Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Manakala tugas guru pula bukan untuk mengajar sahaja, tapi juga untuk mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6-7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri. Justeru, kena terima dengan hati terbuka apabila anak kita dihukum.
Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
Tanamkan dalam hati kita bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita sorang je kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Ads
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.
Ads
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Ads
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, Berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Terima kasih.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit yang boleh dikawal dengan cara pemakanan selain perubatan.
Oleh itu, ada yang melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan mengunakan alat khas untuk mengetahui ukuran paras gula dalam darah.
Namun, untuk melakukan ini perlu ada caranya agar bacaan lebih tepat. Nak tahu ikuti panduan ketika melakukan pemeriksaan gula di rumah yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Panduan bacaan ukuran gula lebih tepat
Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mezin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal.
Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat.
Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas dan mencucuk-cucuk.
Namun begitu ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting apabila melakukannya.
Pekara penting ketika tahu
1. Pemeriksaan gula selepas makan (postprandial blood sugar). Ia dilakukan dua jam selepas makan. Paling baik, masa dikira bila mula makan, dan bukan setelah selesai makan.
2. Pemeriksaan gula secara rawak (Random blood sugar). Untuk mendapatkan bacaan yang lebih realistik, lalukan pada masa yang berbeza kerana tahap gula dalam darah bergantung pada banyak faktor. Contoh bila kita penat mengemas rumah, mungkin bacaan menjadi lebih rendah bila kita sedang stress atau marah.
3. Memilih jari yang sama untuk dicucuk. Ramai yang silap bila memilih jari yang sama. Ini boleh mencederakan kulit jari tersebut. Boleh lakukan pada mana-mana jari yang lain. Malah kaedah terbaru mencadangkan, boleh cucuk di mana-mana permukaan kulit seperti di lengan atau di abdomen.
4. Satu cucukan, satu jarum. Gunakan satu jarum untuk setiap cucukan bagi mengelakkan jangkitan kuman.
5. Kedalaman cucukan. Kita boleh memilih kedalaman cucukan jarum, tetapi yang terbaik adalah antara 3-4.
6. Kebersihan. Pastikan kita membersihkan kulit jari dengan larutan spirit sebelum kita melakukan cucukan. Jangan tergesa-gesa mencucuk setelah dibersihkan. Tunggu sehingga ia benar-benar kering.
7. Perbezaan bacaan. Jangan terlalu panik bila bacaan gula lebih sedikit dari bacaan yang normal. Banyak faktor yang mempengaruhi. Yang penting, bacaan itu tidak terlalu tinggi dan mendapat bacaan yang lebih kurang sama bila melakukannya beberapa kali di waktu yang berbeza.
Berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman dan merawat secara holistik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.
Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.
Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.
Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.
Boleh dikatakan setiap ruang dapur akan ada banyak perkakasan memasak seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk dan sebagainya. Jika tidak diurus dengan baik ruang dapur akan nampak berserabut.
Lantaran itu, adanya almari atau kabinet dapur sangat-sangat membantu untuk dijadikan ruang storan yang praktikal.
Andai kata anda ingin menambah almari kabinet dapur selain membeli perabot baharu, anda juga boleh membeli di kedai perabot terpakai. Ini kerana harganya jauh lebih murah. Bahkan untuk anda lakukan tranformasi almari tersebut juga sangat murah.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Diera Abdullah, hanya bermodalkan RM38, almari kabinetnya terus bertukar ‘wajah’ nampak baharu dan berseri. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Sebabkan rumah tak ada cabinet lagi. Memang nak belilah almari baru macam ini. Kedai perabot pun dah buka. Senang la nak pergi tengok-tengok dahulu. Tengah Scroll fb terjumpa pula page Perabot Terpakai Senawang jual lemari ni.
Ya ampun harga pun murah, kalu beli baru ada dalam 2 3 kali ganda jugalah harganya. Kita bukan kedekut tapi minat dengan nilai hasil kerja kita sendiri. Kalau beli baru sudah terang lagi berusuluh memang suami tak bagi cat-cat macam ini. Mesti sayang nak bagi buat macam tu. Masa ditunggu sudah tiba. Suami pula tak ada 2-3 hari ini. Apa lagi terus on.
Jadi ini barang-barang yang dibeli untuk lakukan makeover almari kabinet.
NIPPON GLOSS PAINT (Hardware)RM23.00 -(BELI di sini)
Berus (Mr.Diy) Rm3.50 -(BELI di sini)
Berus lukisan (99 Speedmart) Rm2.50 -(BELI di sini)
Gold paint (Hardware) Rm9.00 (BELI di sini) Total : RM38.00
Langkah demi langkah
1.Mula-mula sampai kat rumah lap bersih-bersih habuk dengan wipe tissue. Lap kering. Lap dengan minyak masak nipis-nipis.
2.Kemudian lap semula dengan tuala kering. Ini petua orang tua-tua dulu. Masa kecil-kecik tiap tahun nak raya kena bersihkan perabot dengan minyak. Buat masa sekarang almari ni dalam Condition 8/10. Kayu pun kualiti baik. Alhamdullilah rezeki.
3. Ini pilihan cat yang digunakan dan kemudian projek mengecat pun bermula. Jangan lupa lekatkan dengan plastik sampah/surat khabar mana-mana bahagian macam tile, cermin.
4. Selepas itu untuk cata bahagian pemegang pintu kabinet gunakan cat yang ini pula.
Akhirnya selepas 3 jam lakukan makeover, inilah hasilnya.
Bukan itu sahaja, kabinet dapur pun turut dilakukan tranformasi
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.