“Best Ker Jadi Peguam?” Bukan Gaji Kepuk Je Tapi Lambakan Kerja.

Sejak keputusan mahkamah diumumkan mengenai kes Datuk Seri Najib Razak , ramai yang memberi perhatian kepada liputan berita mengenainya.

Malah ramai pula yang memandang kerjaya peguam ini sebagai karier yang mencabar. Bukan calang-calang nak bergelar peguam, mana taknya kena berfikiran kritis dan membuat analisis dengan dokumen yang banyak dan pelbagai lagi bahan bukan.

Lebih-lebih lagi jika kes itu telah bertahun berlaku.

Menerusi perkongsian Messrs. Azimah & Co. menjelaskan cabaran apabila bergelar peguam dengan kehidupan semasa.

Ikuti perkongsian ini.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

“Best ke jadi lawyer?” :

Itu soalan yg sering ditanyakan kpd sy, tidak kiralah ketika attend clients utk signing, meeting dgn clients bagi urusan kes, berjumpa dgn rakan2 sekolah yg lama, berjumpa dgn bekas guru2 dahulu mahupun ketika berbual dgn saudara mara di majlis2 perkahwinan ataupun kesyukuran.

Dan kebiasaannya, belum pun sempat sy membuka mulut untuk menjawab, akan keluar jawapan sendiri daripada yg bertanya–

“Mestilah best jadi lawyer kan?? Gaji kepuk2..bergaya pakai baju hitam putih dgn blazer dan jubah hitam labuh bagai pegi court..”

Saya hanya mampu tersenyum sendiri tiap kali mendengarkan jawapan yg sebegitu. Hakikatnya, hanya mereka yg berada di profession ini yg tahu lumrah sebenar pekerjaan sebagai seorang peguam.

Saya yakin, bagi mana-mana bidang pekerjaan professional yg lain pun seperti doktor, jurutera, pilot, arkitek, dll sering dilihat oleh masyarakat sebagai kerjaya yg punya kehidupan yg indah dan mewah.

Tapi persoalannya adakah benar profession ini begitu indah dan mewah seperti yg digambarkan?

IKLAN

Profession kepeguaman in sebenarnya bukanlah semudah dan seindah yg sering dibayangkan oleh masyarakat di luar sana.

CABARAN

“Best Ker Jadi Peguam?” Bukan Gaji Kepuk Je Tapi Lambakan Kerja Kena Buat.
Gambar sekadar hiasan

Cabaran di bidang ini sebenarnya bermula dari saat pertama setiap graduan undang-undang memulakan latihan dlm kamar atau pupilage. Latihan dlm kamar ini adalah mandatori bagi setiap graduan undang-undang sebelum diterima masuk dan didaftar rai sebagai Peguam bela & Peguam cara. Di sepanjang 9 bulan tempoh latihan dalam kamar ini, kami digelar sebagai Peguam Pelatih dan dalam tempoh inilah kami akan didedahkan dgn pelbagai aspek praktikal sebenar undang-undang.

Cabaran getir yg terpaksa dihadapi oleh para peguam pelatih di sepanjang tempoh latihan dalam kamar selama 9 bulan ini adalah elaun yg diterima sangat kecil berbanding dgn profession lain.

Semasa tempoh latihan ini, setiap pelatih dalam kamar atau peguam pelatih ini tidak dikira sebagai pekerja di sesebuah firma guaman tempat beliau menjalani pupilage nya itu. Oleh kerana status peguam pelatih ini bukanlah dikira sebagai seorang pekerja, maka kami tidak menerima sebarang gaji tetap dan bonus, kami tidak layak untuk mencarum dgn kwsp, kami tidak mendapat perlindungan perubatan, kami tidak boleh menerima sebarang increment in wages dan kami tidak layak untuk memohon cuti drp majikan.

Apa yg diterima oleh peguam pelatih di sepanjang tempoh 9 bulan latihan ini hanyalah elaun minimal dan jumlah elaun ini tidak pula ditetapkan oleh Majlis Peguam. Maka, firma guaman mempunyai budi bicara penuh untuk menetapkan berapa jumlah elaun yg akan diberikan kepada para peguam pelatih ini.

Jangan terkejut kalau sy nyatakan masih ada di sesetengah tempat yg hanya memberikan elaun kepada peguam pelatih mereka sebanyak RM300 sahaja sebulan! Yup, u read that right..RM300 per month!

Cuba bayangkan mcmana peguam pelatih ni nak sustain for the next 9 months..jangankan nak bayar duit kereta, nak makan bulan2 pun tak cukup.

Sbb itulah ramai peguam pelatih yg asyik berpindah drp satu firma kpd firma yg lain sepanjang tempoh latihan dlm kamar ini. Ada yg tak tahan dek kerana elaun yg terlampau sedikit, ada yg tak tahan dgn tekanan kerja yg terlalu banyak, ada yg tak tahan dgn politik ofis dan kerenah bos dan seribu satu mcm alasan lain lagi.

Ada juga di kalangan graduan undang-undang yg langsung tidak menjalani pupilage atau latihan dlm kamar ini. Mereka merasakan elaun yg diberikan tidak setimpal dgn lambakan kerja yg perlu dilakukan. Tambahan pula tempoh sembilan bulan itu bknlah satu tempoh yg sekejap..kalau bekerja di bidang lain mungkin graduan ini akan menerima gaji RM2800 sebulan.

IKLAN

RM2800 x 9 bulan = RM 25,200! Jauh lebih byk bukan??

Setelah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan ini barulah graduan undang-undang layak dipanggil peguam yg bertauliah. Namun, walaupun sudah menjadi peguam, gaji yg diterima oleh junior lawyer di rata-rata firma guaman masih dikira rendah jika dibandingkan dgn kerjaya di bidang professional yg lain.

LAMBAKAN KERJA

Dari segi skop kerja pula, normal untuk mana-mana peguam yg bekerja di firma guaman berasa tertekan dengan lambakan kerja yg banyak ditambah pula dengan deadline yg perlu dipatuhi.

Bagi peguam di bidang litigasi, rutin harian terlalu padat. Pagi bergegas ke mahkamah dgn membawa files yg bertingkek-tingkek. Balik dari mahkamah (kebiasaannya slps waktu lunch hour) perlu menyediakan submission, cause papers, attend clients, research dan kerja2 yg berkenaan utk kes keesokan harinya. Ramai peguam di bidang litigasi yg terpaksa stay back di ofis slps waktu kerja utk menyiapkan tugasan2 mereka.

“Best Ker Jadi Peguam?” Bukan Gaji Kepuk Je Tapi Lambakan Kerja Kena Buat.

Bagi peguam di bidang conveyancing pula, walaupun mereka tidak perlu turun naik ke mahkamah namun tugas mereka juga tidak kurang padatnya. Setiap hari terdapat berpuluh correspondence yg perlu dijawab, deadline bagi setiap proses S&P yg perlu dipatuhi, melayan kerenah clients yg pelbagai, berurusan dgn pihak pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, management office, dan pelbagai tugas2 wajib yg perlu dibuat bagi memastikan setiap proses jual beli boleh disiapkan dlm jangka masa yg ditetapkan.

Oleh kerana peguam bekerja dgn firma guaman yg merupakan sebuah entiti perkongsian, maka benefits lain yg diperolehi oleh pekerja2 di sektor swasta mahupun kakitangan kerajaan tidak kesemuanya mampu disediakan oleh firma guaman buat kakitangannya. Firma guaman bersaiz sederhana dan kecil contohnya tidak mampu untuk menyediakan medical coverage & benefits lain kpd para peguam.

Para peguam tidak dijanjikan dengan bonus tetap saban tahun. Kenaikan gaji juga bergantung sepenuhnya kepada budi bicara bos di sesebuah firma guaman tersebut.

IKLAN

Faktor bebanan kerja dan tekanan, gaji yg tidak setimpal dan tidak mendapat imbuhan-imbuhan serta benefits yg banyak seperti pekerjaan di bidang lain membuatkan ramai peguam muda yg give up dgn profession ini dan akhirnya mereka memilih untuk masuk menjadi legal advisor di mana-mana sektor korporat yg lain. Malah, ramai juga daripada kalangan peguam muda yg terus menukar bidang dan tidak lagi berminat untuk bekerja di bidang ini.

Bagi saya, setiap kerja yg kita lakukan di dunia ini harus ikhlas kerana Yang Maha Esa. Kalau duit yg kita kejar, nescaya kita takkan pernah berasa cukup. Kalau pangkat dan kemegahan yg dicari nescaya kita takkan pernah berasa puas. Kerja, di bidang apa sekali pun tetap ada cabaran dan dugaan yg melanda. Asal saja kita minat dan ikhlas dgn kerja yg kita lakukan itu, insyaallah rezeki Allah pasti akan datang.

Semoga kita sentiasa gembira dan ikhlas dgn pekerjaan kita. Bila rezeki yg kita peroleh itu berkat, maka insyaallah kita akan berasa cukup dgn yg sedikit dan bersyukur dgn yg banyak.

Sumber: Messrs. Azimah & Co.

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Best Ker Jadi Peguam?” Bukan Gaji Kepuk Je Tapi Lambakan Kerja Kena Buat.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI