Bila hendak menentukan lokasi percutian keluarga, perkara pertama yang terlintas difikiran kita sebagai  ibu ayah tentunya memikirkan lokasi yang menyeronokkan anak-anak. Sama ada ke pantai, ke air terjun atau paling tidak mesti ada kolam mandi.

Maklumlah, anak-anak dengan acara mandi mandanya tidak boleh dipisahkan jika bercuti. Itulah tempat yang boleh membuatkan mereka rasa gembira dan seronok!

Jadi tidak hairanlah ibu ayah sudah faham dan sebab itu juga akan pastikan menempah hotel yang ada kolam mandi jika tidak pergi ke taman tema air sekali pun. Itu sudah memadai buat anak-anak berasa puas bercuti.

Pun begitu, sebagai ibu ayah kita perlulah lebih berhati-hati dan biarlah dikatakan cerewet dalam membuat pilihan tempat mandi anak-anak. Kita tidak mahu, lepas anak-anak mandi manda di tempat yang bersesak sesak dengan orang lain ada yang demam, cirit birit atau kegatalan dan macam-macam kejadian yang tidak diingini terjadi.

Untuk itu, ada baiknya anda baca saranan doktor Ahmad Luqman Bukhari sebelum membawa anak-anak mandi kolam agar kejadian-kejadian tersebut dapat dihindari daripada berlaku kepada anak-anak dan keluarga kita.

Mandi Kolam, Boleh Jejaskan Kesihatan Anak 

“Daddy, jomlah kita pergi mandi kolam. Lama dah kakak dengan Maryam tak main air kat sana.”

Lemah betul bila budak dua beradik ni dah mula merayu hari tu. Cepat-cepat saya call owner KEKOTAKstay Port Dickson nak set tarikh yang kosong. Tak nak lah duk bersesak dengan orang lain.

Biarlah Cerewet Sikit Bab Nak Bawa Anak Mandi Kolam. Bimbang Boleh Jatuh Sakit Kalau Tak Hati-hati!
Lagi pun saya tahu kat situ kolamnya bersih dan terjaga.

Biarlah cerewet sikit bab nak bagi anak-anak mandi kolam ni. Bukan apa, risau sangat kalau dia orang tiba-tiba demam dan jatuh sakit lepas balik dari mandi di kolam renang.

Takut-takut terkena penyakit Recreational Water Ilness (RWI) yang berpunca dari kuman dan bakteria kat dalam air kolam.

IKLAN

Kuman seperti Cryptosporidium, E. Coli dan Naegleria fowleri, ni antara yang kerap sangat dijumpai dalam air kolam yang tercemar tau.

Kalaulah masa mandi tu, si kecil kita tertelan air kolam yang penuh dengan kuman tadi lalu masuk ke saluran penghadaman, dia mungkin akan mengalami gejala muntah-muntah dan cirit birit.

Sakit tekak, batuk dan selesema pun boleh terjadi sekiranya jangkitan tu berlaku di saluran pernafasan. Jika berjangkit ke telinga dan mata pulak, mulalah mata pun jadi merah menyala dan pedih memanjang.

Nak tak nak, cek lah dulu betul-betul tempat kat mana nak bawak anak-anak mandi kolam atau bermain air ni.

Kena hati-hati sungguh lagi-lagi kalau kolam awam. Memanglah dibubuh klorin. Tapi kalau dah kolam tu penuh dengan air kencing, najis dan kotoran, payah nak hapuskan semua kuman dalam tu.

Sambil-sambil tu pesan jugak pada ahli keluarga kita supaya:
1.Elakkan daripada kencing atau berak kat dalam kolam renang

IKLAN

2.Sebolehnya sebelum masuk ke kolam, bersihkan dulu badan di bawah pancuran air. Lepas selesai mandi kolam pun sama.

3.Jangan minum atau berkumur guna air kolam tu.

4. Mana anak yang tak sihat, demam, muntah atau cirit birit, tolong jangan benarkan mereka mandi dalam kolam.

5. Cek jugak tubuh anak kita tu. Elakkan masuk kolam kalau ada luka pada anggota badan. Bahaya sangat sebab kuman tu semua boleh masuk terus ke pembuluh darah anak kita.

6. Lagi bagus kalau kita pakaikan lampin pakai buang khas untuk berenang bagi si kecil yang masih tak pandai nak control najis.
Sambil tu kita pun kenalah cek pampers tu setiap 30-60 minit dan tukar terus jika ada najis.

Tolong #share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sekarang ni memang ramai yang ambil peluang bawak anak ke kolam mandi dan taman tema air. At least kita semua akan lebih berjaga-jaga lepas tahu tentang ilmu ni.

IKLAN

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI