
Penangan bulan puasa kali ini memang dasyat betul. Semakin banyak resipi menarik dan kreatif telah dikongsikan oleh masyarakat Malaysia. Spicy orange chicken, menu yang menggunakan buah oren ini kelihatan sangat sedap. Rasanya yang mempunyai kombinasi pedas dan manis ini memang sesuai dimakan oleh warga emas dan kanak-kanak.
Resipi yang dikongsikan oleh @imannrashidd ini amat mudah kerana menggunakan ayam segera sahaja. Tambahnya lagi, buah oren yang digunakan dalam harus cari yang manis dan menu ini juga menggunakan madu sebagai pengganti gula.
Menarik bukan? Tak kenal maka tak cinta. Jadi, jika anda mahukan kelainan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Spicy Orange Chicken
Bahan-bahan:
- Ayam segera
- 3 biji oren
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili kering
- 1 sudu kicap
- 1 sudu sos cili
- Minyak bijan
- Madu
- Bancuhan tepung jagung
Cara Penyediaan:
– Perahkan 3 biji oren ke dalam mangkuk.

– Tumiskan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang bersama 3 tangkai cili kering yang dipotong. Kemudian, masukkan air oren yang telah diperah tadi.

– Masukkan sedikit parutan kulit buah oren.

– Masukkan 1 sudu kicap, 1 sudu sos cili, sedikit minyak bijan, madu secukup rasa dan sedikit bancuhan tepung jagung.





– Kemudian masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan taburkan sedikit bijan. Siap dihidang.


Sumber: @imannrashidd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sotong Masak Sambal Kering, Toskan Dulu Sotong Supaya Sambal Tak Berkuah Dan Tak Liat. Inilah Resipi!

Buat mereka yang suka masak makanan laut, apa kata hari ini masak sambal sotong. Tapi biasanya ada sambal sotong yang berkuah. Nak rasa lebih sedap, cuba resipi ini, sambal sotong kering. Memang superb sedap!
Ikuti perkongsian resipi ini.
Zie nak kongsi resepi sambal sotong cara zie. Jangan malas membaca. Sape malas dia masak tak sedap. Kalau nak buat sambal sotong ni, pastikan hari korang rajin nak kemas dapur. Kalau tak, korang akan stress tengok lantai dengan dinding.
RESEPI SAMBAL SOTONG KERING
Bahan-bahan:
– 1 kilo sotong
– 3 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 13 biji cili kering. Zie guna cili kering yang besar-besar tu sebab yang ni tak pedas jadi anak-anak boleh makan. Kalau suka pedas, boleh tukar guna cili kering yang halus kerinting tu, tapi bilangan cili kena double la sebab yang tu kecil-kecil
– sedikit air asam jawa
– garam dan gula secukup rasa
Cara-cara

1) First sekali kena siang sotong. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti time masuk dalam sambal, sotong cepat kecut n keluarkan air yang banyak jadi sambal akan berkuah dan sotong jadi keras.
Biasa kalau beli sotong yang kecil tu, zie tak potong punn terus buat sekor sekor. Yang kecil ni biasa banyak yang ada telur kat dalam. Emmm dappp.
Kalau yang sederhana besar biasa zie potong 2 atau 3 je.
Ok, dah siap potong, wajib toskan dulu sotong tu sebab tak nak ada air. Selesai bab sotong, kita masuk bab sambal pulak ye.
Panjang betul penerangan pasal sotong. Tapi ni penting tauuu sebab tak nak sambal yang berkuah.
2) Rebus cili kering tadi dan blend bagi betul-betul lumat. Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih n blend sekejap je sebab tak nak terlalu lumat.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak n pecah minyak ye. Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama. Tengok gambar dekat bawah

Rak masak mudah bersih, boleh ikut cara macam ini.
4) Masukkan sotong, garam dan gula. Bila dah masuk sotong, masak sekejap sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.

5) Dah siap dah masak. Sedapnya!
Ok, selamat mencuba!
Sumber: Haziraida Md Isa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekeluarga Terkejut Jumpa Ikan Bakar Murah, RM2 Seekor Masa Bercuti Ke Utara!

Musim cuti sekolah sudah bermula, inilah masa terbaik untuk kita bawa anak-anak bercuti untuk meluangkan masa bersama. Selain memilih bercuti ke lokasi menarik, ada juga yang menjadikan percutian keluarga untuk mencari tempat makan yang sedap dan istimewa.
Contohnya menjejak lokasi untuk menikmati ikan bakar yang sedap, segar dan murah seperti yang dikongsikan oleh puan Nadhirah Muhammad Arib apabila bercuti di Tanjung Dawai, Kedah.
Siapa sangka seisi keluarganya dapat menikmati ikan bakar dengan harga yang tidak pernah terbayang diakal, RM2 seekor!
“Makanan mahal terkejut, murah lagilah terkejut”
Kongsinya berkenaan perasaan mereka sekeluarga ketika misi JJCM ke Utara baru-baru ini.
Kami mencari kedai di sekitar Tanjung Dawai, akhirnya berhenti dahulu di pasar untuk mencari ikan kering dan bilis. Tapi kami jumpa kedai makan yang mewah dengan sotong.

Sudahlah sotongnya gemuk satu hal, murah pula tu. Adudu, teruja betul kami. Lagi terkejut ikan kembung bakar hanya dua ringgit seekor.

Masya-Allah tabarakallah nikmat manakah yang mahu kami dustakan.
Ikan segar dengan harga murah memang bertambah-tambahlah kami makan.
“Betul ke dua ringgit ni?” Saya tanya kepada penjaga cashier.
“Iya, kalau boleh jual murah kami bagilah harga murah.” Responnya.

Rasanya inilah kedai makan paling murah dan sedap sepanjang kami jjcm. Jadi gais jika ke Tanjung Dawai sila ke bangunan Arked ni. Kedai paling hujung sebelah surau. Makan sambil tengok bot nelayan.

Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/nadhirah.muhamadarib/posts/4719717474715000″ style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]Nadhirah Muhamad Arib[/su_button]
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kena Pantang Makan Laksa Sampai Setahun. Betul Ke? Saintis Ni Jelaskan Faktanya!

Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.

Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.

2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum

Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.

Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini:
https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
sumber : Che Puteh Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


