Biasa-biasakan Keluarga Minum Air Carrot Susu Berbanding Jus Carrot Kosong, Dr Ni Bagi Pencerahannya!

Share

Meskipun menikmati air carrot menjadi antara menu yang digemari ramai, namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu rupanya jika dicampurkan dengan susu, ianya menjadi lebih berkhasiat berbanding jika diminum kosong.

Selain itu, disarankan juga menggunakan susu segar. Namun apa yang biasa kita buat adalah dengan mencampurkan dengan susu sejat.  Apa sebabnya cara ini adalah yang terbaik?

Hal ini dijelaskan oleh saintis dan elok juga kita fahami, agar apa yang keluarga kita minum atau makan adalah yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan bukan sebaliknya.

Jom baca perkongsian penuh daripada Dr Suri Roowi ini.

KENAPA MINUM ‘CARROT SUSU’ LEBIH BAIK berbanding ‘CARROT O’?

Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid. Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan. Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak atau lemak.

Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi. Sebaiknya guna susu segar.

Makanan lain yang kaya dengan karotenoid

Tomato juga kaya bahan karotenoid. Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah. Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu

Labu juga kaya karotenoid. Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan

Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun

 

 

Fakta penting  : Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak)

Ini penting untuk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih.

Selamat mencuba

#DrSuriRoowi
Principal Scientist

 

sumber : Dr Suri Roowi 

IKLAN