Bercuti bersama keluarga adalah moment yang indah untuk di kenang. Biarpun destinasi yang dipilih dalam negara ia tetap meninggalkan kenangan manis!
Bagi keluarga ini percutian dalam suasana luar bandar dan kehijauan, destinasi ke Dabong Kelantan menjadi pilihan mereka. Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Felicia Ramzi berkongsi tip bercuti selama 4 hari 3 malam.
Jom ikuti perkongsiannya. Menarik boleh jadi panduan!
DARI KAJANG KE DABONG Hai semua. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Ads
Perjalanan bermula 5 Jun, 10.28 malam setelah lewat 14 minit. perjalanan ke Dabong pula, 6 Jun, 1.18 pagi. Jadi jangan silap beli tarikh tiket ya!
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong. Tips and tricks beli tiket: 1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo. 2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi. 3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak. 4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil. 5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang. 6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas. 7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40. 8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan. 9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Tips membeli nombor katil yang menghadap bukit di Gua Musang. Lukis senang paham ye dak.Pengalaman berharga kali pertama naik jungle train dari GemasSaya beli 3 katil bawah, 2 katil atas.Keadaan dalam keretapi. Masa pergi, tak lena tidur. Keretapi bising dan kerap brek mengejut. Kadang-kadang, koc rasa macam senget sebelahKatil bawah, tingkap lebih luas. ada lampu dim light kalau tak suka gelap (tapi tak gelap mana pun) Elakkan beli katil bernombor 2&4, 14&16, 26&28 sebab ada penghadang ditengah-tengah tingkap.
Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.
Kali kedua ke mee udang Che Da
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey. 2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey. 3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges. 4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang. 5. Dodol lemak – sebagai souvenir Tempat penginapan: 1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam. 2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Ads
Abe Din ajak bergambar. AAAwie pun pernah datang sini dan beberapa artis lain.Rose House Dabong abg Din. Hospitality abg Din dan kak Ros wajar dipuji. Kak Ros siap cuci baju dan lipat baju kami walaupun kami kata tak perlu. Bila kami nak bayar, Kak Ros tak mau terima. Semoga dibalas dengan segala kebaikan kepada abe Din dan kak Ros.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport.
Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen. Tak menyesal trip kali ni. Pergilah warga BBM walaupun sekali, kena cuba.
Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless! Perkongsian: Felicia Ramzi
Fizo Omar terharu dapat anak lelaki-“Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga bercampur baur. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.
Fizo Omar Terharu Dapat Anak Lelaki-“Perasaan Excited, Sedih, Hiba Dan Bangga Bercampur Baur”
Fizo juga berasa bertuah kerana kerana sekali lagi diberikan peluang untuk membantu proses isterinya melahirkan.
Berikut perkongsian Fizo di laman Instagramnya.
Its a BOY. Alhamdulillah.
Terima kasih di atas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat bersalin secara normal di @andorrahospitalofficial bersama Dr Kamsiah Muda.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
Masyallah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.
Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagiaan yang melimpah ruah. Ameen.
Credit tu wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.
Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Untuk info, Fizo dan isterinya Fazeera atau nama sebenarnya Fazeera Nazri Azrai mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan ini sudah memiliki dua orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3 dan Wan Umaira, 2 tahun. Hasil perkahwinan terdahulu pula, Fizo memiliki seorang anak perempuan, Wan Mariam 8 tahun.
Sedar tak sedar, di sekeliling kita ada entiti yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Adakalanya, dia akan ‘menegur’ kita dengan cara buat bunyi-bunyian atau menggerakkan sesuatu objek. Misalnya yang terjadi pada ibu ini berkongsi pengalamannya diganggu ketika berada di rumah.
Sempat merakamkan kejadian misteri tersebut, pengguna aplikasi Tiktok yang menggunakan akaun arinayasminhassan memuatnaik sebuah video kipas di rumahnya bergerak sendiri meskipun telah dicabut suis masih lagi berputar seperti dipasang.
Yang peliknya, kipas yang hidup sendiri tersebut akan terhenti berpusing sejurus berada tepat menghadap Arina. Dia menjelaskan bahawa sempat merakam kejadian mistik itu sewaktu sedang mengemas rumah untuk berpindah keluar untuk tunjuk pada suaminya.
Tambahan pula, sebelum ini dia menceritakan pelbagai gangguan yang terpaksa dihadapi sewaktu tinggal di rumah berkenaan.
Maklum Arina, anaknya yang berusia setahun setengah sering diganggu dan menunjukkan tempat di dalam rumah dengan bercakap “kakak”. Adakala pintu grill rumah diketuk namun tiada orang sewaktu diperiksa oleh suaminya dan mainan bergerak dengan sendirinya.
Berhati-hati apabila memakai kantap pelekap atau contact lens kerana ia boleh memberi kesan jika lama dipakai. Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Lisa Surihani baru-baru ini selamat menjalani rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan. Isteri kesayangan aktor Yusri Abdul Halim ini berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya lisasurihani. Menurut Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.
“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.
“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa? “Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa! Terdahulu, Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.
“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” tulisnya menerusi kapsyen di dalam instagram sambil memuat naik sekeping gambar.