Isteri diibaratkan seperti permaisuri dalam sebuah rumah tangga. Walaupun menjadi orang kedua penting dalam rumah selepas suami atau ketua keluarga, tetapi tanggungjawab isteri sebagai ketua yang menguruskan segala hal rumah tangga usah dipertikaikan.
Dengan kata lain kalau isteri mogok sehari tak nak buat urusan rumah tangga, habislah berkecah rumah dan terpaksalah suami beli makanan dari kedai.
Justeru sebagai suami, anda kenalah faham bagaimana ‘dahsyatnya’ otak isteri hendak merancang, menyusun dan melaksanakan segala urusan rumah tangga dan anak-anak dengan lancar setiap hari.
Isteri tak minta diberikan emas berlian sebagai penghargaan tetapi kalau suami hadiahkan isteri terima sahaja.
Sebenarnya isteri lebih menghargai sekiranya suami memahami keperluan isteri yang sesekali mahukan masa bersendirian seketika atau lebih popular zaman sekarang orang sebut me time.
Photo by Jack Sparrow
Perkongsian daripada penulis keibubapaan popular di sosial media, Dr Taufiq Razif mengenai bagaimana perkara yang simple mampu membuatkan isterinya senyum sampai ke telinga wajar direnung-renungkan bersama oleh para suami.
Punya la bahagia isteri saya baru ni.
Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.
Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.
Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je Perempuan ni kita kena faham, rutin harian dia banyak berputar di anak, ampaian, singki dan rumah.
Ads
Kadang benda tu buatkan dia naik jemu. Rasa macam mati akal nak buat apa padahal kerja berlambak lagi nak kena buat.
Tu tanda dia dah mula tepu la tu. Jadi caranya adalah bawak je isteri pergi shopping ke jalan jalan taman bunga ke pergi zoo ke pergi pantai ke.
Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu
InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.
Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!
Ads
Ramai Wanita Bersetuju!
Menjengah ke ruangan komen, hampir majoriti yang meninggalkan komen di kalangan kaum wanita yang sudah bergelar ibu. Rata-rata bersetuju dengan perkongsian Dr Taufiq.
Ternyata terapi menghilangkan stres paling mudah bagi mereka adalah berjalan-jalan ke kedai-kedai serbaneka, supermarket, shopping mall walaupun tanpa perlu membeli apa-apa.
Sejak pandemik kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang wabak ini termasuklah menutup pelbagai sektor termasuk pendidikan, membatalkan segala aktiviti sukan, riadah dan rekreasi serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudah tentu kita kerap berada di rumah.
Sejak itu, tentu ada yang merasakan peningkatan bil elektrik. Maklumlah setiap hari penggunaan termasuk aktiviti pembelajaran dan urusan kerja.
Menarik dengan perkongsiannya ini bahawa jika mencabut plug yang tidak digunakan mampu jimatkan elektrik bulanan.
Ikuti perkongsian ini.
Biasanya tiap-tiap bulan pengunaan elektrik bagi unit rumah pangsa kami ni adalah sebanyak RM70-80. Kadang-kadang mencecah RM100-110. Kami anak beranak memang berada di rumah 24 jam.
Nak dapat caj penggunaan RM30 seperti masa kami suami isteri bekerja dulu, mustahillah Tapi bila melihatkan amount RM70-100 tu terasa juga.
Fikir macam mana la nak jimatkan penggunaan elektrik ni. Hinggalah satu hari terbuka cerita pasal bil elektrik dengan kakak.. Kata kakak, setiap bulan bil rumah dorang tak lebih RM50 walaupun 24 jam aircond di bilik utama sentiasa on terpasang.
Setiap malam kena cabut dan tutup suis
Biar betul? Dah la rumahnya 2 tingkat, atas bawah guna elektrik. Aircond tak tutup Kata kakak lagi, setiap malam sebelum tidur, abang ipar akan pastikan semua suis yang tidak digunkan, di padam & dicabut.
Ooo begitu.. lets try. Tak dapat jimat RM50,dapat jimat sedikit pun dah ok dah. Bulan pertama percubaan.Semua plug yang sudah selesai digunakan terus di cabut.Tak tunggu malam. Cabut terus.
Kecuali plug peti ais, kipas bilik, Aircond & wifi. Sentiasa mode on. Hujung bulan bil elektrik pun sampai,berdebar rasa hati ni. Berapa agaknya boleh reduce ye..RM60? Tak Dapat bill RM40 je. Alhamdulillah.. banyak tu dapat reduce. Dari RM70-80. turun hingga RM40. Tambah tolak, jimat RM30 la.
Bulan kedua try lagi,teruskan cabut plug setelah selesai digunakan. Hasilnya juga RM40.Rupanya barulah tahu.Boleh jimat lagi, cuma tak tahu ilmu, tak terlintas di fikiran nak cuba cabut semua plug.
Selama ini walaupun barang elektrik itu tak digunakan, tetapi arus elektrik pada soket itu masih mengalir.Bacaan elektrik pun berterusan.Bila soket dicabut, arus terhenti, bacaan elektrik turut terhenti. Tak cuba tak tahu, kan. Jimat elektrik, cabut plug.
Cabut soket yang tidak digunakan
Dalam pada itu, apa yang dipraktikan adalah tips yang betul sebagaimana nasihat yang dikemukan oleh TBN di laman website rasmi.
Sumber: Viral Oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki bukan sahaja berbentuk harta dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga termasuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan dan kegembiraan.
Begitu juga buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri. Muat naik terkini Datuk Dr Sheikh Muszaphar menarik perhatian ramai di instagramnya.
Beliau memuatnaik video isterinya berbisik kepadanya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Nyata bisikan itu adalah memberitahu bahawa mereka bakal menimang cahayamata ke-7! Rezeki buat pasangan ideal ini!
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eussoff dan Sophea Emilia berusia dua tahun.
Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut DrSurayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah.Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.