Keakraban antara keluarga besar Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim sememangnya sering meraih perhatian dan pujian daripada peminat.
Mereka sering melakukan aktiviti keluarga bersama. Terbaru, mereka bercuti di sebuah tempat percutian Di Hulu Langat.
Meninjau akaun Instagram Memey Suhaiza dan Abby Abadi, masing-masing memuatnaik video yang memperlihatkan aktiviti kekeluargaan mereka pada hari tersebut.
Yang mencuri tumpuan adalah aktiviti musical chair. Cukup terhibur melihat gelagat mereka ketika itu Yang mana tidak hanya anak-anak malah yang dewasa uga turut bermain permainan ini.
Meriah dan lucu apabila melihat telatah masing-masing berebut kerusi, semangat semua ingin menang.
Gelak ketawa keluarga ini menunjukkan semuanya gembira dengan percutian mereka. Selain mengeratkan lagi hubungan, tercipta satu lagi memori indah untuk mereka sekeluarga yang boleh dikenang pada masa akan datang.
“Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.“ Baru Simpati Pada Ibu & Isteri.
Kerja rumah jangan anggap anak perempuan aje kena buat. Anak lelaki pun kena tahu buat. Bukan duduk depan TV tengok adik beradik perempuan kemas rumah.
Bila anak lelaki tahu buat kerja rumah baru mereka tahu betapa penatnya buat itu ini di rumah. Baru mereka simpati pada ibu dan isteri bila besar.
Menarik dengan perkongsian ini. Moga jadi manfaat bersama yang dikongsikan oleh pemilik fb Edi Aruna Pencerita tentang anak lelaki.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.
Nak jadi lelaki ada rukunnya. Bukan beranak keluaq lato lato terus jadi lelaki. Lelaki bukan semata mata reti tahan sakit, bukan semata mata kuat berkerja, bukan semata mata reti cari duit.
Nak jadi lelaki mesti tahu ini. Kerja sidai kain baju bukan hak mutlak seorang wanita, kerja kemas rumah pun bukan tanggungjawab wanita semata mata, kerja di dapur pun bukan milik abadi seorang wanita. Kalau kita seorang anak, semua kerja tu bukan tanggungjawab mak kita pun. Kalau kita seorang suami, semua tu bukan kerja bini kita semata mata.
Fahamkan anak² lelaki kita, nak jadi lelaki biar betul² jadi lelaki. Jangan dah menikah nanti masih tak reti pesiang ikan, masih tak reti nak potong ayam, masih tak reti nak sidai kain baju, masih tak reti nak menyapu.
Ya, lelaki ni kerja dia menggali rezeki. Tapi bukan bermakna balik rumah terus terbongkang depan tv. Ayah kita dulu balik motong getah boleh lagi bertukang kat rumah. Balik dari laut boleh lagi masak gulai kat dapur. Kalau penat sangat pun ayah kita cuma rehat, bukannya tak reti buat. Jadi lelaki kena RETI serba serbi hal dalam rumah ni. Kena simpati dengan emak, kena kesian dengan bini.
Bila dari kecik tidak faham semua tu, itu yang bila dah ada anak bini kerja nak maki. Anak buat silap sikit cepat naik kaki. Bini lambat masak dia tendang tudung periuk, dia tanjal dahi bini. Sebab dia rasa dia dah cukup lelaki. Padahal dia jadi lelaki hanya pada jasad, bukan pada hati. Jasad tanpa hati tu zombie, bukan seorang lelaki sejati. Ngerti?
Teringin nak ada dapur yang cantik, kemas dan selesa untuk meletakkan barang serta memasak. Mungkin ini cara yang sesuai yang boleh direalisasikan oleh ibu-ibu sekalian.
Idea kreatif sang suami ini buat isterinya dengan membuat dapur open concept ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka.
Kehidupan dalam rumahtangga sudah pastinya ada onak dan duri. Jika awal perkahwinan, semuanya indah. Namun jika apabila usia perkahwinan sudah lama ada aje yang tak kena.
Malah ada yang beranggapan isteri sudah tidak cantik macam dulu. Macam-macam hal suami akan komplen pada isteri yang banyak berkorban mengurusakan anak-anak dan rumahtangga. Hinggakan ‘me time’ untuk diri pun tak sempat.
Hakikatnya suami harus menghargai isteri yang sentiasa setia bersama suami.
Ikuti perkongsian ini agar menjadi iktibar bersama. Semoga perkahwinan sentiasa disulami keindahan dan kebahagiaan.
Isteri aku tak cantik.
Isk… Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie. Kata si suami dalam hatinya. Handphone dibelek – belek membuka whatsapp group rakan – rakan. Ada yang share gambar wanita – wanita cantik beserta caption “Selamat pagi abang – abang dalam group nie”. Cair si suami menengoknya. Tak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar – gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang. Anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan – rakan yang sudah berkeluarga dan kadang – kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan group keluarga / keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu / anak saudara / mak saudara / sepupu sepapat lain tengok kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok LIKE gambar – gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat “berinteraksi” kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda – benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.
Kenapa la isteri aku tak cantik? Bisikan nakal di hati suami. Dulu menarik gila. Tak puas tengok. Pantang bergesel lengan je pun terus jadi. Tapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu. Lemau je. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sane sini. Tak selera langsung dah. 2 minggu sekali tu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Macam makcik tua. Tepek bedak sejuk je, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain. Sedap je mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu…
Kalau si suami ada perasaan macam nie, amatlah menyedihkan. Isteri tu tak cantik kenapa? Isteri tu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?
Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Pastu nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain – lain. Silap – silap foundation pun anda taktau ape.
Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan kat badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan – jalan je pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz ! Maksiat ! Walaupun kelas tu semua perempuan. Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja – kerja rumah tu kan berpeluh? Anda nie bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazir la takut kena tipu la. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle je asalkan ade baju. Tak ke membazir? Nak cantik – cantik nie nak tunjuk kat sape? Berdosa tau. Kata si suami memberi alasan. Lepas tu nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..
Makeup pun takda? Pakai bedak sejuk je? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Tu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli kat Guardian, Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup tu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz…
Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara – perkara pelik tu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.
HARGAI ISTERI
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam BroOhsem nie poyo gila. Macam dia sorang je yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.
Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah. Berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang – kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Jom join SUPERGROUP TELEGRAM saya di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.