
Sekali pandang, tiada siapa menyangka lampu hiasan yang tergantung ini dihasilkan daripada lidi satay yang dibeli di kedai serbaneka.
Rekaan lampu hiasan tersebut ‘sebiji’ sepertimana lampu moden yang digemari ramai.

Apa yang pasti, hasilkannya cukup istimewa, murah dan bolehlah untuk anda turut melakukan diy yang dikongsikan oleh Huur Al Ain.
Mengapa bayar lebih sedangkan boleh buat sendiri?
Bermodalkan lidi kedai eco2.10, glue gun dgn glue stick, pensil, pembaris, spray hitam dan kerajinan.

Bahan- bahan;
Lidikedai eco2.10, glue gun dgn glue stick, pensil, pembaris, spray hitam
Cara membuatnya

Step 1

Step 2

Step 3

Sember :Huur Al Ain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita Ni Kongsi Cara Deko Rumah Kayu Setinggan Yang Kecil & Ruang Terhad Berubah Cantik & Moden. Ada Style!

Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Walaupun ia berupa rumah kayu setinggan, namun dekorasinya yang menarik menampakkan seolah-olah ia sebuah apartmen.




Inilah yang dikongsikan oleh puan Leila Janne .Jom cuci mata dengan atur letak dan hiasan rumah kayu setinggan ini.





deko2 raya pkp rumah kayusetinggan
tq my sis tunjuk ajarku sifuAmnee Janne
x lupa sayang Azman Sulaimanturut ere bini




Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Saya Suka Dengar Celoteh Umar.’ Rupanya Kanak-kanak Ini Yang Ajar Tun M Buat Mini Love

Sejak petang tadi, seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada negarawan Malaysia dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad atau lebih mesra di panggil Tun M.
Sejak gagal mempertahankan kerusi di Parlimen Langkasi, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan sepi daripada arena politik negara. Namun menerusi hantaran terbaharunya di laman sosial, rata-rata seluruh warga maya seakan dapat melepaskan kerinduan kepada insan yang banyak berjasa dalam pentadbiran serta pembangunan negara sewaktu kepimpinannya dulu.
Menerusi hantaran Tun M di laman sosialnya itu menceritakan mengenai seorang kanak-kanak cilik bernama Umar Amirul Shakur Haiccal atau mesra dipanggil Umar yang telah mewawancara negarawan ini untuk sebuah saluran Youtube.


[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Jika sebelum ini subjek utama yang akan dikongsikan di laman sosial milik Tun M adalah aktiviti yang berkaitan dengan tugasannya atau perkembangan parti yang dinaungi namun untuk hantaran kali ini amat berbeza.
Seakan teruja menceritakan mengenai Umar, warga maya dapat dilihat kemesraan mereka walaupun pertama kali berjumpa.
“Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap.”

Untungnya Umar apabila dipuji oleh lagenda negarawan yang menjadi idola ramai itu.
“Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak.”
“Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi baru tahu macam mana boleh capai.”
“Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi,” kongsi Tun M mengenai wawancara bersama kanak-kanak cilik itu.
Apa yang paling menarik perhatian warga maya adalah Umar sempat ajar Tun M buat mini love.

“Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu ‘mini love’. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu.. itu simbol minta duit!
“Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. “ Cerita Tun M lagi mengenai Umar.
@bintangkecilmy Siapa sangka Tun M dah boleh buat mini love untuk semua #TunMahathir #TunM #MiniLove #BintangKecil #kids #Fyp #foryou #foryoupage ♬ Buah Hati – Armada
Patutlah Tun M teruja bercerita tentag Umar ini, memang petah orangnya. Anda boleh melihat sendiri Umar menerangkan mengenai Mini Love dalam sat hantaran video di TikTok Bintang Kecil.
Rupanya Umar adalah salah seorang kanak-kanak yang terpilih untuk bertemu dengan idola dan menjadikan Tun M sebagai tokoh yang ingin ditemui.
Umar juga pernah menjadi host dalam program Pa&Ma TV melalui segmen Adik Tanya terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Dalam sebuah segmen khas, saluran Bintang Kecil yang aktif di Youtube telah merealisasikan impian Umar untuk bertemu legenda iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.

Di akhir hantaran, Tun M sempat menitipkan pesanan buat Umar.
“Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.” Tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji tokoh negarawan itu kerana begitu ‘sporting’ melayan ketelah Umar.
Malah Tun M sempat memakai helmet Star Wars apabila ditanya ‘Kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader.’
@bintangkecilmy Replying to @bende sia 😂 Tun M memang sporting habis lahh #bintangkecil #tunmahathirmohammad #fyp ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman
“Tun tetap idola dan jadi inspirasi untuk anak-anak dan generasi akan datang. Semoga satu haru nanti lahir seorang great leader seperti Tun untuk Malaysia.” – Robin Labu

@chedetofficialSaya ditemuramah Umar Amirul Shakur Haiccal untuk satu rancangan di YouTube. Umar baru berusia 12 tahun dan minat bolasepak. Tanya Umar, macam mana nak capai umur 97 tahun. Saya jawab kena tunggu lagi 85 tahun lagi lah baru tahu macam mana boleh capai. Dalam temuramah tadi, saya cukup seronok dengar celoteh Umar dan dia begitu petah bercakap. Banyaklah soalan ditanya umpamanya bagaimana saya di zaman bersekolah, apa pesanan ibu saya, kenapa bina KLCC, Putrajaya, KLIA, pandangan bolehkah jadi influencer saja tanpa belajar dan banyak lagi. Umar tanya saya, kenapa ada helmet Star Wars dalam pejabat saya – The Mandalorian dan Darth Vader. Sebenarnya helmet ini dicetak mengguna 3D-printer. Saya berminat dan beli printer ini untuk buat sendiri beberapa barang, cumanya perlu belajar program dan sabar tunggu hingga siap. Kalau dahulu saya ukir kayu guna pisau dan tangan, sekarang semuanya pakai mesin. Lebih mudah. Cuma perlu faham dan mahir untuk program mesin saja. Semasa bergambar di hujung temuramah, Umar minta posing dengan “mini love”. Sengaja saya usik minta jelaskan apa itu “mini love”. Yang saya faham, rapatkan ibu jari dan jari telunjuk tu itu simbol minta duit! Umar terangkan simbol love asalnya besar, kena guna dua tangan untuk cantum jadikan love, tapi ada orang cipta pula simbol love dengan dua jari. Pandai dia menjawab. Saya pesan kepada Umar, rajin-rajinlah belajar supaya masa depan lebih terjamin. Semoga impiannya tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dari Suri Rumah Yang ‘Nothing’ Mampu Raih RM18K Hasil Landskap Sayuran Di Laman Rumah. Cantik & Berinspirasi!

Kisah wanita bernama Siti Nur Fazidah, 33 tahun cukup menarik untuk dikongsikan. Bagaimana kekgigihan seorang isteri dan juga ibu kepada 4 orang anak yang terpaksa tinggal berjauhan dengan suami (PJJ).
Daripada seorang suri rumah yang ‘nothing’ dia bangkit untuk mengubah kehidupan. Berbekalkan modal RM60, Nur Fazidah mula berkebun. Inilah kisahnya yang mula berkebun sejak empat tahun, sehingga mampu menjana pendapatan lumayan.


Bukan itu sahaja, suaminya yang sebelum ini terpaksa berjauhan kerana bekerja, memilih untuk berhenti kerja dan turut membantu Nur Fazidah mengusahakan tanaman di halaman rumah mereka sahaja. Bukan sahaja laman rumah nampak cantik dengan landskap sayuran, bahkan ia menjadi sumber pendapatan keluarga ini. Sangat berinspirasi kisah wanita ini.

Saya suri rumah yang “nothing”. PJJ dengan suami bertahun lamanya. Saya suka berkebun. Macam orang lain hanya berkebun biasa2. Saya cabar diri untuk buat sesuatu yang luar biasa.. lanskap dalam kebun. Dari tanam kobis sepokok 2, saya tanam 200 ke 300 pokok.. kemudian saya lanskap kan.. bukan hanya kobis, malah 30 jenis tanaman sayuran lain juga sy buat.




Bermula modal RM60 Capai RM18K
Masa tu saya tahu penat saya akan berbaloi.. saya simpan dan kumpul semua gambar tanaman saya.. saya belajar untuk dapatkan gambar yang cantik.. saya pandai berkebun pun sebab saya dari golongan keluarga pekebun.. saya bermula dengan FB.. tunjuk pada rakan2 FB apa saya buat.. tunjuk dalam group2 kebun. Sambutan sangat menggalakkan.
Bermula dari tu dengan modal RM60 sebagai suri rumah yang “nothing” tu.. saya berjaya raih RM18k pendapatan bulanan tertinggi saya dalam tempoh 4 tahun..


Bermula RM60 saya beli biji benih untuk dijual semula.. saya jadikan semua gambar2 tanaman saya sebagai testimoni sendiri. Sejak itu, kehidupan saya berubah.. pendapatan mingguan maintain 2k. Saya perluas lagi biz on9 ni dengan lebih besar lagi. Saya jual bahan2 pertanian lain2.. seperti baja.. racun.. polibag.. tanah semai.. dan banyak lagi..
Siapa sangka.. suami yang PJJ bertahun2 tu, berhenti tinggalkan kerja dia dan dia sekarang kerja dengan saya.. alhamdulillah kami dah dekat sekarang.


Saya juga aktif online, saya juga offline hanya dirumah.. ramai orang dari komuniti terdekat datang semata nak tengok laman dan membeli dengan saya.. paling tak terduga, laman saya juga telah dikunjungi orang dari serata negeri gara2 iklan saya aktif dalam group2 besar.. mereka teruja untuk melihat sendiri tanaman saya.

Hasil dari 4 tahun ini..
Saya dapat membina sebuah rumah.. tak besar mana tapi saya selesa dah ada ruang untuk hari tua kami. Selain itu juga, rumah saya dah jadi cek point untuk tetamu2 besar (vip) dari pihak FELDA (bahagian wilayah) singgah.
Kenangan paling indah, Mantan tuan pengarah lanskap negara pernah jadi tetamu saya. Masa tu felda kami bertanding keceriaan kampung. Saya tak akan lupa bagaimana saya bermula.



Saya kerah semua kudrat untuk buktikan yang saya bukan suri rumah yang tak ada impian.. saya berjaya mengubah kehidupan saya. Kalau dulu saya hanya ada RM20 untuk belanja belanja dapur sehari hari.. kini saya sentiasa ada 4 angka sehari dalam wallet.. bukan nak riak, tapi ia jalan cerita hidup saya.



FB atas nama Nur Allia Zahra (ank) FB ni wujud bukan semata untuk jualan on9. Saya mahu sebarkan semangat berkebun pada seluruh suri rumah seluruh Malaysia..
Berkebun lah.. semai2 jual pokok.. boleh buat pendapatan sampingan.
Sumber gambar: FB Nur Allia Zahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

