“Bertuah isteri dia dapat suami begini” itu antara komen netizen bila viral video yang dikongsikan oleh @_gneraljoe berkongsi detik cemas saat meredah trafik dengan keadaan ibunya yang sedang menanggung kesakitan contraction hendak bersalin.
Tumpuan netizen terarah pada tangan ibunya yang menggenggam erat tangan anak bujang yang setia berada disisi menenangkan ibu yang sedang kesakitan. Manakala suaminya pula memandu kereta dengan pantas untuk segera sampai ke hospital.
Jelas kelihatan di wajah anak muda bernama Haikal yang berusia 21 tahun ini begitu bimbang akan keadaan ibunya yang bakal melahirkan anak yang ke lima. Apatah lagi saat itu, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang menghalang kelancaran pemanduan ayahnya untuk segera sampai ke hospital.
Doakan Urusan Kami Dipermudahkan …Sayang Umi
Kecintaannya pada ibu dikongsikan di media sosial bukan kali pertama, malah sebenarnya Haikal pernah viral sebelum ini kerana disangka membuat video TikTok mesra bersama teman wanita. Walhal wanita itu adalah ibunya yang terlihat begitu awet muda persis anak dara dan sekali gus netizen tersalah anggap.
Ads
Mesti Dia Layan Isteri Dia Baik Sebagaimana Dia Hargai Ibunya
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Video kasih sayang antara ibu dan anak bujang ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan rata-rata netizen sebak melihat cara anak sulung ini menyantuni ibunya. Hal ini hingga ada yang dapat membayangkan betapa baiknya Haikal sekiranya bergelar suami suatu hari kelak. Pasti beruntung isterinya!
Sejak kebelakangan ini, isu suami berkahwin dua menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet. Ianya juga menjadi isu yang sensitif dikalangan masyarakat mahupun artis apabila seorang demi seorang artis membuat pengakuan bahawa ramai yang ‘mencuba’ suami mereka.
Rentetan daripada itu, pelakon pelakon Namron telah berkongsi pengalamannya pernah didekati oleh wanita lain ketika berhubungan dengan isterinya.
Mengulas lanjut, Namron menegaskan bahawa dirinya tidak gemar untuk memiliki dua wanita dalam hidupnya kerana dia akui tidak mampu.
Sekaligus, Namron menyangkal ayat yang menyatakan ‘lelaki semua sama’.
“Sekarang kan banyak isu yang orang kata lelaki ni semua sama saja, kalau nak bermadu semua lelaki suka nak beristeri dua.
“Saya cuma nak katakan bukan semua lelaki macam itu. Ramai lagi lelaki yang memilih untuk seorang dah cukup. Saya salah seorang yang macam itu, sebab saya rasa saya tak mampu untuk ada dua orang dalam hidup saya. Seorang itu dah cukup dah untuk saya. Tak perlu ada dua orang. Itu pandangan peribadi saya,”
Malah, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan menyifatkan bahawa poligami atau bersikap curang itu adalah pilihan.
“Saya tak setuju sebab saya tak macam itu dan benda ini semua adalah pilihan kita. Ada orang dia nak macam tu (poligami), mungkin dia ada sebab dia. Bagi saya pula, saya tiada sebab untuk saya ada dua atau tiga atau empat orang isteri,” ujarnya.
Menurut Nomron, pandangannya ini adalah disebabkan pengalaman yang dilaluinya di mana berdepan dengan penceraian ibu dan bapanya sejak kecil.
“Mungkin… saya ada sejarah hubungan ibu bapa saya bercerai waktu saya kecil lagi. Krisis rumah tangga diorang berpisah dan saya hidup dalam family yang macam tu. Jadi, saya hidup dengan mak saya sebab tak dapat daripada kasih sayang seorang ayah.
“Saya dapat rasa ada banyak benda yang tak best sepanjang saya membesar. Saya kenal ayah saya dah umur 17 tahun, baru saya jumpa balik. Itupun sebab saya pergi cari dan sepanjang saya membesar saya tak dapat kasih sayang, perhatian dan tak faham apa itu kasih sayang seorang ayah.
“Sampai saya nak berkahwin, nak ada anak pun saya takut. Mampukah saya nak jadi seorang ayah? Sebab saya tak ada ilmu dan tak ada contoh untuk saya belajar,” jelas Namron.
Sehubungan itu, Namron menganggap isterinya itu adalah kurniaan Allah atas doa yang dimintanya dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Saya dapat isteri saya ini, Allah bagi sebab saya minta. Saya ada teman wanita tapi putus, asyik tak serasi ja dengan perempuan. Sampai saya minta setiap kali solat untuk bagilah aku seorang perempuan yang mana aku sayang dan cinta dia serta dia juga sama. Minta betul-betul sampai menangis saya minta.
“Tuhan hadirkan isteri saya dalam hidup saya. Saya memang nampak bahawa ini adalah pemberian Allah pada saya sebab saya berjanji kalau saya dapat seorang perempuan seperti yang diminta, saya akan menjaga dia, takkan tinggalkan dia, akan jaga sebaik-baiknya,” kongsinya lagi.
Semoga pandangan Nomron ini membuka mata para lelaki di luar sana yang cuba untuk berpoligami.
Tidak dinafikan, adik-beradik pelakon Rozita Che Wan Dan Ayu Raudhah semuanya cantik-cantik belaka walaupun ada antara mereka bukan bergelar selebriti. Setiap kali bersama, pasti penampilan masing-masing tak nak kalah dan sering mendapat perhatian. Selain Ruby Che Wan yang juga isteri kesayangan Mazlan Pet Pet, seorang lagi ahli keluarga mereka yang tampil berhjijab labuh namun tetap fashionista adalah Datin Rohaiza Che Wan. Dalam usia 37 tahun, dia masih kekal cantik walaupun anak ramai. Ini rupanya rahsia beliau.
Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Rohaiza atau lebih mesra dipanggil Jaja berkongsi tips kecantikannya. Menurutnya, dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, rahsia beliau untuk kekal langsing juga kerana menyusukan anaknya. Tidak hairanlah, Datin Jaja masih cantik di usia 37 tahun.
Bukan itu sahaja, Datin Jaja juga akui anak-anaknya tidak banyak karenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya. Bercakap mengenai penampilan, Datin Jaja sendiri suka untuk kelihatan cantik. Tidak terlalu berfesyen, tetapi suka kelihatan kemas setiap masa. Rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.
Sumber: OHBULAN! & Rohaiza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang selalu cakap, ramadhan datang setahun sekali, usah dipersiakan. Tambahkan pahala berganda dengan melakukan solat terawih dan sebagainya.
Namun bukan semua yang mampu berbuat demikian… Dek kekangan tugas dan tanggung jawab yang harus menjadi keutamaan. Demikian luahan DR Kamarul Ariffin Nor Sadan cukup menyentuh hati.
Lepas berbuka tempoh hari, klinik aku kena serbu dengan pesakit. Ramai bukan main. Terpaksa lihat pesakit laju sedikit sebab ramai yang masih menunggu.
Aku dah mula serabut, mula kurang sabar, dan mula mengeluh.
“Kenapalah aku kena kerja? Di waktu begini, orang lain semua di masjid, tenang-tenang solat tarawih. Aku pula berhempas pulas di sini.” detik hati aku.
Beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula rasa terlepas nikmat Ramadan. Jarang-jaranglah dapat tunai solat tarawih berjemaah, sebab aku kena berkerja.
“Panggil next patient,” kata aku pada pembantu klinik.
Pembantu klinik pun panggil, dan masuk seorang ibu dengan anaknya yang berusia 7 tahun. Si ibu mengadu anaknya demam, aku periksa.
“Doktor, dulu doktor pernah kerja HSI eh?” soal si ibu semasa aku tengah periksa tekak anak dia.
“A’ah. Dulu saya pernah kerja sana. Mana puan tahu?” balas aku.
Terkebil-kebil si ibu tu memandang aku.
“Kenapa, puan?” tanya aku.
“Doktor tak ingat saya eh?”
Aku pula terkebil-kebil jadinya.
“Doktor, anak saya ni, masa dia lahir, doktor yang azankan. Ingat tak?” katanya sambil mengusap kepala anaknya.
Bila dia cakap begitu, terus rasa macam aku mengembara semula ke tahun 2012. Ramadan tahun tu aku bertugas di Jabatan Obsteterik dan Gineakologi.
“Doktor, patient doktor dah nak terberanak tu!” kata jururawat pada aku yang baru selesai berbuka di pantri.
Melompat aku dari kerusi, cuci tangan dan lari pergi dewan bersalin. Sampai-sampai, tengok bahagian atas kepala bayi dah tertonjol di bukaan pangkal rahim.
Masa aku buat persediaan nak sambut kelahiran tu, hati aku dah tak sedap. Rasa berdebar lain macam. Namun, tak sampai 2 minit lepas tu bayi pun lahir dengan jayanya. Alhamdulillah!
Selepas aku potong tali pusat bayi, aku letak bayi dalam dakapan ibunya. Bukan main senyum lagi si ibu. Memancar kegembiraan di wajah dia, tapi tiba-tiba anak mata si ibu memandang siling.
“Doktor… saya rasa peninglah”
“Dah inject Synto?” tanya aku pada jururawat yang bantu aku.
“Dah, doktor!”
Syntocinon ni ubat kecutkan rahim. Biasanya kami suntik pada ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan untuk elakkan pendarahan yang banyak.
“Doktor, bleeding banyak ni,” kata jururawat.
Tekanan darah masih OK, tapi denyut nadinya dah laju, tanda-tanda kehilangan darah yang signifikan.
Kami terus ambil bayi dari dakapan si ibu, dan terus uruskan pendarahan. Infusi dimulakan.Uri dipisahkan dengan segera. Darah masih tumpah.
Kami teruskan dengan urutan rahim dan mulakan infusi syntocinon. Air dimasukkan dalam vena. Beberapa orang lagi doktor datang bantu.
Memang haru biru dalam bilik dewan bedah tu. Darah di mana-mana: pada sarung tangan, pada apron, atas katil, di lantai, malah juga atas kasut aku.
Ada 3 orang doktor, dan 2 orang jururawat tengah bertungkus-lumus pastikan pendarahan terkawal dan keadaan pesakit stabil.
“Puan, angkat sikit punggung!”
“Puan, suami mana?”
“Puan, nama siapa?”
“Puan, OK tak?”
Dalam keadaan tu, kami perlu berkomunikasi, tapi kerana keadaan genting dan mendebarkan, suara kami agak tinggi. Jadi bila beri arahan atau menyoal pesakit, kadang-kadang kedengaran seperti marah.
Setelah berperang dengan situasi getir tu, akhirnya pendarahan berjaya diberhentikan. Keadaan pesakit pun beransur-ansur stabil. Akhirnya hanya tinggal saya dan seorang jururawat menemani pesakit di bilik dewan bersalin tu.
“Doktor…” sapa pesakit dengan suara yang lemah. Mukanya kelihatan sangat lesu. Mata dia kuyu.
“Ya, puan.”
“Anak saya OK tak?”
“Alhamdulillah OK. Dia ada di warmer.”
“Boleh tolong saya, tak?” soal wanita yang kini telah rasmi bergelar ibu itu.
“InsyaAllah, boleh.”
“Tolong azankan… anak saya.”
Kali pertama pesakit suruh aku azankan bayi dia yang baru lahir. Biasanya bapa bayi yang azan atau iqamah sendiri.
“Suami saya… on the way. Dari Perak. Polis. Bertugas. Doktor azankan dulu, ya.” katanya dengan ayat yang pendek-pendek. Barangkali terlalu penat.
Tak sempat tanya, pesakit tu dah jawab persoalan aku. Aku hanya senyum dan angguk tanda bersetuju. Sejujurnya, itu kali pertama aku azankan bayi yang baru lahir.
Semenjak hari tu, dah entah berapa ramai bayi yang aku azankan atau iqamahkan. Semua pasangan muslim, bayinya aku akan azankan jika pasangan beri kebenaran.
Memori itu terus melenyapkan keluhan aku yang tadi. Mungkin aku tak dapat tunaikan ibadah khusus Ramadan seperti tarawih, tapi aku diberi peluang tunaikan ibadah yang orang lain tak berpeluang tunaikan.
Jadi, apa yang nak dikeluhkan?
“Terima kasih, doktor,” ujar suami merangkap kepada bapa kepada budak tadi.
“Semoga anak Tuan jadi orang hebat !” balas aku.
“Macam doktor” balas dia.
Entah kenapa saya jadi emosional. Bahang je rasa dada. Bahang yang mententeramkan jiwa. Nasib baik tak nangis. Jika tidak, malu ternampak dek brader polis tu.
Apapun, di bulan Ramadan ni, marilah kita jadi seproduktif, jika tak mampu jadi lebih produktif dari bulan-bulan yang lain.
Kerja itu juga ibadah. Kita tunailah seperti mana kita tunaikan ibadah-ibadah lain. Dengan keikhlasan dan dengan sepenuh hati.