Jangan buat main bila rasa sukar bernafas, tertekan, sesak nafas dan sebagainya. Ini adalah tanda masalah anxienty yang boleh menyebabkan membahayakan nyawa.
Nak tahu lebih lanjut baca peringatan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
MERAWAT MASALAH ANXIETY DISORDER
Saya pernah melihat bagaimana seseorang sedang dilanda serangan anxiety.
Sebagai orang yang pernah tidak merasainya, tentu kita tidak faham. Bila melihat mereka mengalami rasa sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah. Pada masa itu mereka hanya fikir mahu pergi hospital, kerana rasa ajal sudah dekat.
Pada zahirnya mereka seperti orang sihat, tetapi hakikatnya segala-galanya sedang rancak bermain di minda.
Selalunya serangan ini berulang. Mereka yang sedang mengalami masalah ini, selalunya pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Sebagai doktor, kita berikan respon kecemasan. Mereka kata sukar bernafas dan perlukan bekalan oksigen. Saya selalu melayan saja kerana mahu mereka berasa selamat dengan adanya bekalan oksigen. Tetapi selalunya tak lama. Mereka merasakan bekalan oksigen tidak bermanfaat untuk mereka. Masih lagi mengalami sukar nafas.
Sebagai doktor, saya membuat pemeriksaan asas. Antaranya memeriksa bacaan tekanan darah, bacaan nadi, pemeriksaan pernafasan paru-paru. Semuanya normal.
Ads
Bagi doktor yang tidak berpengalaman, mereka tidak akan faham. Kerana ia tidak dikesan dengan pemeriksaan fizikal. Ia semua bermain di minda pesakit.
Anxiety akan membuat seseorang berasa cemas tanpa sebab , sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tidak boleh tidur , terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, dan yang paling ditakuti ialah selalu memikirkan tentang kematian tanpa sebatang sebab yang logik.
Selalunya ada faktor yang meransang serangan anxiety ini. Oleh kerana punca anxiety bermula di minda, selalunya faktor mental seperti stress, keletihan memikirkan masalah, rasa keseorangan dan tiada sokongan dari keluarga yang menjadi punca pada permulaan serangan anxiety. Malangnya kebanyakan mereka tidak sedar mereka mengalami tekanan. Kalau ditanya pun mereka kata tidak mengalami masalah tekanan emosi.
Hendak pulih memang kena ambil masa sebab tiada ubat yang benar-benar merawat masalah. Ubat penenang dari hospital akan membantu rasa tenang untuk sementara, tetapi ia tidak boleh diambil secara berterusan kerana bimbang akan sentiasa bergantung dengan ubat.
Dapatkan panduan dan sokongan dari mereka yang mahir. Tidak semestinya doktor kerana ada doktor yang tidak terlatih menhendalikan masalah sebegini. Boleh dapatkan panduan dari kaunsellor kaunseling atau psikologi.
Ads
Tanpa panduan yang betul, pesakit akan selalu berada dalam ketakutan. Takut untuk tidur, takut keluar rumah. Sentiasa cemas tak menentu, hilang selera makan dan sentiasa kelihatan letih dan lesu.
Selalu memikirkan perkara yang tidak logik. Contohnya “kalau aku buat begini, mungkin aku akan mati” Padahal ia tidak begitu. Ini menyebabkan hidup menjadi sentiasa risau dan murung. Kadang kala mereka menjadi negatif terhadap banyak perkara yang biasa kerana terlalu bimbang.
Saya cuba berikan beberapa panduan.
1. Cuba dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat, buat amalan sunat seperti berzikir, baca Quran, solat sunat. Latih kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap pada makhluk. Jika perasaan itu datang, katakan “Ya Allah permudahkan urusan aku”.
2. Jauhkan diri dari orang negatif. Tiga tanda orang negatif ialah suka merungut, suka mengumpat dan suka memandang rendah atau mencari salah orang lain. Jika dia tahap mencaci, mengutuk atau menyumpah tandanya orang itu sudah wajib ditinggalkan segera.
3. Cari kawan-kawan yang positif. Tiga tanda seseorang itu positif ialah menghormati atau menghargsi kita, selalu bercerita yang baik pasal orang lain dan selalu ingatkan kita agar minta pertolongan Allah.
Ads
4. Dapatkan dan baca buku motivasi, meninton cerita-cerita yang memberi semangat dan sertailah perkumpulan (usrah) tazkirah yang menghidupkan jiwa agama.
5. Mindset. Selalulah berharap pada Allah. Beritahu, “Allah sentiasa bersama orang yang solat dan bersabar. Allah bersama aku. Segala kesusahan ini hanya ujian untuk menguji ketaatan aku”
6) Cari kawan yang boleh buat aktiviti yang menyeronokan bersama. Lakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, berjogging atau bermain badminton. Jika tiada kawan, ajak suami, anak-anak, adik beradik bagi mengelakkan berfikir terlalu banyak dan menjadi cemas .
7) Jangan tidur berseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh membantu jika berlaku serangan anxiety seperti tidak boleh tidur, rasa cemas, sakit uluhati, sakit dada atau sesak nafas .
8) Jaga pemakanan kita. Elakkan minuman yang manis dan bergula. Banyak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil protein dari sumber daging putih seperti ikan dan telur. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan avokado. Minum air kosong secukupnya.
Kesimpulannya saya percaya mereka yang ada masalah ini dapat diubati secara perlahan-lahan. Sokongan keluarga dan teman-teman sangat penting. Letakkan kebergantungan kita pada Allah.
Semoga bermanfaat
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata orang bila gigi bongsu hendak tumbuh memang sakitnya hanya yang pernah rasa sahaja tahu. Bahkan ada yang terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk membuang gigi geraham bongsu dek kerana sebab-sebab tertentu.
Jadi buat anda yang berhasrat untuk mencabut gigi bongsu, baca dahulu perkongsian Dr. Mohd Khairul Izwan untuk info bersama. Menurutnya, tips-tips ini penting bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan cabutan gigi di klinik pergigian ataupun bagi anda yang bakal menjalani pembedahan kecil bagi membuang gigi geraham bongsu:
1.Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam sebelum anda pergi ke klinik gigi.
2.Pastikan juga anda telah makan terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik. Tidak perlu terlalu kenyang tetapi memadai sebagai alas perut untuk badan anda mendapatkan tenaga yang cukup. Ini penting bagi memastikan anda berasa selesa sepanjang rawatan diberikan.
3.Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, pastikan anda telah mengambil ubat-ubatan harian yang perlu seperti yang telah diarahkan oleh doktor perubatan anda. Jangan tunda atau berhenti makan ubat yang sepatutnya dengan alasan anda mahu mencabut gigi.
4.Maklumkan juga kepada doktor gigi anda tentang masalah kesihatan yang anda hadapi. Jujur dan jangan sembunyikan apa-apa maklumat. Sekiranya anda mempunyai kad/rekod perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi anda.
5.Cuba tenangkan diri anda walaupun hakikatnya anda gementar atau rasa takut. Cuba kawal pernafasan anda. Alihkan perhatian anda kepada perkara lain seperti menonton TV di ruangan menunggu klinik atau membaca sesuatu di telefon pintar anda ketika menunggu giliran. Ketenangan anda amat penting agar anda selesa sebelum, semasa dan selepas rawatan dilakukan.
Selepas selesai gigi anda dicabut, anda haruslah mengikuti langkah-langkah berikut:
1.Gigit kapas yang dibekalkan dengan kuat dan gantikan setiap 30 minit sehingga darah betul-betul berhenti.
2.Elakkan berkumur-kumur selepas cabutan gigi agar proses pembekuan darah tidak terganggu.
3.Telan air liur dan elakkan daripada kerap meludah.
4.Elakkan daripada makan atau minum sesuatu yang panas.
5.Bagi perokok, elakkan merokok dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan gigi kerana asap rokok boleh menggangu proses penyembuhan luka.
6.Elakkan minum menggunakan straw kerana straw boleh meningkatkan tekanan di dalam mulut dan mengganggu proses pembekuan darah.
7.Boleh tuam pipi di bahagian bekas cabutan gigi menggunakan ais untuk membantu meredakan kesakitan.
8.Jangan usik luka bekas cabutan menggunakan lidah ataupun jari.
9.Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor gigi anda.
10.Berehat dan elakkan daripada melakukan kerja atau senaman yang berat.
Paling penting, pastikan anda mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang berdaftar dan elakkan daripada pergi mendapatkan rawatan dengan doktor gigi yang tidak bertauliah seperti kisah yang pernah saya kongsikan di sini:
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
TIP MESTI TAHU
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
.
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
.
• Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
• Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
• Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
.
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemakanan sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesedaran ini telah diketahui umum. Jadi tidak hairanlah, ibu-ibu hari ini bijak membuat pilihan dalam menentukan makanan terbaik untuk ahli keluarganya.
Contohnya dalam menjadikan rutin dalam keluarga untuk mengamalkan minyak zaitun yang dikatakan punya khasiat dan manfaat yang tersendiri. Namun timbul juga beberapa kekeliruan tentang pengambilan minyak zaitun ini dan ianya telah diperjelaskan oleh Dr. Zubaidi di akaun fbnya bertarikh 8 Nov lalu. Jom fahami apa katanya.
KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN
Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang ustaz, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yang didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang doktor.
Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal.
Persoalannya…
Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut?
Atau setakat tahap testimoni. Pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak ada pun sakit ginjal?
Faktanya…
Yg satu tahu punca utama sakit ginjal ini akibat penyakit kronik spt diabetes dan tekanan darah tinggi. Sebab lain adalah ambil ubat tahan sakit terlalu lama.
Ini semua tertulis dalam buku teks dan dibincangkan dalam banyak journal.
Kalau ambil minyak zaitun terus ke dalam mulut ini menjadi punca kegagalan ginjal, sudah tentu hospital di Sepanyol, Itali, Turkey, Tunisia hingga ke Maghribi penuh dengan pesakit ginjal sbb mereka ambil minyak zaitun dari waktu kecil lagi , sama ada dicampur dgn makanan atau dimakan begitu saja.
Jika benar, sudah tentu punca kegagalan ginjal akibat ambil minyak zaitun terus ke dalam mulut telah dimasukkan ke dalam buku teks, atau dibincangkan dalam journal.
Minyak zaitun adalah sebahagian makanan dalam Diet Mediterranean. Sudah diamalkan sejak dulu. Disebut dalam al quran dan hadis, kelebihan mengamalkannya.
Tak kiralah, mahu ambil dgn cara campur dalam makanan, ambil terus ke dalam mulut atau campur dalam minuman.
Semoga pencerahan ini membetulkan kekeliruan. Alhamdulillah, saya amal minyak zaitun OLIVIE setiap pagi. Saya bertambah sihat, bertenaga dan bersemangat.