Biskut Makmur Versi Nak Guna Minyak Sapi Atau Mentega, Rasa Sedap Cair Di Mulut!
Biskut Makmur menjadi antara biskut Raya yang boleh dikatakan biskut wajib ada ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Hingga kini biskut legend ini tetap digemari ramai tanpa mengira usia.
Rasanya yang ‘gebu’ dan ‘mencair’ di mulut itu yang membuatkan biskut Makmur ini cukup istimewa. Nak-nak lagi bila mengunyah biskut ini akan terasa pula kerangupan kacang tanah di dalamnya. Memang enak sungguh menikmatinya!
Buat anda yang rindu untuk menikmati keenakan rasa Biskut Makmur ini, bolehlah cuba buat sendiri untuk Hari Raya kali ini. Memandangkan membuatnya tidaklah susah bahkan bahan-bahan yang digunakan juga ringkas.
Malahan anda juga boleh tentukan sama ada untuk sediakan Biskut Makmur versi menggunakan minyak sapi ataupun mentega. Ini sepertimana perkongsian resipi oleh Nora Afida yang cukup digemari ramai.
500 gm kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar atau ditumbuk
Minyak jagung secukupnya
Cara-caranya:
Untuk doh biskut makmur
Langkah 1 :
Ads
Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
Langkah 2 :
Campurkan tepung gandum bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi sudah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
Langkah 3 :
Masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tersebut boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut itu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur,
Langkah 1 :
Sangai kacang tanah tanpa minyak.
Ads
Langkah 2 :
Buang kulitnya dan kisar kacang tersebut. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Langkah 3 :
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
Buka peti tengok ada lagi lebihan daging korban baru-baru ini. Nak buat sup, yang tinggalnya isi, macam tak best pula.
Jenuh dok mikir nak masak menu apa yang sesuai, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Yatiekitchen di laman facebook. Ada pula nasi putih panas-panas, ikan kering ke memang confirm makan bertambahlah! Jom cuba..
RESEPI DAGING GORENG CILI PADI LIMAU
Bahan A:
Daging
Bawang putih 3 ulas
Biji ketumbar 1 sudu
Jintan putih 1 sudu
Cara-caranya:-
1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.
Bahan B:
Cili merah besar 2x
Cili padi merah 6x
Bawang merah besar 1/2 biji
Bawang holland 1/2 biji
Bawang putih 6 ulas
Tomato 1 biji
Limau nipis
Cara-caranya:-
1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.
2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.
3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut.
Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?
Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.
Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.
Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.
2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!
Selamat mencuba ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...