Susulan kejadian kesesakan yang berlaku di plaza tol berkaitan penggunaan RFID yang mengalami pelbagai masalah dalam mengesan tag, diakui membuatkan pengguna tidak berpuas hati dan merungut.
Apa tidaknya, kesesakan tersebut cukup dirasai pada awal pagi hingga menyebabkan ramai yang terlewat masuk kerja, lambat menghantar anak-anak ke sekolah dan begitu juga berdepan masalah yang sama pada waktu puncak dan sekali gus menjejaskan jadual harian hingga menyebabkan kelewatan berbanding sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol kendalian syarikat itu susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Ini sebagaimana memetik laporan berita di Berita Harian.
Difahamkan itu antara langkah PLUS bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, selain meningkatkan kepantasan pengesanan serta menggantikan tag RFID yang rosak secara percuma.
19 Lorong SmartTAG Di 16 Plaza Tol Dibuka Semula
PLUS dalam satu kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dilaksanakan bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik yang berdepan kesulitan apabila lorong SmartTAG ditutup di plaza tol berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, PLUS akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum Selasa depan, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
“PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari depan untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
“Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” katanya.
Selesaikan Rungutan
Terdahulu, PLUS memaklumkan langkah itu antara usahanya menyelesaikan rungutan orang ramai yang dibangkitkan dalam pertemuan antara pengurusan tertinggi PLUS dengan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan.
Ads
Mengulas lanjut, PLUS turut menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di 74 plaza tol kendaliannya untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang berdepan masalah, dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.
Jamin Tingkatkan Sistem RFID
Selain itu, PLUS memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS.
Katanya, pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
“Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag itu secara PERCUMA.
Ads
“PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih,” katanya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sweet dan cukup menyentuh hati. Ibu bapa mana yang tidak sebak bila anak-anak prihatin dan mengambil berat kan. Demikian juga dengan ibu ini bila mana mendapat surat daripada anak kecilnya .
Turut disertakan bersama roti buat si ibu supaya tidak lupa makan. Cukup simple kasih sayangnya tapi sangat membuatkan si ibu tersentuh hati.Kisah tersebut dikongsikan oleh puan Arzuliana Arshad
Ni anak bongsu sy.. X suka menyepah tp suka bg nota dan bekal pada ibunya.. Abah dia beli utk dia makan sebelum ke sekolah, tp dia risau takut sy x sempat makan kat tempat keje.
Entah waktu bila dia letak dlm beg, sampai tempat keje buka beg tgk dah ada bekal siap nota lg.. Allah terharunya ibu rasa, berair mata ni baca nota2 dia bg..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Oleh itu, bagi yang ingin cuba trik ini, hadam sebaiknya perkongsian ini.
MUDAHNYA MENANAM DAUN SUP
Di sini saya kongsikan dengan tuan/puan bagaimana menanam daun sup. 2 minggu yang lalu saya cuba menanam 2 keratan/umbi isi beserta sedikit daun dari pokok daun sup dengan menggunakan baja lebihan hidroponik. Baja yang telah digunapakai dalam sistem tanaman tidak di buang tetapi kita boleh guna semula/recyle untuk tanaman lain. Saya juga gunakannya untuk pokok rose jepun gantung (nanti saya kongsikan kemudian ye)
Pertama mula pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun. Semai dalam cocopeat(sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja ab) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.
.
Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.
.
1 dari semaian diatas gagal untuk hidup sebab masalah diatas dan alhamdulillah 1 lagi masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Mudah-mudahan ianya membesar dengan baik dan boleh dibiakan lagi selepas ini… In sha Allah.
sumber : Abdul Sapawi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang isteri apabila suaminya yang diuji dengan masalah kesihatan yang serius akibat covid-19 dan kini disahkan bebas sepenuhnya. Ibarat satu rahmat yang terlalu bermakna dianugerahkan Allah buatnya!
Begitulah rasa bahagia dan syukur yang dirasai oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam dan cuba dizahirkan dengan berkongsi di Instagramnya dengan memaklumkan suaminya itu kian beransur pulih dan perlu banyak berehat dan bertenang.
“اَلسَّلامُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam Idul Adha everyone, pertama sekali mummy ingin ucapkan syukur kepada Allah swt dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya .. suamiku syurgaku sudah pulang ke pangkuan keluarga.”
Menerusi entri tersebut, Rebecca berkongsi beberapa foto bersama keluarga dan anak-anaknya menyambut Hari Raya Aidiladha semalam.
Dikesimpatan tersebut, Rebecca turut mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya, suami dan keluarganya.
“Terima kasih buat semua keluarga,teman teman, kenalan, dan juga semua followers mummy yang tidak putus-putus sama sama berdoa untuk suami mummy serta kami sekeluarga.
“Terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala doa dari anda buat kami sekeluarga dan terima kasih buat anda yang tidak putus putus menghantar segala macam makanan, ubat, bunga dan hadiah di depan rumah kami. Saya terharu.
Terima kasih untuk semua kasih sayang dan ambil berat untuk mummy suami serta anak anak semua.
“Alhamdulillah, this is my darling en suami yang dah beransur sihat…Cuma cepat penat, tak boleh banyak cakap and tak boleh dan tak diizinkan buat apa-apa dulu..doc cakap harus berehat tenang.
“Tidak lupa juga thank you utk semua frontliners and all doctor yang terlibat dalam memastikan suami dan mummybecca sekeluarga sihat. Alhamdulillah
“Selamat hari raya Idul Adha semua. Banyak yang telah di korbankan untuk tahun ini..Semoga semuanya di balas dengan yang baik baik buat kita semua. Semoga penyakit ini di angkat ke langit atas dengan secepatnya,”ujarnya.
Terdahulu, Rebecca berkongsi perkhabaran bahawa dia dan tujuh anggota keluarganya serta tiga pembantu rumahnya dijangkiti virus Covid-19 dan dilaporkan suaminya kritikal berada di tahap empat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.