Bila hujung minggu inilah kita ada masa untuk mengemas rumah. Tapi yang geramnya, baru je kemas sudah bersepah kembali.
Tak sampai 30 minit bahkan penat mengemas pun belum hilang dah kita kena kemas semula. Lebih-lebih lagi bab barang-barang mainan.
Jadi ini ada cara dan tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan mainan anak-anak tidak lagi bersepah dan mudah pula untuk diurus dikongsikan oleh Barely Super Ummi.
Tips Mengemas Mainan Anak
allahu lepas subuh tadi secara tiba tiba datang kerajinan untuk mengemas mainan yumna dan aathif #alhamdulilah.
Ads
Mengucap panjang tengok rumah bersepah dgn mainan ni kan haha tapi ni tak teruk sangat, pernah lagi teruk.
Rumah bersepah ada anak yang bijak kan.
Ads
ok here’s the tips,
1. RAJIN! hahaha
2. buang mainan yang dah rosak tak boleh guna tu
3. asingkan ikut kategori contoh mcm lego, puzzle, mainan masak masak, crayon dll
Seteruk mana pun hubungan kekeluargaan akibat pertelingkahan, suatu saat pasti akan bersama semula. Lebih-lebih hubungan ibu dan anak, yang sememangnya si ibu tidak menyimpan dendam terhadap anak sendiri.
Seperti kisah ini, ibu dan anak 15 tahun tidak bertegur sapa dek kerana selisih faham yang berlaku antara mereka. Tetapi disebabkan ikatan ibu anak yang kuat, di bulan mulia ini siapa sangka mereka berbaik semula dan kembali disatukan.
Berita gembira ini diceritakan oleh pemilik akaun Imi Aruz di perkongsiannya di Facebook melalui group Masak Apa Hari Ini.
Kasih ibu dan kebesaran bulan Ramadan. 15 tahun tak jumpa mak kerana selisih faham. Alhamdulillah awal bulan Ramadan takdir Allah lembutkan dan buka hati kedua-dua pihak untuk saling memaafkan.
Lelaki ini pada masa yang sama, turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. berikutan masih diberikan kesempatan untuk berbaik bersama ibu tersayang dan sanggup merendahkan egonya walaupun pernah difitnah satu ketika dahulu.
Walau mmg saya tak semuanya salah….saya buang ego saya. Syukur pada Allah masih beri saya kesempatan sebelum mak saya tutup mata.
Hubungan anak-beranak ini dilihat semakin akrab, selepas si ibu setiap hari akan memasak lauk kegemaran lelaki ini sebelum menghantarnya ke tempat kerja anaknya.
Walau lauk biasa². Sejak dah berbaik tiap hari mak masakkan lauk kegemaran saya dan suruh grab antar ke tempat kerja. Pada yg masih terasa hati dan selisih faham dgn orang tua berbaiklah takpe kita mengalah walau kita tak salah. Berjurai air mata abam tiap kali dapat rasa masakan mak. TERIMA KASIH MAK.
Perkongsian ini mendapat respon orang ramai yang rata-rata sebak dan ucap syukur persengketaan yang ambil tempoh lama itu berakhir dengan berita gembira. Malah, walaupun sudah lama tidak berhubungan, ibu masih mengingati makanan kegemaran anaknya.
Pesanan penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima kepada anak perempuannya serta bakal menantu mencuri perhatian ramai apabila beliau menyampaikan nasihat penuh bermakna ketika majlis pertunangan anaknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian aktres Datin Seri Umie Aida di TikTok, Erma dilihat memberikan pesanan yang sarat dengan kasih sayang kepada anaknya, Norain Sofea atau Ain serta bakal menantu, Haziq ketika majlis pertunangan pasangan itu yang berlangsung pada 18 Julai lalu.
Ucapan tersebut bukan sahaja menyentuh hati tetamu yang hadir, malah turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang memuji pendekatan Erma sebagai seorang ibu yang begitu menjaga maruah dan keselamatan anak perempuannya.
Sebagai seorang ibu, Erma Fatima mengakui bukan mudah untuk menjaga dan membesarkan seorang anak perempuan sehingga dewasa. Walaupun ketegasannya mungkin dilihat terlalu mengawal, beliau menjelaskan segala yang dilakukan adalah demi memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Bukan mudah untuk menjaga seorang anak perempuan dan itulah yang saya usahakan untuk Ain.
Saya tahu mungkin satu penyiksaan buat dia juga apabila dia terlalu dikawal,” katanya.
Menurut Erma, setiap ibu mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak, namun matlamat akhirnya tetap sama iaitu memastikan mereka membesar dengan penuh adab, maruah dan keselamatan.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, turut meminta Haziq memahami tanggungjawabnya sebagai seorang ibu selagi Ain belum sah bergelar isteri.
Beliau menjelaskan bahawa sehingga hari pernikahan berlangsung, Ain masih berada di bawah tanggungjawabnya dan beliau belum bersedia mengizinkan pasangan itu keluar berdua-duaan tanpa keperluan yang benar-benar penting.
“Saya mohon kepada Haziq agar beri peluang untuk saya merasai dan menikmati hak saya sebagai seorang ibu sehingga ke hari pernikahan itu.
Di mana saya belum rela atau mengizinkan anak saya berdua-duaan keluar selagi belum dihalalkan,” jelasnya.
Pesanan tersebut disampaikan dalam suasana penuh kasih sayang tanpa sebarang nada keras, sebaliknya sebagai satu amanah yang ingin disampaikan kepada bakal menantu.
Dalam masa sama, Erma Fatima mengingatkan Ain dan Haziq supaya sentiasa menjaga batas pergaulan sebelum bergelar suami isteri.
Menurut beliau, walaupun pasangan itu mempunyai urusan perniagaan bersama, ia bukan alasan untuk mereka bebas meluangkan masa berdua-duaan tanpa menjaga batas yang telah ditetapkan.
“Saya harap Haziq faham, apatah lagi sekarang ada bisnes bersama jadi mungkin ada ‘laluan’ untuk bersama-sama tetapi tolonglah jaga batasnya.
Sekali lagi saya ingatkan, ini hanyalah pertunangan mengikut adat, belum lagi halal di sisi hukum,” pesannya.
Beliau berharap tempoh pertunangan digunakan sebagai ruang untuk mengenali keluarga masing-masing serta membuat persiapan ke alam perkahwinan dengan penuh adab dan rasa hormat.
Erma turut menegaskan bahawa Ain masih sepenuhnya berada di bawah jagaan dan tanggungjawabnya sehingga tiba hari pernikahan.
Malah, sepanjang membesarkan anak perempuannya itu, beliau tidak pernah membenarkan Ain bermalam di rumah orang lain sebagai sebahagian daripada prinsip didikan yang dipegang sejak dahulu.
“Sehingga ke hari ini, saya tak pernah mengizinkan dia untuk tidur di rumah sesiapa pun.
Ain sepenuhnya masih dalam jagaan saya dan hak saya. Saya minta Haziq dan Ain menjaga batas,” katanya.
Nasihat Erma Fatima nyata menggambarkan kasih sayang serta tanggungjawab besar seorang ibu terhadap anak perempuan. Ketegasan seorang ibu mungkin adakalanya sukar difahami, namun di sebaliknya tersimpan rasa sayang dan keinginan untuk menjaga maruah anak sehingga sah bergelar isteri.
Pesanan yang disampaikan Erma menjadi peringatan bahawa setiap hubungan mempunyai batas yang perlu dihormati. Dengan saling menjaga adab, menghormati keluarga dan memelihara maruah, diharapkan perjalanan menuju hari bahagia akan dipermudahkan serta diberkati.
Semua kanak-kanak suka menonton pelbagai rancangan menarik terutama animasi kartun di televisyen. Memang ia menjadi hiburan buat anak-anak di rumah. Namun, ia akan menjadi bahaya bila cara menonton tv itu salah. Melalui perkongsian Taufiq Razif menjelaskan sebab bahaya jika membiarkan anak menonton tv tanpa kawalan.
Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya alert jika ada anak menunjukkan tanda seperti mengosok mata dan mata selalu berair ketika menonton tv. Nampak biasa-biasa, aje tapi jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan mata. Ikuti catatan ilmu ini.
________________________________________________________________________
1. Anak dibawah umur 18 bulan jangan dibenarkan menonton TV sama sekali. Ini guideline daripada American Academy of Paediatric 2. Yang umur 18 bulan hingga 24 bulan nak menonton TV tu boleh tapi ada syaratnya. Syaratnya adalah : + Cari saluran TV yang betul betul bermanfaat tinggi, berbentuk educational dan takde iklan merapu + Tengok sama sama dengan anak. Jangan tinggalkan anak kita dengan gajet dan TV sendirian kononnya nak jadikan TV dan gajet ni bibik DIY kita. BIG NO! + Ni hanya latihan pengenalan sahaja pada anak kita untuk ajar anak kita apa itu dunia digital. Bukan saja saja nak bagi anak kita tengok sebab penat nak melayan mereka 3. Umur 2 hingga 5 tahun pula limitkan 1 JAM SAHAJA dalam sehari. Dah habis tengok, ajar anak tutup TV tu sendiri untuk ajar anak ‘self discipline’ + dengan self discipline ni la nanti anak mudah nak kawal diri walaupun kita takde disisi mereka + bila balik rumah opah ke rumah atuk nenek ke, insyaAllah mereka masih boleh kawal diri kalau kita ajarkan mereka self discipline ni 4. Anak selalu tengok TV dekat dekat ni sebenarnya tak rosakkan mata pun. Tu cuma mitos je tapi ianya boleh jadi petanda awal anak kita tu memang ada masalah rabun atau penyakit mata yang lain. Sebab tu la bila anak kita ada 5 tanda kat bawah ni kita kena cepat cepat bawak anak kita pergi buat pemeriksaan mata : A. Mata selalu berair B. Selalu sakit kepala C. Mata mudah jadi penat D. Selalu berkedip dan menggosok mata 5. Selalu tengok TV pada jarak dekat 5. Anak belajar tengok gajet dan TV ni daripada kita sebenarnya. Sebab tu lah KALAU NAK ANAK BELAJAR KAWAL DIRI DARIPADA TERLAMPAU TENGOK TV DAN GAJET : ✔️ Mak ayahya dulu yang kena kawal diri daripada gajet dan TV ✔️ Anak lebih suka tiru apa yang dilihat ( visual) daripada cuma mendengar bebelan kita ( auditory ) ✔️Ingat tau, Children Are Great Imitators. Jadi nak anak berubah, ubahlah diri kita dulu ☺️
P/s : Jom ajarkan dan sebarkan ilmu ni pada pasangan dan mak ayah yang lain ye. Saya rasa ramai lagi mak ayahyang belum tahu ilmu ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.