Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Ads
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
Ads
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan terletak pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.
Apa lagi, tahu menghargai dan membalas segala pengorbanan si isteri. Itu yang ditunjukkan oleh saudara Akhtar Syamir yang memilih cara berbeza dalam berkongsi rezeki sekali gus menghargai pasangan hidupnya.
Memberikan kad debit kepada isteri untuk berbelanja, membeli barangan yang diperlukan. Itu sudah mampu menggembirakan isterinya.
Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing.
“Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudharatan”. Kata saya sambil berseloroh. Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.
Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons. Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu.
Cukup pencuci muka dan bende alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun. Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.
Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.
Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.
Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.
Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Kongsikan penulisan ini. Buat inspirasi kepada semua. Semoga lebih ramai suami mencari alasan untuk menggembirakan isteri. Alasan saya pada kali ini ialah 11.11.
Carilah alasan-alasan seperti ini.
Jemput follow saya 👉Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Wajah semestinya menjadi aset penting bagi seorang wanita terutamanya bagi mereka yang sudah bertambah usia. Kedutan, garis halus dan bintik hitam sememangnya umpama mimpi ngeri bagi wanita melainkan bagi mereka yang menjaga dengan rapi tentang penjagaan muka.
Namun, ada sesetengah wanita walaupun usianya dah menjangkau separuh abad, tetapi masih lagi kekal cantik seperti wajahnya muda dahulu. Misalnya pelakon Datin Seri Maria Farida di mana perkongsiannya baru-baru ini mendapat perhatian ramai di mana wajahnya ketika 26 tahun lepas tidak berubah hingga kini.
Perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram itu ‘throwback’ khas bersempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya pada Ahad lalu.
“My sonshine turns 26 y/o today! The tiny baby I held in my arms has brought so much happiness in our lives 🤍 . You bring joy to everyone around you.. and your smile always lights up the room. So on your special day, I wish only the best that life can offer you, because you truly are the best son any mother could ask for” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, Rata-rata netizen turut terpesona dan memuji kecantikan pelakon drama siri popular Akira Khan itu masih persis anak dara.
Terdahulu, Maria pernah meluahkan rasa terkilan dengan kecaman netizen terhadapnya yang mendakwa dia melakukan suntikan untuk sentiasa kelihatan muda.
Bagaimanapun, Maria menerusi temu bual media menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau pembedahan memandangkan dirinya sendiri takut dengan jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
Sumber : Instagram Maria Farida, Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila banjir melanda, paling mencabar adalah apabila air mulai surut. Bukan hanya sedih barang-barang habis dihanyutkan air atau rosak , cabaran yang menanti adalah perlu membersihkan segala kotoran dengan segera.
Bagi anda yang mengalami situasi ini pastinya bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Mohd Razak Razali berkongsi tip bagaimana kaedah paling mudah untuk membuang air yang bertakung di dalam rumah.
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.
Bahan-bahan
Baldi yang di tebuk lubang pada lantai nya…ikut saiz paip
Getah paip atau poli pipe.
Karung sampah saiz besar yg ditebuk lubang pd bhgian bawah ikut saiz paip.
Kerusi 2
Caranya
Masukan hujung paip dari bawah baldi…terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip. Tarik getah paip supaya plastik duduk dlm baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.
Kamudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yg duduk dlam baldi tadi…..tadaaa… air ikut getah terus keluar ..tak perlu angkut keluar.
Pastikan terus kocak air dlm rumah supaya lumpur tak mendap…nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.