Lazimnya bila kita pergi ke majlis perkahwinan akan ada pasangan mempelai yang duduk di pelaminan, tersenyum manis. Namun lain pula pengalaman tetamu bila menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Iqbal, 21 yang berlangsung pada beberapa bulan yang lalu.
Dilihat pengantin duduk bersendirian tanpa ditemani isterinya hingga membuatkan dia tidak dapat menanggung sebak di hati hingga menitiskan air mata di hari bahagianya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah Muhammad Iqbal, 21, yang juga anggota polis itu sebenarnya mendapat perhatian selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24, memuat naik rakaman video kenangan ketika majlis persandingan itu di TikTok kelmarin.
Berkongsi kisah sebenar sebagaimana yang dikatakan di dalam laporkan Harian Metro, difahamkan Muhammad Iqbal yang menetap di Batu Caves, memaklumkan majlis persandingan itu sepatutnya diadakan pada 12 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana dipanggil melapor diri sebagai anggota polis seterusnya ke pusat latihan.
“Jadi, isteri pilih untuk melangsungkan majlis persandingan pada 29 September lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.
“Dua minggu sebelum majlis, kami bersama-sama pergi mencuba busana pengantin malah semua persiapan sudah dibuat.
“Ditakdirkan, sehari sebelum majlis iaitu pada 28 September, saya bawa isteri ke klinik kesihatan untuk periksa bayi dalam kandungan tetapi doktor dapati isteri lemah akibat alahan teruk kemudian merujuknya ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad,” ceritanya lanjut.
Ads
Akur Nasihat Doktor
Menurutnya, dia cuba berunding dengan doktor untuk mendapatkan kebenaran isterinya keluar dari wad.
“Dalam pertemuan itu, doktor nasihatkan saya untuk biarkan isteri terima rawatan di wad.
“Ia kerana doktor khuatir berlaku perkara tidak diingini kepada isteri dan bayi dalam kandungan sekiranya saya berkeras.
“Jadi saya akur dan memikirkan keluarga isteri sudah datang dari Sabah serta tetamu sudah diundang maka saya teruskan juga majlis,” ceritanya lagi.
Tidak Mampu Kawal Emosi
Ads
Muhammad Iqbal berkata, hatinya ketika itu sedikit terubat apabila dapat membuat panggilan video dengan isterinya ketika di atas pelamin.
“Saya cuba mengawal emosi tetapi menangis juga akhirnya sewaktu berjalan masuk ke dewan majlis dan berada di atas pelamin. Keluarga saya dan isteri yang cuba tenangkan serta beri sokongan moral.
“Tetamu yang hadir terkejut juga awalnya apabila melihat saya seorang saja hadir namun faham selepas diberitahu perkara sebenar oleh pengacara majlis.
“Apa pun, saya tidak menyalahkan takdir kerana semuanya percaturan Allah. Allah uji kerana kami mampu malah saya yakin ramai lagi berdepan ujian lebih hebat,” katanya dengan tenang.
Ads
Berhubung video yang tular pula, Muhammad Iqbal terkejut kerana tidak tahu isterinya muat naik rakaman berkenaan di TikTok pada awalnya.
“Saya sedar apabila terima banyak notifikasi di telefon bimbit.
“Alhamdulillah, setakat yang saya baca semuanya positif cuma ramai persoalkan kenapa tidak teman isteri di wad.
“Hakikatnya, saya tidak boleh ada di wad sepanjang masa kecuali ketika waktu melawat. Apa pun terima kasih atas semua doa yang baik buat saya dan isteri,” katanya.
Baru empat bulan melayari bahtera perkahwinan, seorang isteri kehilangan suami buat selama-lamanya apabila insan tersayang maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan, Gurun petang Ahad.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa Mohd Amirul Ismail yang menunggang motosikal sedang berteduh di bawah jejambat akibat hujan lebat sebelum dirempuh sebuah lori sehingga tercampak ke dalam longkang berhampiran.
Menerusi luahannya di laman Facebook, isteri mangsa yang dikenali sebagai Fara Haziela terkejut dengan pemergian suaminya yang berusia 28 tahun itu dan memohon orang ramai untuk sedekahkan al-Fatihah.
“Semoga tenang di sana ya suamiku. Ya Allah b, sayang tak kuat b. Mohon sedekahkan al-Fatihah dekat suami saya. Semoga awak tenang di sana,”
Difahamkan, pemandu lori yang juga berusia 28 tahun sudah direman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain Mohd Amirul, seorang lagi penunggang Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31 tahun, turut meninggal dunia manakala beberapa penunggang lain selamat dari kejadian berkenaan.
Ketika kejadian pemandu lori terbabit bersama kelindannya dalam perjalanan menghantar sofa yang dipesan pelanggan secara dalam talian di Pulau Pinang.
Sebelum itu, mereka yang datang dari Kelantan baru selesai menghantar sofa kepada pelanggan di Kuala Nerang dan perjalanan ke Pulau Pinang adalah penghantaran terakhir.
Setakat ini, siasatan awal ke atas pemandu lori mendapati dia mendakwa tidak dapat melihat laluan lebuh raya berikutan cuaca hujan dan keadaan gelap.
Ketika kejadian itu juga, kelindan lori yang menemani pemandu terbabit dikatakan sedang tidur.
Bagaimanapun, sehingga kini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan
Baru sahaja melahirkan anak keduanya pada 17 Oktober lalu, gelagat anak sulung Raja Ilya, Talita Love menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya walau telah beberapa hari menyambut kelahiran adiknya, Royal Abraham namun Talita baru berpeluang memeluk erat adiknya di pangkuan kerana tidak sihat.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi momen dan detik bahagia itu.
“Kak long first cuddle adik dia @royalabraham18 , this few days since masuk hospital.
“Talita tak sihat, dia macam kena separation anxiety sebab tak pernah pisah ngan Ilya kan, so 4 hari kat hospital dia duduk dengan grandparents dan Trent.
“So Talita terpaksa tunggu since Friday nak peluk adik dia, today baru first time dia spend proper time dengan adik dia since dia dah tak ada flu lagi.
“Biasa laa, budak-budak ni kalau sakit kan cepat jangkit, so kene cautious sikit,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya keterujaan Talita ketika memangku adiknya di ribaannya.
Seperti kakak-kakak, Talita yang baru berusia dua tahun dilihat cukup bersungguh memeluk adiknya sambil wajahnya yang kemerah-merahan. Memang comel.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangganya bersama Trent Garret pada 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love yang berusia 2 tahun.