Adapun antara syarat sah solat adalah badan, pakaian dan tempat mestilah bersih daripada najis.
Atas hal ini juga, kita tidak mahu ada perasaan ragu-ragu di atas kesucian rumah kita. Maklumlah, kadang-kadang anak terkencing tanpa sempat ke tandas, malah ketika kita pakaikan lampin pakai buang hingga terbocor pula. Bahkan pelbagai lagilah ceritanya.
Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk kita mencuci najis tersebut agar benar-benar bersih dan suci?
Ikuti perkongsian ini untuk manfaat bersama.
Membersih & Menyucikan Najis Anak
Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak.
Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..
Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).
Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Ads
Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni.
Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Ads
Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.
Ads
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum.
Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar.
Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3x
Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.
Anak anugerah yang terindah bagi pasangan yang sudah berkahwin. Dalam mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh terlalu tegas dan tidak juga terlalu lembut.
Bukan mudah sebenarnya mahu melayan karenah anak-anak yang bermacam-macam. Namun sebagai orang tua, kita kena bijak memainkan peranan. Ada masanya anak buat kesilapan tetapi kita kenalah menegur dengan berhemah.
Berikut beberapa sifat yang patut dielakkan oleh ibu bapa jika tidak mahu anak-anak menderita dalam diam. Bimbang ia boleh memberi kesan negatif pada diri mereka.
Jom semak apakah sifat tersebut:
1. Garang Melampau
– Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang ‘pelik’ di mata mak ayahnya.
2. Terlalu Ego
– Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.
3. Pendengar Yang Teruk
– Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.
4. Terlalu Sibuk
– Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.
5. Lupa Nak Jadi Role Model
– Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron.
Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!
p/s: Layan isteri macam permaisuri di depan anak-anak supaya mereka faham betapa bahagianya bila bagi layanan terbaik pada pasangannya nanti.
Bergelar ibu bapa, kadang-kala kita tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak. Semamngnua kita ingin cahayamata kita menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Lantaran itu, kita sanggup berhabis wang ringgit menyediakan kelas tambahan buat anak.
Namun, setiap anak punya karektor tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Kalau ada anak yang masih belajar, tolong baca dan fahami ilmu ni.
Cara anak belajar sebenarnya berbeza beza bergantung kepada karakter & personaliti anak kita.
Mereka boleh je belajar macam biasa tapi kalau kena cara dan mengikut karakter & personaliti anak kita maka ilmu yang dibaca tu akan lebih cepat diserap & lebih berkesan untuk anak kita. Barulah mereka senang skor exam dan mudah faham apa dia belajar.
KATEGORI ANAK IKUT FOKUS PEMBELAJARAN
– Ada anak fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan buat banyak aktiviti
– Ada anak fokusnya panjang. Boleh bagi dalam bentuk jadual yang ada timeline supaya dia boleh bersiap sedia
– Ada anak yang jenis competitive. Mereka suka nak menang dan suka dipuji. Mereka akan perform kalau boleh berlawan dengan orang lain.
– Ada anak yang family style focus. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari kalau dia belajar dalam study group
– Ada anak suka belajar dalam keadaan semuanya teratur dan kemas. Kalau tempat belajarnya tak kemas memang dia jadi tak boleh fokus
– Ada anak yang jenis paling hebat belajar bila dia diberitahu yang dia akan jadi contoh pada pelajar yang lain.
InsyaAllah bila cara belajar ni sesuai dengan karakter & personaliti anak kita maka jangan pelik kalau tiba tiba anak kita jadi hebat dan minat belajar.
Mungkin selama ni bukan anak kita taknak skor peperiksaan dan kelihatan malas cuma mungkin cara anak kita belajar tu tak kena dan tak matching dengan karakter dan personaliti mereka.
kenali-Anak
Nota kaki : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing masing juga ya supaya mereka pun boleh sama sama fikirkan tentang pendidikan anak anak
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan buat main ye encik suami, bila isteri merajuk. Sebenarnya bukan tak sayang, tetapi terlalu sayang kepada suaminya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh suami ini, di laman facebooknya, Mohd Fhais , jelasnya, isteri jika dah terlalu sayang, bila suami balik lambat atau masakannya suami tak makan, akan membuatkan hatinya terguris dan terus merajuk. Perkongsian ini sungguh inspirasi untuk membentuk keluarga bahagia
Suami jangan di manjakan sangat ego tu. Takut lama-lama nanti ego jadi buas, sehingga salah sendiri pun masih rasa diri betul.
Orang perempuan ni merajuk tak pernah tak kena tempat. Dia tak akan merajuk dengan kawan-kawan, dia tak merajuk dengan adik beradik, dia merajuk dengan suami mereka sahaja.
Sebab merajuk tandanya SAYANG !
Bila dah terlalu sayang hati mudah terguris. Itu sebab hal-hal kecil yang jarang kita buat boleh trigger rajukan si isteri.
Balik kerja lambat isteri merajuk, dah penat masak kita tak makan dia merajuk, tak wish besday pun dia boleh merajuk.
Ada bagusnya isteri merajuk sebab ia boleh jadi peringatan pada kita yang selalu sibuk bekerja dan jarang ada di rumah. Bila isteri merajuk itu tandanya mereka dambakan perhatian dari kita.
Wanita ni tuhan ciptakan dengan penuh emosi. Emosi yang kena dibelai, kena disayangi dan kena dimanjai dengan kasih sayang.
Itu sebab bila kita jarang belai, jarang tunjuk rasa sayang dan jarang manjakan isteri kita, hati mereka mudah terguris. Di tambah pula dengan ego lelaki yang berhati batu, semakin rasa di robek-robek hati si isteri.
Ego adalah MUSUH KETAT Emosi !
Jika tanda sayang isteri adalah dengan banyaknya emosi.
Maka tanda sayang suami adalah dengan sedikitnya ego.
Bahaya jika dalam rumahtangga kita ego lebih banyak dari emosi, takut si isteri banyak pendam perasaan dan makan hati. Tunggu masa untuk meletus je tau..
Nak keluarga kita aman dan bahagia jangan gemukkan ego tapi gemukkan emosi isteri, barulah kita pandang muka isteri jadi berbunga-bunga.
Jangan ego-ego ya, keluarga tempat bertolak ansur bukan tolak menolak.
Mohd Fhais Tak akan hilang darah kepahlawan dalam diri lelaki jika selalu menangkan dengan isteri.
p/s : Kongsikan dengan pasangan anda semoga mereka pun dapat manfaat.
p/s : Jom dapatkan ilmu dan tips rumahtangga serta parenting dalam telegram saya. Join di sini -> t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.