Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.

Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini.  Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.

Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.

“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

IKLAN

 

“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.

“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

 

Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.

IKLAN

“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.

“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!

Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.

“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada  orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.

IKLAN

Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.

“Bolehkah Anak Merajuk Dengan Mak?” Jawapan Ustazah Ini Cukup Padu, Buat Netizen Menitis Air Mata. Perkongsian Yang Menyentuh Hati!


Sedia tisu siap-siap?

View this post on Instagram

A post shared by irine_nadia (@irine_nadia) on

Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut.

Sangat menyentuh hati

aisha_rosli @nrliyanarosli pagi2 dah sebak ? moga Allah sentiasa melindungi dan menjaga ibu bapaku…

alonglyana Terima lasih ustazah.. Sgt menyentuh hati & memberi kesan?

atenxzhariahh_ @atilia.tajryyy . La, tlg record sent kat aku video ni. Sedihnya. Rasa berdosa dgn mak. Kita byk kali merajuk dgn mak. ?

mimilondo001 X boleh tahan,mmg nak tisu.huhuhuu

yang ada mak jaga elok-elok

ezrayu87 Apa yg salah kene perbetulkan tapiiiii dengan yang paling berhikmah dan penuh kelembutan. Bukan mengiyakan wlupun terang2 salah.

trudolly.kotasamarahan X sanggup tgk sampei hbs mst yes mengaku kdg2 merajuk dgn mak. Skrg mak dah xda, xda tmpt nak merajuk lagi dah

Doa tiada hijab

pierahimcantik Yang ada mak…jaga mak elok2 ..kasihi mereka…doa mereka Tak Ada hijab.Apa ustazah kata mmg betul…disaat kita lena mak akan bangun solat malam ..berdoa utk kita.beruntung kalian yg ada ibu. Akak sudah x ada mak sejak 43 tahun yg lalu…rasa rindu…semua rasa ada tapi apa akak buat…layan adik arwah mak ….saudara Mara mak..sebAb itu sahaja yang boleh akak alirkan pahala utknya selain. Sedekah amal jariah

mua_assalleh Allahu? beruntunglah yang masih punya emak. Masih dibekalkan doa yang tiada hijap?

Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.

Sumber: IG irine_nadia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI