Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Bonda Rozita, seorang wanita yang telah pun membuktikan mampu mencipta legasi perniagaannya hingga berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai orang di luar sana menjadikan Bonda Rozita sebagai idola dan  sumber inspirasi. Bukan sahaja dalam memajukan ekonomi keluarga, malah tidak dinafikan ramai yang ingin mengikut jejak langkahnya untuk kekal sihat dan cantik meskipun pun usianya kini menuju usia emas. Namun sekali pandang persis seperti orang muda, penuh bertenaga dan kekal aktif meneruskan kehidupan hariannya.

“Bersiap Menuju Usia Emas …”-Bonda Rozita Sebar Positive Vibe, Ramai Teruja Contohinya!

Terbaru, bonda Rozita ada berkongsi rahsia mengenai apa yang dilakukan 35 tahun lalu untuk pastikan tahap kesihatan, ekonomi, dan keluarganya capai pada hari ini. Bersama kita contohi dan ambil pengajaran daripada setiap apa yang disampaikan. Semoga ianya memberi manfaat, kerana kita juga suatu hari nanti akan meniti usia emas andai dipanjangkan umur.

Buat Persiapan Diri

Saya bersiap sedia menuju usia emas sejak dari 35 tahun, sebelum ST Sendayu Tinggi dikenali lagi, saya hidup susah dan saya tak nak anak saya malu kerana kedaifan kami – tak nak menyusahkan anak-anak – saya sayang otak dan kaki saya

“Bersiap Menuju Usia Emas …”-Bonda Rozita Sebar Positive Vibe, Ramai Teruja Contohinya!

Saya nak sihat dan sibuk bekerja untuk saya lupa masalah dan tak nak layan penuaan – bekerja mengembirakan saya ..!! Ia ibadah dan game yang berbaloi untuk minda & amal

IKLAN

Saya perhatikan ramai orang diusia 50an suram sebab tak bersedia sejak muda , sebab mereka terlalu yakin bergantung sepenuhnya dengan pasangan , anak-anak , abaikan kesihatan dan enjoy berlebihan tak jaga ekonomi .. ( berhati-hati dengan orang yang kita sayang – hati manusia cepat berubah – kalau mereka tinggalkan kita akan kecewa terduduk)

Saya pesan anak-anak
1: Kerja masa muda, penatnya berbaloi sebab tenaga dan minda masih kuat, simpan lah duit , wajib ada rumah sendiri sebelum 40 tahun – jangan banyak hutang

2: kalau masa muda enjoy katak , pastinya tak ada persiapan masa tua – tak bersedia tu bahaya untuk kesihatan mental diusia emas.

Kesian nasib usia kita yang nak mati – merana sangat kalau kita sakit , nyayok, anak-anak belum tentu stabil ekonomi yang boleh jaga kita yang tua uzur , berpenyakit , anak-anak pun rimas sebab kita menyusahkan mereka

3: Menantu belum tentu nak kita ..!!orang tua rasa tak berguna dalam kehidupan mereka – kita akan sunyi dan terpinggir – akhirnya kita akan salahkan anak menantu ..!!

4: Emosi kita tak terkawal kerana sejak muda tak ada planning hari tua, sebab apa , sunyi rasa tak dihargai maka lebih sensitif ,letih , lesu , pelupa , runsing ,rabun , pekak – macam-macam kerenah orang tua

Kita ni sebenarnya kena jaga diri sendiri – simpanan perlu sangat untuk hidup aman , kita nak beramal ibadah senang kalau sihat – Nak beramal perlu duit juga , jaga kesihtan perlu makanan sihat , senaman , keamanan fikiran.

IKLAN

Meninjau diruangan komen, rata-rata followernya bersetuju dan kagum melihat penampilan bonda yang kekal cantik dan sihat meskipun semakin berusia. Antara komen yang ditinggalkan adalah seperti komen Cumi Yumi, ” Bonda mcm umo 20an la xnmpk 50 pn”

Suhana Ana pula menokok, “Apa yg bonda pesan tu Amanah keramat yg prlu ada pd diri msing2. Sy ckup kagum dgn kgigihan bonda dlm smua hal. Kjayaan bonda byk mmbantu wanita2 lain jg dlm mmbina krjaya bisnes. Smemangnya bonda seorg wanita yg bijak mngatur langkah & agama slalu letak d atas Sbgai tonggak utama utk brjaya.”

Manakala komen Ar Niza Razak pula, “Setuju dgn perkongsian Bonda. Itu yg saya cuba buat semenjak dh masuk 35tahun ni. Nak hidup tenang2, sihat & happy2 serta berduit masa tua. Now saya praktikkan yg Bonda shared tu. Jom sama2 kita semua”

Sumber : Rozita Ibrahim 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Bersiap Menuju Usia Emas …”-Bonda Rozita Sebar Positive Vibe, Ramai Teruja Contohinya!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

“Bersiap Menuju Usia Emas …”-Bonda Rozita Sebar Positive Vibe, Ramai Teruja Contohinya!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI