Bila Anak Mengadu Senggugut, Ibu Kenalah Redakan Dengan Cara Ni!

Share

Siapa pernah merasa sakitnya senggugut,  maka tidak hairanlah akan mudah rasa simpati kalau orang lain yang diserang penyakit ini.

Begitu juga bagi seorang ibu,  mendengar anak remajanya mengadu sakit senggugut tentu sahaja akan diusahakan untuk meredakan kesakitan yang ditanggung.

Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh ibu adalah dengan menyediakan air rebusan ini.

Resipi dan cara penyediaannya telah dikongsikan oleh puan Sumayah Abdullah melalui akaun fbnya.  Jom semak!


PETUA HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT

Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.

Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.

Bahan-bahan nya ofkos barang dari dapur lah.

* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air

Caranya mudah je.

1. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk.

2. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

 

3. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum.

4. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

KHASIAT SERAI

Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.

KHASIAT HALIA

Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.

KHASIAT HABATUSSAUDA

Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.

*Elakkan minum ais untuk kesan optimum.

IKLAN