Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini. Apa lagi beliau hadir dalam keluarga sekali gus bergelar menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

Kasih bertaut antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.

“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.

“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.

Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

IKLAN

“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.

“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.

“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

Hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.

“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.

“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.

IKLAN

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.

“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya

Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan dirinya. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar wanita yang anggun ini akan sebuah erti kehidupan.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.

IKLAN

“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.

Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.

“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.

“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah.

“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarga di Indonesia. Selain itu,  saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna.

“Berkahwin Perlukan Saya Banyak Berkorban. Antara Cintakan Keluarga, Kerjaya Seni & Masa Depan Dengan Suami.”- Tya Ariffin

“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI