Kalau ditanyakan soalan ini, ‘bila kali terakhir anda sebagai ibu bapa puji anak-anak?’ rasa-rasa anda boleh jawab tak?
Sedangkan kita yang dewasa ni kalau orang puji pun boleh senyum simpul, terbawa-bawa pujian tu seharian, apatah lagi anak-anak yang tiada siapa yang boleh diharapkan untuk beri pujian kepada mereka selain ibu bapa mereka.
Ingat tau, kat rumah macam-macam benda kita boleh buat dengan anak, momen dalam rumah itu sendiri boleh menghidupkan hari-hari mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini. Jom kita hayati perkongsiannya!
Setiap hari, kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak kita.
Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti.
Bayangkan anak kita baru lepas letak elok-elok pinggan dan cawan dalam sinki lepas makan. Dia pun dengan gembiranya panggil kita untuk tengok hasil kebaikan dia.
Cepat-cepat kita pergi tengok, kita buat-buat terkejut, tepuk tangan siap peluk anak kita.
“Wahhh, kakak dah besar. Pandai letak pinggan dalam sinki lepas makan.”
Senyumlah anak kita sepanjang malam. Detik itu akan jadi satu Magic Moment untuk mereka.
Kenapa magik? Sebab antara berjuta detik yang lain, detik itulah yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Itulah magiknya.
Ads
Lagi banyak Magic Moments tersimpan dalam memori anak kita, lagi bahagialah anak kita. Bayangkan zaman kanak-kanak anak kita dipenuhi dengan ribuan Magic Moments yang hebat.
Tapi, saya sendiri banyak terlepas peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak saya.
Pernah anak saya teruja nak tunjukkan sejenis ikan berkaki yang baru dia belajar pagi tu. Saya pula sibuk dengan urusan lain. Berkali-kali dia cuba nak beritahu saya pasal ikan tu.
Bila kerja saya dah selesai, anak saya pun dah tertidur. Saya fikir remeh aja cerita ikan tu. Terlintas dalam hati, esok mesti dia dah lupa pasal cerita ikan tu.
Itulah silap saya.
Ads
Esok paginya, anak saya datang dan dengan suara perlahan dia kata lepas ni dia dah tak nak cerita apa-apa lagi bila dia belajar benda baru.
Allahuakbar, saya menangis. Remuk hati ini.
Terus saya minta maaf pada anak. Leka betul diri ni. Macam tu cara Allah bagi amaran pada saya.
Sebenarnya, anak kita akan ketagih nak berkelakuan baik bila kita selalu “tangkap” dia betul-betul lepas dia buat perkara yang baik.
Bila kita beri ganjaran selepas dia buat apa-apa kebaikan, Magic Moments itu lebih mudah tercipta.
Ganjaran macam duit, permainan dan coklat bukanlah tak baik tapi ia tak sehebat ganjaran yang saya nak kongsikan ni.
Ads
Contoh ganjaran atau hadiah yang lebih hebat :
✅ Diberi kasih sayang – dalam bentuk pelukan, ciuman, high five, senyuman atau meletak tangan kita pada bahu anak.
✅ Pujian – puji secara spesifik kelakuan anak yang kita suka. – Contoh:
“Baguslah abang senyap je masa mama bercakap melalui telefon dengan nenek.”
“Kakaklah pembantu mama yang paling rajin sekali. Semua permainan kakak dah susun elok-elok dalam laci.”
✅ Diberi perhatian yang lebih atau dapat buat aktiviti khas. – main game board dengan mak ayah – mak ayah baca buku cerita bersama – tolong mak ayah sediakan makan malam – dapat pergi ke zoo bersama mak ayah.
American Academy of Pediatrics dan American Association of Child and Adolescent Psychiatry pun menyokong jika kita beri ganjaran sosial begini.
Sungguh kawan-kawan.
Kita terlalu banyak “tangkap” anak ketika mereka buat salah sampai kita terlupa nak “tangkap” mereka kita mereka berbuat baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak setiap kali kita bergambar tentu ada sahaja pelbagai gaya pose yang kita buat namun dalam banyak-banyak gaya tersebut pasti ada satu gaya yang menjadi kesukaan. Bahkan boleh dikatakan setiap gambar yang diambil walau di mana jua pasti ada gaya kita yang satu itu.
Ini sama kisahnya apabila baru-baru ini, anak perempuan kepada pelakon veteran Kamarool Yusoff iaitu Nur Najihah Kamarozaman baru sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM).
Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi pelakon veteran yang berusia 64 tahun itu ketika mengambil gambar bersama anaknya apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem ‘Rock Oo!’.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.
Melihat gambar tersebut, pengguna laman sosial tercuit hati dan merasakan pelakon yang pernah popular menerusi filem ‘Gila-Gila Remaja’ itu memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga pun bergaya bergitu.
“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.”
“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” antara komen-komen pengguna laman sosial.
Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).
“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.
Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!
“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.”
“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen yang lainnya.
Kadang kita tidak perasan kata-kata kita tanpa sedar memberi kesan pada anak yang masih kecil. Perkataan negatif seperti bodoh, lembap, lemah dan sebagainya sebaiknya dielakkan.
Ia membawa kesan negatif pada anak dan jika tidak dikawal sebaiknya, anak boleh terngiang-ngiang hingga dia membesar. Bahaya.
Perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini mak ayah kena fahami.
Dengan anak, walau macam mana pun jangan sesekali panggil,
– bodoh – lembab – lemah – lembik – tak pandai
Dan yang seumpamanya.
Orang lain panggil tak apa, tapi ibu ayah tak boleh. Jangan sesekali. Kita ni “Significant Person” pada setiap anak-anak.
Sangat berpengaruh. Sangat kuat ikatan. Sangat dipercayai. Sangat dihormati. Sangat penting pada anak.
Setiap perkataan kita akan memberi kesan yang mendalam. Jika baik yang kita sebut, maka beri kebaikan la pada anak.
Jika buruk yang kita sebut, maka beri keburukan la pada anak.
Sekali dah terlepas perkataan perkataan begini, percayalah sampai ke cucu cicit perkataan ini terngiang-ngiang di kepada anak. Aduhai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di