Cara mendidik anak dengan betul itu penting. Terkadang silap cara, apa yang diajar tidak terkesan dihati anak-anak.
Untuk itu ayuh kita baca perkongsian daripada Istazah Asma’ Harun agar dapat mendidik hatinkita sebagai ibu ayah yang dapat menjadikan dan ubah tabiat anak menjadi lebih baik.
Ini perkongsiannya.
TIPS UBAH TABIAT ANAK
Iya, kita semua mahu anak kita suka buku, membaca dan menambah Ilmu. Atas sebab itu, kita jadi sedih dan marah bila anak-anak tunjuk muka tak minat dengan buku, mengantuk dan baca sekejap sahaja.
Berbeza pula bila mereka tonton tv, main game, main luar rumah, dll. Mereka menunjukkan minat dan memberi tumpuan sepenuh hati.
Jadi. Siapa dan dimana silap.
DUHAI IBU AYAH
90% tabiat anak mengikut tabiat kita, Jika marah anak tentang sesuatu, sebenarnya kita sedang marah diri sendiri. Apabila kita mengadukan perihal anak, seolahnya kita sedang mengadukan tentang perangai sendiri.
TABIAT IBU AYAH, contohnya solat di awal waktu, kerap baca Quran, zikir dan doa selepas solat, bersedekah, dll Amal soleh yang diperlihatkan kepada anak-anak akan lebih kuat mempengaruhi tabiat anak, berbanding hanya melalui perintah perkataan.
Ads
Apa yang dilihat dengan mata lebih kuat terakam dalam memori daripada apa yang didengar dengan telinga.
Jadi, IBU AYAH SEKALIAN, ketika kita melakukan suatu amal soleh boleh perlihatkan kepada anak-anak dengan niat untuk menjadi ikutan dan salah satu bentuk pendidikan.
Ada sesetengah ibu suka solat dan baca Quran di dalam bilik, katanya lebih tenang dan boleh fokus. Anak-anak jarang sekali melihat ibunya duduk atas sejadah, zikir, baca Quran dll.
Ada baiknya jika kita boleh kerap perlihatkan, InsyaAllah tidak timbul isu bimbang riya’, ujub, takabbur dll. Dengan anak sendiri, insyaAllah kita boleh hindari penyakit hati.
Begitu juga tentang amalan sunat, contohnya sedeqah, ada ketikanya perlihatkan dan terangkan tentangnya. Begitu juga solat sunat, biarkan anak bertanya, ibu solat apa lagi tu ?. Ambil peluang dan jelaskan. Dll.
Ada kisah ibu yang hebat, beliau bercerita kepada saya. Dia sangat penat untuk mengajak anak-anaknya suka baca Quran, jika baca mesti laju-laju dan cukup 1ms sahaja. Jika minta tambah terus buat muka.
Ads
Satu ketika, beliau nekad tidak mahu mengajak lagi. Rasa ingin merajuk. Dalam waktu yang sama, beliau melakukan solat Taubat kepada Allah atas dosa kelalaiannya dalam mendidik sehinga anak-anaknya ketagihan gajet.
Doa dan istighfar diulang, mohon petunjuk daripada Allah swt. Akhirnya beliau mula membaca alQuran setiap kali lepas solat 1 juz. Dilakukan secara rutin, di ruang utama rumah yang mana semua boleh melihatnya.
Diulang lagi, dibuat dengan ikhlas hati untuk mengubah diri. Beliau percaya, untuk orang yang disayangi berubah, diri sendiri perlu berubah dahulu. Dan InsyaAllah, pertolongan Allah akan tiba bagi yang benar² ikhlas.
Akhirnya dalam tempoh lebih kurang seminggu dua, seorang demi seorang anak-anaknya datang tanpa diajak untuk sama-sama membaca alQuran.
Daripada beberapa helai sahaja, sehingga peringkat beliau berkata, anak-anak dah mula “ketagih” alQuran. Allahu Akbar. Dengan air mata beliau bercerita.
“Ustazah, dulu saya banyak bebel, marah, ajak dengan paksa, akhirnya saya penat dan rasa nak mengungkit itu ini, selalu nak salahkan suami dan melepaskan marah pada suami.
Ads
Rupanya Allah sebenarnya nak saya berubah menjadi seorang yang mencintai alQuran, barulah anak saya akan mengikuti jalan yang sama. Saya syukur Allah uji anak-anak saya begitu dahulu, jika tidak mungkin saya hanya sekadar meminta anak untuk cintai alQuran, sedangkan saya sendiri jauh sekali”.
Allahu Akbar. Begitulah.
Ingatlah, kita takkan boleh mengubah hidup kita selagi tidak mengubah rutin harian. Kita tidak boleh mengubah insan yang disayangi selagi tak mengubah diri sendiri.
Rupanya Allah ingin kita berubah dahulu, bukan fokus ubah orang lain. Anak dan pasangan, adalah perantaraan Allah untuk membentuk diri kita menjadi siapa.
Saya selalu cuba amalkan doa ni, bila lihat wajah anak, atau teringatkan mereka, juga ketika teruji dengan sikap atau kerenah anak, sebagaimana doa Nabi Ibrahim AS :
[Ya Rabbku, kurniakanlah kepadaku (anak) yang termasuk orang-orang yang saleh]”.
(Surah AsSaffaat: 100)
Semoga bermanfaat. Nukilan hati muhasabah diri seorang Umi kepada 7 orang anak, yang selalu juga terduduk lemah, marah dan kalah. Tapi tetap bangkit untuk perbaiki diri tanpa henti, insyaAllah sampai mati.
Sumber : Asma’ binti Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka ruang laman di tepi rumah boleh juga dijadikan sesuatu yang cukup istimewa apabila dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran. Digarap indah menjelmakan lanskap yang cukup cantik dipandang. Sekali pandang memang memukau, untuk itu ingin sekali dikenali empunya pemilik laman tersebut.
Ikuti perkongsian ini dan diharap dapat memberi inspirasi buat surirumah untuk merias laman berkonsepkan tanaman sayur-sayuran sepertinya ini. Pepatah oranmg tua-tua ada menyebut, berbudi pada tanah, pasti akan dapat hasilnya.
Menanam bunga hiasan menjadi kegilaan saya semenjak dahulu sehingga satu ketika saya disindir suami supaya menanam tanaman yang boleh dimakan. Sekitar awal tahun 2015 saya mula beralih dari tanaman hiasan kepada tanaman sayuran dan kebun sayur di tepi rumah mula menjadi viral pada penghujung tahunnya. Terkejut dan teruja dengan sambutan daripada orang ramai terhadap kebun sayur saya yang dikatakan unik dengan landskap yang menarik.
Memandangkan saya seorang penjawat awam, masa untuk berkebun agak terhad, jadi saya akan pastikan tanaman mendapat air dan baja yang secukupnya bagi memastikan pokok sentiasa kelihatan segar dan ‘montok’.
Seawal 6.30 pg, sebelum menghantar anak ke sekolah dan ke pejabat, selama lebih kurang setengah jam masa yang diambil untuk menyiram pokok di kebun.
Hasil berbudi pada tanah
Keghairahan demi keghairahan mula timbul sejak dari itu, saya mula bermain dengan kreativiti menghiasi kebun agar menjadi sebuah taman yang cantik dan menarik. Malah, apabila hasilnya melebihi keperluan, saya agihkan pada teman-teman sepejabat, jiran-jiran turut dapat merasainya.
Rezeki membuak-buak apabila baja yang saya hasilkan sendiri mula diburu ramai orang. Ramai yang datang sendiri ke rumah untuk membelinya, ada juga yang membeli secara online.
Apabila ditanya kenangan paling menarik sepanjang mengusahakan kebun tepi rumah, ini jawapannya.
Kenangan mendapat kunjungan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang bersama anakandanya Yang Mulia Tengku Amir Nasser berserta 30 deligasi luar menjadi sebuah sejarah yang paling bermakna dalam hidup. Keseronokan berkebun hanya di tepi rumah betul-betul memberi impak yang bermakna bagi saya.
Keseluruhan kebun ditepi rumah adalah hasil kudrat saya dan tanpa bantuan sesiapa, daripada susun atur hinggalah pembinaan taman kebun adalah daripada usaha gigih sendiri.
Saya seronok menghabiskan masa di kebun, selain mendapat hasil yang boleh menjimatkan belanja dapur, pada saya ia juga satu terapi buat diri sendiri setelah penat seharian di pejabat.
sumber : Lisa Yusuff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teka teka sejak minggu lepas akhirnya terjawab setelah adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29 akhirnya mengakui telah bergelar isteri kepada jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61 yang juga ekas pengendali Penang FC dan Melaka United.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga.”
Memetik laporan Harian Metro, Fyna Jebat bagaimanapun tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SUAMI BERI SOKONGAN
Namun katanya, penyertaan dalam rancangan Famili Duo mendapat restu suaminya.
“Apa yang saya boleh beritahu, suami beri sokongan untuk saya memasuki Famili Duo.”
Fyna menjelaskan hal berkenaan setelah ditemui pada sidang media selepas persembahan konsert mingguan Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral.
Sementara itu, Ayda pula berkata, dia berasa lega dengan pendedahan adiknya itu kepada pihak media.
Untuk rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Kalau di kampung buah belimbing buluh selalu dibiarkan jatuh ke tanah sahaja tanpa sempat dipetik daripada pokoknya. Sudahnya buah yang satu ini terbuang begitu sahaja sebelum sempat di masak dengan beraneka jenis makanan.
Belimbing buluh yang cukup terkenal dalam sajian masak lemak ini rupanya boleh juga dijadikan jeruk. Malah rasanya lebih sedap, ‘kuat’ dan terangkat. Mana taknya, rasa masam semulajadi belimbing buluh ini sudah cukup menguatkan rasa ‘powernya’. Apatah lagi
digabungkan dengan tambahan rasa lain seperti gula dan garam. Memang terangkatlah rasanya.
Resipi yang dikongsikan oleh Norshah Mann Sharipuddin ini buat kita terliur melihatnya. Nampak power! Jom cuba.
Caranya:
1. Bersihkan belimbing dan potong hujung dan pangkalnya.
2. Letak belimbing di dalam balang.
3. Kemudian isikan air dan garam. Tutup balang dan biarkan selama 2 malam.
4. Selepas 2 malam, buang airnya dan rendam belimbing dengan air biasa selama 3 jam.
5. Masak air gula. Biarkan sejuk.
6. Selepas tiga jam, toskan belimbing dan masukkan semula ke dalam balang.
7. Tuangkan air gula, sedikit garam, cuka dan cili padi yang dipotong halus.
8. Tutup balang dan biarkan sekejap. Simpan dalam peti ais.
8. Selepas 1 hingga 2 jam, bolehlah dimakan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.