Memulakan kehidupan berkeluarga untuk anak-anak muda hari ini tidak dinafikan ianya perlu ada perancangan rapi daripada sudut kewangan.

Apatah lagi bila kita  lihat dengan kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang seakan tidak mampu milik dan sebagainya boleh menjadikan setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga memerlukan ‘modal yang mahal’ untuk memulakan kehidupan selepas bergelar suami isteri.

Lantaran itu, ada juga yang masih dalam dilema untuk membeli rumah di awal perkahwinan dan memutuskan untuk menyewa. Sedar-sedar setelah lebih 5 tahun pun masih menyewa dan telah pun mempunyai anak-anak.

Jadi apa kata anda baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini di mana  menurutnya jika hidup berkeluarga jangan terus menerus tinggal di rumah sewa.  Biarlah kita bermula dengan memiliki rumah yang kecil agar suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman impian yang selesa dan besar.

Untuk lebih detail, ini perkongsiannya.

“Bermula Dengan Rumah Kecil…” -Pakar Ni Kata, Duduk Menyewa Tak Lebih 5 Tahun Berkerja!

JANGAN MENYEWA TERLALU LAMA
1. Bila ada yang sarankan orang muda sewa saja rumah dan jangan beli hingga duit cukup sepenuhnya. Ia langkah kebelakang dan tidak bijak sebenarnya dalam pengurusan kewangan.

2. Menyewa kediaman tidak boleh terlalu lama, sebaiknya tidak lebih dari 5 tahun bekerja.

3. Lebih awal kita beli kediaman, lebih jelita kita dari jubah mahal yang kita pakai.

IKLAN

“Bermula Dengan Rumah Kecil…” -Pakar Ni Kata, Duduk Menyewa Tak Lebih 5 Tahun Berkerja!

4. Bermula dengan rumah kecil dan jangan mahal mahal. Jika kita beli yang kecil lepas 5 tahun kawin biasanya dah sekali ganda harga asal.

5. Jika kita meninggal, anak isteri tak diusir keluar. Lelaki mithali, beli rumah untuk isteri

6. Bila ada yang kata jangan pinjam dari Pembiayaan Islam sebab ada riba, takkan kita menghina panel Syariah yang sedia ada.

7. Mazhab kewangan kita mungkin berbeza, tapi jangan sampai menghina tokoh kewangan Islam yang ada.

IKLAN

8. Tidak semua orang pandai berniaga, ramai yang makan gaji dan jadi kuli. Kita buat yang mudah dan tak bebankan hidup kita.

“Bermula Dengan Rumah Kecil…” -Pakar Ni Kata, Duduk Menyewa Tak Lebih 5 Tahun Berkerja!

 

Kita rakyat biasa bukan ada darah menteri atau raja. Kita bermula dengan rumah kecil untuk bina istana.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Bermula Dengan Rumah Kecil…” -Pakar Ni Kata, Duduk Menyewa Tak Lebih 5 Tahun Berkerja!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI