Hubungan suami isteri itu banyak cabarannya dan dalam usaha untuk kekal bahagia hingga ke hujung nyawa, tentunya ada beberapa proses yang perlu dipelajari. Dan salah satunya adalah dalam hal belajar berdepan dengan situasi perbincangan yang tenang dan sihat jika ada berselisih pendapat.
Ungkapan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri, seakan begitu sering kita dengar. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik untuk kita berdepan dengan masalah itu agar dapat diatasi. Sekali gus menjadikan hubungan semakin bertambah baik dan bukannya terus bermasam muka hingga menyebabkan masalah menjadi lebih serius.
Untuk itu, cara hendak berbincang dengan pasangan perlu dipelajari. Dan ini disenaraikan oleh Ustazah Ainun Mardhiah, bolehlah dijadikan panduan bersama.
BELAJAR BERBINCANG : TIPS RUMAHTANGGA AMAN
Bismillah.
Antara skill yang perlu ada dalam diri suami isteri adalah belajar berbincang dan belajar menerima pendapat orang lain.
Kenapa ‘BELAJAR’?
Sebab belajar itu adalah proses, ianya memakan masa. Berbincang bermakna kita perlu sediakan diri dan hati untuk rendahkan ego, sedia dikritik dan sedia berlapang dada jika pendapat kita ditolak.
Ads
Tips berbincang :
1. Elakkan mindset “macamanapun aku nak menang! ”
2. Mula dengan Bismillah.
3. Dengar pendapat kedua-dua pihak dengan baik. Pandang matanya. Fokus.
Ads
4. Bila dikritik : Pujuk diri dengan sebut “Astaghfirullah..Astaghfirullah..Alhamdulillah, Alhamdulillah..” InsyaAllah ada hikmah di sebalik kritikan dan teguran tu walaupun pedih.
5. Jika perbincangan makin tegang. Duduk, jangan lari. Jangan lempar pinggan. Salah satu pihak perlu mengalah. Bukan bertikam lidah nak tegakkan siapa yang betul. Mengalah tidak bererti kalah.
6. Say Thank You. InsyaAllah, mana yang saya silap saya akan betulkan. Saya akan usaha insyaAllah untuk rumahtangga kita, kerana ALLAH.
Ads
7. Zikir “Hasbunallah wa ni’mal wakil..Ya Allah, kuatkan aku untuk menjadi isteri/suami yang Engkau redha Ya Allah. Aku hanya seorang hamba yang ingin membawa keluarga ke arah kebaikan. Maafkan semua kesilapanku.” Percayalah, bila kita serahkan urusan hidup ini kepada Allah, kita akan lebih tenang.
8. Berubah kerana Allah, kesannya akan menjadi lebih besar. Ulang-ulang bercakap kepada diri, “Ya Allah, aku ingin menjadi hambaMu yang baik InsyaAllah.”
9. Rumahtangga adalah proses didikan. Didik diri untuk sabar, didik diri untuk kawal marah, didik diri untuk terima insan-insan dengan seadanya.
10. Pasangan kita tak sempurna, kita pun tak sempurna kan? Semua orang ada kelemahan diri masing-masing. Belajarlah untuk memaafkan. Sakit untuk memaafkan, namun tak mustahil dengan bantuan dan pimpinan dari Allah InsyaAllah.
Rumahtangga adalah sekolah didikan akhlak. Belajar dan terus belajar, tiada kalimah putus asa InsyaAllah
Masihkah anda ingat dengan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan banyak lagi. Lagu-lagu tersebut menjadi siulan peminat tahun 1990-an. Itu antara lagu hit dendangan arwah Achik Spin bersama kumpulan Spin.
Namun, peminat seni tanah air kehilangan penyanyi bersuara lunak ini apabila arwah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia pada tahun 2010.
Kehilangan allahyarham meninggalkan kesan buat peminatnya apatah lagi ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Manakan tidak, tiga anak arwah masih kecil ketika itu.
Lama tidak mendengar berita mengenai keluarga arwah, baru-baru ini isteri Achik memuat naik beberapa keping gambar dan video sambutan hari jadi anak perempuan mereka. H.M Rose Suriani Wati Maarof yang mesra dengan panggilan Tasha, isteri arwah memuat naik gambar sambutan hari jadi puterinya Summaya yang ke 12 tahun.
Sambutan hari lahir diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.
Apa yang menarik mata wargamaya adalah wajah anaknya saling tak tumpah dengan arwah Achik.
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari,bernikah dengan Tasha pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Namun, anak sulung pasangan ini meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
Seakan satu fenomena pula bila dilihat pada ‘kegilaan’ pilihan permainan anak-anak kita hari ini yang rata-ratanya suka bermain beyblade.
Melihat kesukaan permainan anak-anak kita ini, terpanggil untuk seorang ibu dan juga merupakan seorang guru tadika memberi pendangannya berkenaan permainan ini.
Menurutnya banyak kebaikannya berbanding bilamana anak asyik bermain gajet.
Beyblade VS Handphone.
Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.
Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya .
Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.
1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangan adik beradik.
Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.
Kesimpulannya Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.
Selamat ber’beyblade’
Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain
Ramai yang ingin nak tanam taugeh ini paling mudah. Memang tidak dinafikan mudah untuk tanam tetapi untuk dapat hasil yang gemuk-gemuk dan elok ada beberapa tip yang kena tahu.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian wanita ini.
Sebelum ini buat taugeh mesti tak memuas kan hati . Menjadi tapi kurus dan bila masak kepala taugeh rasa lain (masih rasa kekacang )tak macam beli kat pasar . Nak gak cuba buat macam yang jual kat pasar . Gemuk cantik je.
Sedikit pembacaan di google maka akhir nya Alhamdulillah puas hati hasil n rasanya walaupon tak semontel yg di jual … klau nk lbih montel bole beli Hormon Santoso.. tp rasanya guna cara ni tanpa hormon tu pon dah ckup puashati .. cukup2lh dah bnyk sangt ubat2an masuk dlm badan kita
Cara-cara nya bole tengok kat gambar Bahan: Bekas plastik/ botol/ penapis Air suam Tisu/kain
1.Rendam kacang hijau dengan air suam semalaman..
2. Sy guna bekas plastik mknn je.. buat lubang2..sy guna 2 bekas plastik … yg sy lubangkn tu bekasnya kene rendah dr bekas plastik lg 1 … ikut korang nk guna apa pon .. botol mineral ke kotak ke terpulang.
3. Ni bekas plastik yg sy gunakn .. bekas plastik putih lbih rendah dr bekas hitam
3. Letak tisu yg di basahkn dlam bekas putih .. lepastu letak bekas putih dlm bekas hitam … pastikn bekas putih tergantung dlm bekas hitam .. supaya senng air kluar n jatuh dlm bekas hitam
4. Ni masa hr ke 2 … kene siram 2/3x sehari .. pastikn jngn sampi kacang hijau terendam.
5. Letak kacang hijau yg di rendam semlman dlm bekas plastik yg dah di lapik tisu basah td ..jngn letak kacang sampi penuh .. letak suku/separuh dr bekas shj .. akhir skali tutup kacang tersebut dngn kain / tisu yg di basahkn .. klau guna tisu letak setebal yg bole sbgai pemberat.
6. Ha yg ni ikut kreativiti korang lh nk tutup guna apa.
sy guna periuk je . Senang.. letak kat tempat gelap