Penyampai radio Suria FM, DJ Lin, berkongsi berita duka ibu kesayangannya, Puteh Jantan, 80, meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsikan akaun Facebook dan Instagram miliknya.
Arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, pada jam 4.50 pagi ini.
“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, #djlin ingin memaklumkan bahawa ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh bt Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.
Ads
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Dalam pada itu, coretan DJ Lin kepada arwah ibunya juga turut mengundang sebak netizen.
“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak-anak mak.
Ads
“Berehatlah mak… Puas mak menanggung kesakitan.
“Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu, mak.
Ads
“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak.
“Al-Fatihah,” tulisnya menerusi kapsyen
Sebelum ini, DJ Lin ada berkongsikan berita Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman terkena serangan jantung menerusi aplikasi TikTok.
Jujur mengakui dirinya tidak sangka akan diri mengalami penyakit yang digeruni itu memandangkan dia mengamalkan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
“Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin,” kata pelakon berumur 48 tahun ini.
Jasmin Hamid sebelum ini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.
“Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan strok”.
“Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.
“Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh.
“Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena ‘diarrhea’.
“Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung,” kata Jasmin yang berkongsi pengalaman tersebut menerusi aplikasi TikTok.
Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraa dan kesembuhan pelakon itu.
“Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja.
Terdahulu, berita itu dikongsikan suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.
Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Sukanya melihat pasangan selebriti ini yang sentiasa menjadi inspirasi. Begitulah pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos yang sentiasa berkongsi momen dan kehidupan keluargannya.
Biarpun keduanya mempunyai kerjaya dengan rutin yang sibuk, namun ia bukan alasan untuk mereka lepas tangan meluangkan masa bersama anak-anak.
Menerusi muat naik di Instagram milik Dr Halina memaparkan pasangan doktor ini membawa anak-anaknya seramai 6 orang menaiki perkhidmatan LRT, Video yang dipaparkan mencuri tumpuan ramai.
Dr Halina mengakui bukan mudah menguruskan anak-anak yang masih kecil ketika menaiki kenderaan awam.
Malah salah seorang anaknya muntah di dalam LRT namun syukur ada penumpang prihatin yang menghulurkan tisu basah ketika situasi itu.
Pelbagai coretan yang dikongsikan mengenai gelagat anak-anaknya sehingga membuatkan warganet terhibur. Malah ada yang kagum dengan sikapnya mampu mengendalikan anak yang ramai.
First of all, thank you to my husband who compiled this video for me coz I don’t even have a single second to take my phone out from my bag…
This was last Friday, funday out with the kids bawak naik train from nearby our place to KLCC. Diorg super excited dpt naik train.. We didn’t know train ride was free sampai mid July ni!! We went after dinner, sampai KLCC almost 10pm.
Funny story in the train, Eusoff probably super excited. He actually vomited in the train Habis semua baju and all.
Tapi Malaysians kan mmg prihatin, laju je org hulurkan wet wipes and sempat bersihkan before sampai KLCC stop. Terima kasih kepada yg bg wet wipes hari tu. Sampai KLCC, elok pulak keluar train tu ada H&M.. So Eusoff dpt baju baru
Sampai KLCC sempat tgk fountain show, mkn ice cream.. jalan2 kejap.. I think ppl recognizes us when they heard me so loud asyik panggil Adam, Noah, Tasha.. coz they been running around..
Like I really have no chill at all.. Hahahahaha.. Sorry lah I cannot chill bila anak-anak dok lari-lari in an unfamiliar environment for them..
Owh, another funny story in the train, Adam ni friendly. Rajin sembang dgn org, so dekat satu stop ni, masuk lah sorang Chinese boy dgn his girlfriend.
He is probably in his 20s.. Adam is pun tegur lah this boy, “Abang, why your pants koyak?” I yg duduk sebelah Adam rasa macam nak pengsan..
Org tu ikut fashion, anak I lurus cam pembaris.. Hahahaha.. Nasib baik lah that boy pun tahu agaknya budak ni tak faham fashion..
Then he said “I just fought a tiger” hahahahahaha… Terus terpinga2 Adam.. To that young gentleman, thank you..
Balik, we took the train again.. Bila sampai rumah, the kids begged for another train ride.. Hahaha.. Mak dgn bapak macam dah nak pengsan.. Cuba lagi tahun depan when they are bigger
Dalam pada ini meninjau komen warganet ramai yang memuji usaha pasangan ini membawa anak-anaknya ramai. Biarpun mencabar menguruskan anak mereka tetap kelihatan gembira menikmati momen itu.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.