Sesungguhnya peranan ibu bapa antara faktor kecemerlangan seseorang anak itu. Inilah yang dikatakan anak adalah cerminan ibu bapa. Nyata terbukti apabila anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra, 26, berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kejayaannya yang dikecapi adalah sokongan daripada arwah ayahnya.
Ads
“Jujurnya, dalam kegembiraan yang dikecapi atas pencapaian hari ini, sebenarnya saya turut bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat kejayaan saya.
Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah.
“Alhamdulillah, kejayaan ini amat besar maknanya dan terima kasih kepada arwah yang sering memberi semangat untuk meneruskan cita-cita.
Ads
Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat kerana Allah,” ujarnya.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ibu ayah pergi menghadap sang pencipta pada usia yang masih kecil.
Begitulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang kehilangan ibu ayah akibat Covid-19. Lebih menyedihkan lagi, tidak dapat menguruskan diri sehingga menjadi gelandangan.
Menerusi perkongsian penceramah popular Ebit Lew, beliau mendapat pesanan mesej erus bergegas ke kawasan tersebut sebelum menemui kanak-kanak itu tidur di jalanan di Bukit Raja, Klang.
Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid.
Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.
Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar.
Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.
Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.
SEKOLAH MADRASAH
Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.
Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini jika diperhatikan ramai pula selebriti atau pempengaruh yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Sedar akan perubahan ini, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih menerusi satu hantaran di laman Instagram, yang mengakui dia tidak layak untuk menilai kehidupan seseorang tetapi sekadar saling memberikan pesanan mengenai kebenaran.
“Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik..nak jadi macam yang itu, yang ini.
“Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Noorkhiriah dilihat menitipkan nasihat kepada umum dan tidak menyebut nama sebarang individu dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, pelakon drama bersiri Nur itu menyatakan dia hanya mampu berdoa selain berharap individu berkenaan akan terbuka hati semula untuk menutup aurat pada satu hari nanti.
“Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak ‘dikepok-kepok’ lagi.
“Cuma pesan kakak bila dah puas ‘kepok-kepokkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.
“Maaf andai tulisan akak mengguris, tapi akak sebagai saudara seIslam itu tanggungjawab kakak supaya bila ditanya Allah nanti sekurang Allah tahu kakak dah pesan kat sini. Maaf sekali lagi ya,” katanya.
Tambahnya, setiap manusia diuji dengan cara berbeza dan semua pesanan itu adalah peringatan buat dirinya sendiri serta umat Islam yang lain.
“Berpesan-pesanlah kepada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji, cuma ujian itu berbeza-beza.
“Ingatan tulus daripada akak buat semua saudara seIslam termasuk diri akak sendiri,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pelakon Alya Iman dan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil tidak bertudung sejak April lalu manakala penyanyi Masya Masyitah turut mengikut jejak langkah yang sama baru-baru ini.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi momen manis meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke 12, Indah Sutera Jannah.
“Selamat ulangtahun buat anakanda tercinta- Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.,” tulisnya.
Manakala di hantaran yang berlainan, Fedtri juga berkongsi nukilan nan indah ‘berbunga’ buat anak tersayang. Penuh dengan kata-kata nasihat buat puteri sulungnya itu dengan menggunakan penggunaan bahasa laras tinggi.
Kakak Sayang,
Nanti dewasa miliki rasa, mahalkan cinta sebelum binasa
Jangan merindu pada yang tak sudi, jangan meratap pada yang dah pergi
Jangan mengharap pada yang tak pasti, jangan merayu pada yang dah benci
Serasi bukan terletak di mata, tetapi sepadan di dalam jiwa
Jangan terkesan bandingan orang, selami sendiri si dia tersayang
Jika getaran telah berputik, impian bersatu selalu berdetik
Jangan serah segala hati, simpan separuh sebagai sakti
Jangan mudah termakan harapan, simpan iman sebagai penampan
Jika nanti rekah jalinan, ada bekalan untuk bertahan
Jika nanti hambar hubungan, ada penawar meluput kenangan
Jika nanti cintamu zulmat, tak perlu tabur dendam kesumat
Bangkit dan julang seribu maaf, tadabbur makna pasrah dan khilaf
Usah rebah sebelum nikah, usah berlebih dalam bercanggah
Yang terkurang disantuni cermat, yang menawan jadikan azimat
Usah berteman si dia yang dayus, dilanda gelora terus menikus
Dunia adalah duri dan fitnah, Pegang teguh Quran dan sunnah
Pancarkan pesona pada yang halal, tutup laluan ke jalan yang dangkal
Tak rugi tidak dipuji, hidup bukan mainan janji
Jangan menangis di dalam hati, luahkan rasa pada Yang Mengerti
Andai tertutup telinga manusia, keluh dan kesah hamparkan padaNya
Jangan menanti terlalu lama, tegaskan diri bak dewi kesuma
Jangan jadi bunga murahan, sebelum kembang ditimpa dahan
Jangan pudar sebelum menguntum, simpan kejutan mustika terharum
Jangan mengorak kelopak terluka, sucikan diri setulus cempaka
Kalau seroja damailah di tasik, beralun tenang air berbisik
Kalau dipuja bagaikan mawar, jadikan duri perisai yang tegar
Ingat sejarah semalu di tanah, dalam malu senjata memanah
Namun tak perlu simalakama, racun rahsia di hati kama
Menjadi apa pun biarlah berpada, walau diri di puncak persada
Kerana dirimu tetap indah, sutera syurga lambaian jannah
Naiklah ke langit dengan cinta, bukan di bumi tersilau mata
Ada takdir kasih mulia, berkat doa munajat padaNya
Bidadari terhormat taman firdausi, puncak segala nikmat abadi
Menjengah diruagan komen, rata-rata netizen berasa kagum bahasa yang digunakan Fedtri Yahya. Bahkan ada yang mengakui baru pertama kali mendengar bahasa yang digunakan oleh pengacara popular itu. Bahkan yang ada menyentuh hati.
Antara komen yang menarik adalah
“Allah hebat sungguh pesanan puisi seorang ayah. Moga jadi panduan buat sang puteri dan kita semua. Amin.”
“MashaAllah… 🥲 Perkataan baru saya belajar harini: Simalakama”
“Terindah Puisi Untuk Sang Puteri.”
“Pesanan yang sangat indah dan penuh kasih sayang”
“Saya ada anak perempuan. Bila baca madah @fedtriyahya menitis air mata saya”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.