Eratnya kasih sayang antara keluarga, akhirnya mereka bersama hingga ke akhir hayat. Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan Pahang, lewat malam tadi.

Jenazah adalah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39 dab Azizah Eiyi, 40; serta anak-anak mereka iaitu Putri Aryana Umaira Karim, 4; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Nurerina Natasya; 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun.

Bersama Hingga Ke Akhir Hayat, Jenazah Tujuh Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, sebelum itu kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.

Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.

IKLAN

Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.

Bersama Hingga Ke Akhir Hayat, Jenazah Tujuh Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.

IKLAN

Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

IKLAN

Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersama Hingga Ke Akhir Hayat, Jenazah Tujuh Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI