“Beradab Betul. Inilah Didikan Dari Rumah.”Bapa Tak Sengaja Sebut ‘Wey’, Reaksi Anak Tegur Dapat Pujian Ramai!

Share

Anak-anak ibarat kain putih bersih dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan didikan kepada mereka.

Dalam satu perkongsian video ditiktok, gelagat anak kecil bersama bapanya mengundang  perhatian ramai.

Menerusi rakaman tersbeut, kelihata dua beranak ini sedang berbual. Telatah comel anak kecil yang dikenali sebagai Yaya nyata mencuri tumpuan.Gelagat Yaya sememannya menjadi perhatian ramai di sosial media dek kepetahannya berkata-kata. Sudahlah comel bijak pula.  Malah, loghat utaranya yang pekat memang cukup menghiburkan.

Menerusi perkongsian terbaru itu, Yaya menegur bapanya yang tanpa senegja terlepas kata dan menyebut perkataan ‘wey’.

Lantas Yaya yang memanggil ayahnya abi terus menegurnya secara berbisik. Berikut adalah rakaman anak kecil bijak tegur bapa yang dikongsikan ini:

@uwaisqalish cara tegur pun sopan betul hehe 😍 #fyp #fypage
#cute ♬ original sound – Uwaisqalish

Sumber: Uwaisqalish

 

 

IKLAN