Urutan adalah salah satu alternatif untuk melegakan kesakitan dan diamalkan sejak dahulu lagi.
Teknik urutan juga memerlukan penggunaan minyak untuk memberi kesan yang optimum. Dan di sini, dikongsikan cara penyediaan minyak serai wangi untuk manfaat bersama.
CARA BUAT MINYAK SERAI WANGI
Bahan bahannya ialah:
Ads
2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi)
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.
Cara caranya ialah:
Ads
1. Serai wangi dan daun pandan dibersihkan dan potong.
2. Ketukkan bahagian akar serai wangi yang bertombak tu bagi pecah.
3. Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
4. Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
5. Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
6. Sejukkan masukkan dalam,
minyak dan boleh simpan dalam botol.
> Minyak serai wangi ni boleh buat urut orang bersalin,
> Melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.
> Bayi atau kanak-kanak kembung perut pun boleh juga digunakan.
> Bengkak kaki tangan
> Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.
Sebenarnya cara saya buat rebus dengan air dulu untuk sebatikan patinya tak semua cara kita masak minyak dijadikan ubat sama. Itu ajaran dari atuk saya yang Saya amalkan
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Menyentuh bab harta pusaka sering juga kita dengar berlakunya kes ada adik beradik atau waris si mati bergaduh berebut harta dek kerana kurang arif tentang pembahagian harta tersebut. Sering menganggap, dialah yang berhak bahkan menafikan hak orang lain. Malah, ada juga beranggapan asal harta si mati semuanya kena faraidkan.
Agar lebih jelas dan tidak terkeliru tentang hal tersebut, peguam ini jelaskan untuk info bersama.
Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb).
Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
Harta Pusaka termasuk :
-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
Bukan Harta Pusaka :
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
Baru menimang cahaya mata semalam, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25 hari ini memuat naik gambar anak sulungnya.
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik. Ya Allah macam tak percaya.
“Terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami . ————————————————————- . ITS A BABY BOY 🥳 . . Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
“Born yesterday , the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg . Secara normal . Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi 💙
Momen indah sebagai ibu turut dikongsi bersama rakan-rakan rapatnya. Lebih istimewa lagi, Elfira menerima hadiah iphone 11.
El disambut dengan meriah dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh teman-teman rapatnya. Paling mengejutkan, El menerima hadiah Iphone keluaran terbaru iaitu Iphone 11 dari salah seorang rakannya itu.
Hadiah tersebut diterima dalam satu majlis baby shower yang diadakan khusus buat anak Elfira baru-baru ini.
Elfira Loy, mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup. Semalam, ibu muda ini selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.
Tahniah dari admin Majalah Keluarga buat pasangan suami isteri ini.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.