Pernah tak, bila dah terlambat nak pergi ke sesuatu tempat, pasti ada benda yang tidak diduga berlaku? Baju terkoyak masa iron lah, stoking tak kering lagi, anak tudung hilang, telefon tiba-tiba ‘ghaib’ dan banyak lagi. Yang paling haru, bila tengah syok sikat rambut, sikat tu plak tersangkut.
Kadang-kadang, perkara tak terduga macam ni lah yang membuatkan kita lambat bersiap akhirnya terlewat ke kerja, meeting, interview ataupun ke kelas.
@shazzyzainI istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘stress’ apabila rambutnya buat hal ketika dia sudah terlambat pergi kerja telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @shazzyzain, kelihatan lelaki itu sedang kelam-kabut bersiap untuk pergi ke kerja.
Tetapi apa yang kelakar adalah, rambutnya yang agak panjang tersangkut pada sikat gulung sehingga tidak dapat dikeluarkan.
Akhirnya, dia terpaksa membawa sikat itu sekali ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerja dalam keadaan seperti itu.
Ads
Lebih melucukan, apabila dia terpaksa patahkan hujung sikat tersebut dan memakai baju hoodie namun ianya sangat ketara.
“I istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat gelagat lelaki tersebut yang buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sikat ‘melekat’ di atas kepala.
“Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat. Unexpexted hahaha” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mana rambut tersangkut di sikat ketika bersiap.
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak dinafikan faktor kewangan adalah sangat penting terutamanya apabila sudah mempunyai cahaya mata. Malah pasangan yang tidak mempunyai simpanan sewaktu bujang haruslah berusaha untuk membuat tabungan apabila sudah berkahwin.
Jangan mengharapkan pada pendapatan pasangan sahaja untuk menampung kekurangan anda malah seeloknya anda dan pasangan haruslah bijak mengatur kewangan anda agar tidak sesak sewaktu memerlukan.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti panduan ini.
1. Kira Perbelanjaan Bulanan
Bagi anda yang tidak pernah ambil tahu perbelanjaan kasar bulanan, anda harus lakukannya segera. Ini bagi memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan bulanan anda.
Baki dari anggaran kasar anda itu, barulah anda aturkan untuk perbelanjaan lain yang tidak berapa penting tetapi ingat agar meletakkan 20% dari baki tersebut sebagai simpanan.
2. Jangan Bergantung Pada Pendapatan Sampingan
Ramai di antara masyarakat Malaysia sekarang membuat kerja sampingan. Malah ada yang berhempas pulas membuat dua atau tiga pekerjaan yang lain dalam satu masa.
Tidak dinafikan, pendapatan sampingan ini kadang kala lebih dari pendapatan tetap namun anda harus ini, ianya tidak boleh dimasukkan dalam pendapatan tetap yang anda dapati setiap bulan kerana jumlah tidak menentu.
Jangan terlalu bergantung pada jumlah tertinggi yang pernah anda dapat dari pendapatan sampingan ini tetapi letakkan ia sebagai ‘simpanan’ bagi mengelakkan anda boros berbelanja.
3. Letak Target Untuk Beli Barang
Bagi anda yang boros berbelanja, sudah sampai masanya untuk anda ubah sifat itu. Tidak dinafikan setiap diantara kita mempunyai keinginan untuk mendapatkan barangan yang di minati.
Tapi ingat, sifat ini akan memakan diri. Sebaliknya anda senaraikan dulu barangan mengikut keperluan. Jika sesuatu yang anda inginkan itu adalah jumlah yang besar. letak target untuk memilikinya. Berbelanjalah ikut kemampuan anda.
4. Beli Hanya Bila Perlu
Dalam era sekarang, perniagaan online pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan barangan yang diinginkan. Tapi ingat! Jangan terpedaya dengan iklan atau strategi pemasaran yang ditonjolkan sebaliknya anda membeli barangan yang perlu sahaja.
5. Bijak Menabung
Bagi yang bakal menimbang cahaya mata, anda perlu membuat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak.
Pelaburan yang diyakini selamat dan menguntungkan seperti Amanah Saham Bumiputera dan tabungan di Tabung Haji antara yang menjadi pilihan ibu bapa.
6. Ambil Insurans Nyawa
Mungkin ramai menyangka insurans sesuatu yang membazir kerana hanya membuat pembayaran untuk sesuatu yang tidak diketahui berlaku. Namun, pernahkah terfikir apa yang terjadi jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepada anda.
Bagaimana dengan nasib keluarga anda?
Pilih skim insurans yang bertepatan dengan belanjawan bulanan anda kerana sekarang pelbagai skim ditawarkan oleh banyak syarikat. Jangan takut untuk bertemu ejen insurans untuk mendapatkan nasihat skim insurans nyawa terbaik untuk anda berdasarkan jumlah
perlindungan, umur dan jenis pekerjaan.
7. Perlindungan Perubatan Untuk Keluarga
Selain kos sara hidup harian, kos perubatan anak-anak perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan adanya pelan perlindungan insurans, anak-anak mempunyai akses kepada rawatan dan ubat-ubatan terbaik jika berlaku komplikasi kesihatan.
8. Buat Bajet Keperluan Rumah
Membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, perancangan kewangan teliti diperlukan. Anda perlu mencatatkan barangan keperluan rumah dan anak setiap bulan beserta kosnya untuk menjamin kelangsungan kos hidup.
Kos pakaian, lampin, susu formula, perubatan dan vaksinasi adalah antara kos yang perlu diberi keutamaan. Kegagalan untuk merancang dan berfikir ke depan mungkin akan menyusahkan ibu bapa apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di bandar besar.
9. Tabung Kecemasan
Malang sentiasa tidak berbau. Namun anda perlu sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan. Mungkin jumlah simpanan tabung kecemasan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang, tetapi dengan memulakan tabung kecemasan sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai kestabilan kewangan
Penting untuk anda memulakan tabung kecemasan seawal mungkin kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai jumlah sasaran simpanan kecemasan anda. Jangan tangguh dan mulakan tabung kecemasan anda sekarang.
Simpan mengikut kemampuan anda dan terus berdisiplin dalam menyimpan. Bak kata pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan.’
Pasti anda sering hadapi masalah ini apabila bau masakan melekat di baju anda.
Ini bukan sahaja dihadapi dirumah tetapi di restoran yang sering anda kunjungi sewaktu keluar makan tengahari pada waktu pejabat.
Ini disebabkan di dapur tersebut tidak mempunyai ruang udara yang betul menyebabkan bau terperangkap di dalamnya.
Apabila bau makanan melekat, boleh membuatkan anda stress di samping rasa kurang selesa dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai.
Jadi bagi orang dapur dan juga pengusaha restoran, anda boleh mengamalkan petua ini untuk menghindarkan bau ini dari terus merebak dan meninggalkan bau hapak.
1. Rebusan Daun Limau Purut
Daun limau purut yang direbus dapat menghasilkan aroma unik yang berfungsi untuk mewangikan kediaman.
Rebus daun itu dan biarkan ia di mana-mana kawasan seperti atas rak atau meja makan untuk mendapat aroma semula jadi yang nyaman.
2. Rebusan Kulit Limau Bersama Kulit Kayu Manis
Rebus dua bahan ini dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, masukkan air rebusan berkenaan di dalam botol semburan.
Semburkannya di sekitar dapur dan juga ruang-ruang lain dalam kediaman anda.
3. Hirisan Daun Pandan
Hiriskan daun pandan dalam saiz yang kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka.
Pasti ruang rumah akan menjadi harum dengan aroma pandan ini.
4. Arang Penyerap Bau
Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat efisien.
Jadi, letakkan beberapa ketul arang pada sudut tertentu di dapur kerana ia boleh menyerap aroma masakan dan bau-bau yang kurang menyenangkan.
Semalam Reen Rahim telah mengumumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini dengan jejaka yang dikenali dengan pangkal nama MR H.
Menariknya, majlis yang bakal diadakan nanti telah mendapat tajaan sebanyak RM 15 juta. Bertuah sungguh Reen dan pasangan.
Menurut Reen Rahim, bakal suaminya itu lebih muda 6 tahun darinya dan mereka telah berkenalan sejak 2 tahun yang lalu.
Sebenarnya ini yang menarik perhatian netizen kerana sejak akhir-akhir ini ramai artis wanita memilih pasangan yang lebih muda sebagai teman hidup.
Malah selebriti terkenal Neelofa baru-baru ini telah memuatnaik hantaran dengan hashtag #SuamiMudaKauAda sewaktu menghadiri majlis konvokesyen suaminya, Pu Haris mencuit hati netizen.
Mesti Baca :
Bagi yang bertanya kenapa kini wanita berusia lebih menjadi pilihan lelaki. Nak tahu sebabnya, jom baca penjelasan di bawah ini.
1. Wanita berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka. 2. Kedudukan kewangan wanita berusia juga lebih stabil berbanding gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.
3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman selain lebih tenang.
4. Banyak pengalaman juga membuatkan wanita berusia lebih realistik dan berpijak di bumi nyata.
5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, tenang, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.
6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.
Artikel Berkaitan
7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian.
8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.
9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.
10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.
11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.
12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.
Walaubagaimanapun, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.
Pelakon terkenal, Eyka Farhana, berkongsi detik penuh bermakna bersama suaminya, Akhyar Rashid, apabila mereka mengumumkan jantina cahaya mata pertama menerusi satu majlis gender reveal...