Bak kata orang, dalam dunia ni kita ada 7 orang yang muka sama dengan kita. Betul ke?
Seperti yang tular baru-baru ini, ada seorang pelajar perempuan yang dikatakan seiras dengan penyanyi popular dan juga pelakon, Alif Satar.
Dalam rakaman video yang dikongsikan di laman tiktok itu kelihatan beberapa orang gadis teruja untuk perkenalkan rakannya yang memiliki wajah seiras seorang selebriti. Bila kamera merakamkan rakannya itu, ternyata wajah gadis itu seiras Alif Satar!
Selain dari itu, sekumpulan wanita ini juga turut memuat naik satu video menggunakan lagu penyanyi yang disenangi ramai tersebut iaitu lagu ‘Lelaki Seperti Aku’.
Video tersebut telah dimuat naik semula oleh laman era.je dan mendapat perhatian pelantun lagu ‘Cukup Indah’ di mana dia meninggalkan komen ‘ini kah rupaku kalau bertudung?’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut akui gadis iras Alif Satar ini memang hampir sama wajah mereka. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
Tidak dinafikan, bila berlaku kejadian kenderaan yang kita pandu rosak ditengah jalan dan ketika itu kita bersendirian memang panik dibuatnya. Walaupun pada awalnya kita sudah pastikan sebelum bergerak, kenderaan berada di dalam keadaan baik. Tapi itulah, situasi sebegini memang tidak dapat diduga, di luar jangkaan kita.
Jadi nak tak nak, perlulah kita meminta bantuan daripada orang yang boleh diharap. Masa ini jugalah, baru kita kenal dan sedar siapa sebenarnya yang akan ada di sisi sudi membantu. Pendek kata, walaupun kita mempunya ramai kawan di sekeliling kita, itu belum tentu lagi mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan berbanding pasangan yang sehati sejiwa.
Hubungi member, tapi hampa
Baru-baru ini tular di media sosial TikTok, berkenaan sebuah perkongsian video daripada @angah11222 memaparkan keadaannya yang terpaksa menunggu diperhentian bas gara-gara motornya rosak secara tiba-tiba.
Dalam perkongsian video yang mendapat meraih tontonan 1.9M ketika ini, seorang suami ini sebenarnya telah cuba menghubungi beberapa orang rakannya untuk meminta bantuan namun tiada seorang pun yang memberi respon kepadanya untuk membantu.
Pun begitu, apa yang telah mencuri perhatian ramai penonton video tersebut adalah apabila akhirnya isterinya sendiri yang datang untuk memberikan bantuan kepada suaminya.
Isterinya dilihat menunggang sebuah lagi motorsikal ke tempat suaminya menunggu dan terus memberikan senyuman manis kepada suami setelah tiba di situ.
Kehadiran isteri di sisi membuatkan suaminya berasa terharu. Benarlah, dalam mencari teman mungkin senang, namun teman sejati yang sanggup susah dan senang bersama tidak lain dan tidak bukan, dia adalah pasangan hidup kita sendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
@amir6324: “suka tgok laki bini bhagia , sy doakan semoga abg mndpat rezeki yg mlimpah ruah satu hari nati dan berbhgia dsmping kluarga tsayang”
@Tasya Sukri: “sebab tu dalam hidup jangan terlalu mengharapkan kawan ade untuk kita selamanya better kita cari pasangan hidup yg ingin susah senang bersama kita”
@aZuRa: “Isteri adalah magnet rezeki. Ssh ape pon suami istwri sentiase d sebelah.”
@SUZI : “itu la isteri.kalu dlm mrh pun..tiba2 dpt call.suami mintk tolong..laju je prg..x fikir..takut ke apa..”
@AmiRizQie: “Nak harapkan org mmg payah bro.. Sekek2pun isteri jugak yg dtg mmbantu.. Itulah kwn kekasih kita sejati dunia akhirat”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Hari ini kita semua menerima berita duka dengan perkhabaran penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
Seakan baru sahaja antara kita ulang menonton lakonan hebatnya di dalam filem Darah Satria bersempena bulan kemerdekaan baru-baru ini. Namun hari ini berita duka pemergian Aman Shah, disahkan sendiri oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly.
Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan oleh Awani.
Menurut Hadzly, 43, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.
Kata Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada pukul 6 petang ini sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Hadzly berkata, mana-mana kenalan atau ahli keluarga yang berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham bapanya boleh melakukannya di masjid berkenaan.
“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata Hadzly.
Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Dilahirkan di Johor Bahru pada 9154, ketika bergelar penyanyi, Allahyarham Aman Shah pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI antara 1980 hingga 1987.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Sumber : Awani
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Tiada siapa yang mahukan pasangan yang kita kahwini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Kalau boleh biarlah sentiasa hidup sejahtera, bahagia dan gembira. Pun begitu bukan semua yang kita harapkan kekal untuk selamanya, apatah lagi hidup ini penuh dengan ujian.
Apa yang pasti menjaga orang sakit tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu memberi ubat sudah memadai. Hakikatnya banyak yang perlu dilakukan, bahkan ‘jaga’ itu juga memerlukan pengorbanan yang dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab.
Jika yang sakit itu ibu ayah, mungkin ada adik beradik lain juga dapat sama-sama membantu menjaga orang tua yang uzur. Namun bila isteri atau suami yang sakit, pastinya tanggungjawab tersebut digalas di bahu pasangan sepenuhnya.
Itulah juga yang dilakukan oleh seorang suami ini, terus sabar menjaga isteri dengan sebaik mungkin apabila disahkan menghidap kanser payudara pada pertengahan tahun 2019 lagi.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan Ibrahim, 54, sudah tidak kekok untuk menguruskan isterinya, Kamariah Yusoff, 57, yang semakin lemah.
Tanpa rasa jijik mencuci luka di seluruh dada dan perut isteri yang menderita kanser payudara, rutin harian itu dilakukan Ibrahim Mamat tanpa mengeluh.
Menurutnya, isterinya menghidap kanser payudara pada pertengahan 2019 lalu, namun mereka berikhtiar melalui rawatan alternatif kerana Kamariah bimbang payudaranya akan dibuang.
“Pada mulanya hanya satu ketulan kecil tumbuh di payu dara kiri dan disangka ketulan biasa menyebabkan kami mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif.
“Lama-kelamaan, ia semakin teruk dan pecah kerana ada lelehan nanah keluar sebelum isteri mengadu rasa sakit menyebabkan saya membawanya ke hospital.
“Isteri kemudian disahkan menghidap kanser payudara tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, semalam.
Tukang rumah itu berkata, isterinya juga kehilangan berat badan yang banyak iaitu daripada berat asal 65 kilogram (kg) kepada 30 kg disebabkan penyakit berkenaan.
Jaga Sebaiknya
Menurutnya, perasaan hiba kerap bertandang setiap kali mencuci luka di bahagian hadapan tubuh isterinya dari leher sehingga perut kerana tidak tahan mendengar rintihan kesakitan.
“Isteri sering tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terlalu sakit sehingga terpaksa mengambil ubat tidur selain ubat tahan sakit.
“Saya juga kerap mengelap tubuhnya terutama di bahagian luka untuk memberi keselesaan kerana sering mengadu rasa panas malah adakalanya diminta dilap dengan ketulan ais,” katanya yang menetap di rumah sewa dengan bayaran RM350 sebulan.Ibrahim juga menyifatkan isterinya sangat kuat semangat kerana masih menggagahkan diri bangun untuk ke tandas dan menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk.
“Saya tidak menerima kerja di lokasi yang jauh kerana isteri tidak boleh ditinggalkan lama dan jika keluar bekerja sekalipun, saya hanya memperuntukkan masa beberapa jam sahaja.
“Dengan pendapatan tidak menentu, kami berjimat menggunakan elaun bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh membantu Ibrahim dengan menghubungi talian 017-3031254.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.