Anak-anak ibarat kain putih bersih dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan didikan kepada mereka.
Dalam satu perkongsian video ditiktok, gelagat anak kecil bersama bapanya mengundang perhatian ramai.
Menerusi rakaman tersbeut, kelihata dua beranak ini sedang berbual. Telatah comel anak kecil yang dikenali sebagai Yaya nyata mencuri tumpuan.Gelagat Yaya sememannya menjadi perhatian ramai di sosial media dek kepetahannya berkata-kata. Sudahlah comel bijak pula. Malah, loghat utaranya yang pekat memang cukup menghiburkan.
Menerusi perkongsian terbaru itu, Yaya menegur bapanya yang tanpa senegja terlepas kata dan menyebut perkataan ‘wey’.
Lantas Yaya yang memanggil ayahnya abi terus menegurnya secara berbisik. Berikut adalah rakaman anak kecil bijak tegur bapa yang dikongsikan ini:
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga 12 tahun berpakaian watak-watak superhero antaranya Spiderman, Thor, Supergirl, Batman dan Hulk. Lebih manis, acara ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya majalah Keluarga setelah berjaya mengumpulkan kanak-kanak seramai 100 orang!
Setiap kanak-kanak di bahagikan menjadi 10 kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yang dianggotai seramai 10 orang kanak-kanak. Kumpulan berkenaan diberi nama mengikut abjad seperti A,B,C,D,E,F,G,H,I dan J yang diketuai oleh seorang ketua kumpuan membantu kanak-kanak membuat aksi superhero secara serentak.
Terdahulu sebelum acara, peserta perlu bergaya di booth Pa&Ma dengan sesi fotografi. Acara bermula dengan perarakan masuk kumpulan mengikut urutan abjad ke pentas utama. Kemudian disusuli juga perarakan dengan persembahan Percussion dari Kidzania, Kuala Lumpur yang diiringi oleh 10 orang kanak-kanak superhero. Acara seterusnya memperlihatkan 100 orang kanak-kanak naik ke atas pentas dengan gaya superhero tersendiri termasuk lebih 40 penyertaan kanak-kanak dari Tadika Brainy Bunch Caw. Bandar Puteri Klang dan Tadika Integrasi Genius Khalifah.
Dalam pada itu, acara menarik ialah persembahan silap mata dari Kidzania Kuala Lumpur, permainan paper dance dan tiup belon. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Majlis meriah didiserikan dengan kehadiran Timbalan Pengurusan Nu Ideaktif, Puan Ani Nadila, Editor Pengurusan Wan Erni Liza tanda sokongan program kekeluargaan ini.
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang Juara Superhero Jr Gader iaitu dengan gelaran King dimenangi oleh Muhammad Rayyan Rifqi dan Queen: Delisya Dayana. Manakala 10 pemenang paling bergaya dan 10 pemenang paling sporting serta pemenang paper dance dan tiup belon.Majlis diserikan dengan acara potong kek Superhero dengan disusuli laungan ‘We Are The Superhero’.
Tidak lupa kepada kepada penaja seperti Style Charming, Chewies, Dora The Movie, Homepop Corn, SuperPark Malaysia, Kidzania Kuala Lumpur, Restoran Hersha, Kek Lili Jamaluddin dan roti Gardenia yang memberi sokongan majlis berlangsung dengan meriah. Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Selain itu, pada hari kedua fiesta pelancaran komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk ibu hamil juga telah berlangsung dengan jayanya dan pertandingan Merangkak Race yang mengumpulkan 60 bayi serentak dengan pelbagai aksi comel.
Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.
Apa yang pasti, pengajuran ini telah menjanjikan pengalaman membeli belah menyeronokkan kepada pengunjung dalam suasana yang selesa. Sebanyak 100 vendor dari jenama terkenal turut serta dan memberi diskaun lebih 50 peratus untuk setiap produk. Jumpa lagi tahun hadapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar isteri dan ibu tentu, ruang dapur adalah bahagian yang kerap digunakan untuk memasak hidangan buat keluarga.
Untuk memastikan ruang dapur bersih dan kelengkapan memasak bersih tentu pelbagai bahan cucian digunakan.
Bagaimana pun melalui perkongsian puan Yati Eimra, menyediakan semburan homemade yang menggunakan bahan yang sedia ada di dapur. Jom semak perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun ?
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan ? Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. ?
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan kosmetik negara, Datuk Aliff Shukri telah pun selamat sampai keTanah Suci Mekah bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram beliau, Datuk Aliff memohon agar orang ramai mendoakan supaya segala urusan ibadah mereka semua dipermudahkan.
“Akhirnya Allah memanggil ku ke Tanah Suci, semoga aku berubah menjadi hamba mu yang lebih baik. Ya Allah… Kau permudahkanlah perjalanan hamba mu ini untuk menunaikan haji kali ini.
“Alhamdulillah, setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin – amin yarobal alamin,” kata beliau menerusi keterangan di Instagramnya.
Di ruang komen, rata – rata netizen juga turut mendoakan Datuk Aliff bersama anak lelakinya.
“Alhamdulillah, semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan Datuk. Moga balik nanti menjadi ‘orang baru’ yang lebih baik tanpa ada sebarang kontroversi dan gedik – gedik lagi Datuk,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan… Semoga mendapat haji yang mabrur… Dah jadi Pak Aji nanti jangan buat video klip mengarut tau,” komen netizen lain.
Untuk rekod, Datuk Aliff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.
Suami Nurulhidayah Ahmad Zahid terima Datuk Seri sempena Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Nurulhidayah menyifatkan pengiktirafan itu sebagai amanah besar untuk terus berbakti.