiapa yang berdoa kat depan Kaabah, bermakna Allah tak adil malah kejam untuk hambaNya yang tak mampu ke sana. Tapi hakikatnya Allah tak kejam macam tu.
Tak ada yang salah nak ke sana untuk berdoa mengharapkan sesuatu. Abang sendiri kalau boleh nak pergi selalu. Dan ramai yang kirimkan doa.
Tapi Abang kesian kat orang-orang yang letakkan syarat makbul doa, kena berdoa di Mekah melebihi dari yakin kepada Allah tu sendiri.
Betul, memang ada tempat mustajab berdoa kat Mekah, tapi kalau kat situ je kita beria-ia, balik Malaysia solat tak jaga, doa asal sempat, apalah ertinya.
Kalaulah macam tu punya senang formulanya, dah tentu semua orang Arab jadi manusia paling beruntung dalam dunia. Paling kaya. Paling pandai. Paling banyak anak. Paling sihat takada penyakit langsung. Paling berjaya.
Depa tak payah buat apa-apa, kerjanya masuk Mekah, berdoa sebab asal mintak, dapat. Tu pasal kalau pi Jabal Rahmah, kat tiang tu bersepah-sepah tulis nama. Nor dan Junid Heryanto dan Dewi Ahmad dan Siti Dah jadi syirik tanpa sedar. Sebab percaya kalau berdoa kat atas tu boleh dapat jodoh. Siap tulis nama sekali. Lain kali ce tulis sekali nombor henfon mana tau cepat sikit jodoh tu sampai. Selama jadi mutawwif ke sana dulu.
Abang melihat di Mekah tu sendiri ada tanda-tanda kesyirikan. Nak dapat jodoh, kena panjat bukit Jabal Rahmah tu untuk berdoa, cium kiswah, simpan cebisan kiswah, berebut-rebut nak solat kat dalam gua Hira’ segalanya ada.
Macam-macam. Dan salah satunya kesyirikan adalah bila meletakkan keyakinan makbulnya doa pada Kaabah melebihi Allah itu sendiri. Tu pasal dulu ada viral kejap bisnes servis berdoa depan Kaabah. Konfem makbul katanya. Sebab apa muncul bisnes-bisnes pelik macam ni? Sebab kita salah faham the whole concept.
Kita kata orang tu penunggang agama padahal kita pun jadi penunggang agama. Kita sendiri gunakan agama untuk mencapai keinginan dunia kita. Kan ke sama je dengan dorang tu semua? Takde beza.
Dalam dunia digital yang serba canggih ini, ramai di antara kita mungkin tidak menyedari atau dengan sengaja memilih untuk menggunakan peranti penstriman haram (ISD). Penggunaan peranti ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga membawa pelbagai implikasi serius yang patut kita ambil berat.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah. Ini bermakna, setiap kali kita mengakses kandungan secara haram, kita bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Kebanyakan orang yang melanggan kotak TV haram mungkin melihat cara ini sebagai jalan mudah untuk mengakses pelbagai kandungan tanpa had, mereka sebenarnya membuka pintu kepada risiko keselamatan siber yang serius.
Bagi mereka yang menghargai pilihan hiburan yang selamat, adalah penting untuk memahami bahaya tersembunyi dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rumah anda.
Bahaya Yang Tersembunyi
Kotak TV haram sering berfungsi sebagai pintu masuk untuk penjenayah siber, kerana mereka mengabaikan semua proses pelesenan dan saluran yang betul. Pertimbangkan ini; peranti-peranti ini tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat yang melindungi pengguna di platform yang sah.
Akibatnya, kotak-kotak ini mungkin mengandungi perisian berniat jahat, yang meningkatkan risiko serangan siber, penipuan, dan pelanggaran data peribadi. Pakar keselamatan siber memberi amaran bahawa peranti penstriman haram boleh membuka jalan kepada penjenayah yang merbahaya, yang dapat menyusup ke dalam rangkaian rumah anda.
Kesan Cetak Rompak yang Berleluasa
Salah satu kesan paling ketara daripada penggunaan ISD adalah kemerosotan kemampuan penyiar yang sah untuk beroperasi dengan berkesan. Tindakan cetak rompak secara meluas ini memberi kesan buruk kepada industri hiburan, mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja kepada penyiar, tetapi juga kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.
Astro Perangi Cetak Rompak Digital!
Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata: “Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif.
Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil. Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru.”
Sebelum ini, di Ipoh, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 pada Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang telah dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram.
Peranti itu ditemui dalam satu serbuan pada Oktober 2023. Pada Julai tahun yang sama, dua individu di Seremban turut berdepan tuduhan yang serupa.
Kes-kes ini mencerminkan usaha keras Astro dalam memerangi cetak rompak digital dan memastikan pematuhan syarat-syarat langganan pengisian Astro.
Akibat Siarkan Kandungan Astro Secara Haram!
Terbaharu, sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar yang terkenal terpaksa menanggung padah berjumlah ratusan ribuan ringgit gara-gara menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.
Dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.
Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencuci pakaian ada caranya. Jangan pakai masuk semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Namun, kadangkala kita tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.
Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.
Sayang kan jika nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Jadi, jangan cepat kecewa, nah kami sediakan tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.
1. Rebus Baju
Rebu baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.
2. Perahan Limau
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.
3. Clorox Lemon
Letak 1 skop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.