
Bercakap tentang seorang influencer dan pengasas produk Sambal Nyet ini, semestinya nama Khairul Aming sudah sebati dalam kalangan masyarakat tempatan. Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA ini telah membuatkan orang ramai kagum dengan caranya bekerja.
Bukan sahaja pandai membuat video memasak, KA juga bijak dalam mengatur caranya dalam dunia perniagaan. Disebabkan tak mahu pekerjanya mengalami ‘burn out’ dia sebagai pengasa perlu mengimbangkan pengeluaran produknya dengan permintaan pelanggan.
“Bulan puasa ni sale Sambal Nyet naik 3 kali ganda, tapi kita pun tak jual lebih daripada kapasiti sebab kita tak nak staff-staff kita burn out,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, dia sanggup menutup kedua-dua kilang sambalnya hanya untuk meraikan kesemua pekerja di bulan Ramadan ini.
“Kita bawa semua pergi shopping baju raya. Berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. Insyaallah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” tulisnya.
Bukan itu je, terserlah raut wajah gembira semua pekerja KA ketika sedang memilih barang kelengkapan raya. Ada juga yang mengalirkan air mata gembira ketika diumumkan pemberian bonus oleh KA.
Disebabkan caranya menjaga kebajikan pekerja, KA berjaya menambat hati warganet dan rata-rata sangat kagum sehingga menggelarnya sebagai ‘founder’ dan ‘influencer’ contoh.
Antara komen warganet:



Sebelum ini KA pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan pada umur 25, namun semua usahanya gagal. Pada umur 27, KA bangkit semula daripada bawah dan dengan kejayaan daripada video memasaknya yang viral, perniagaan Sambal Nyet KA bertahan sehingga kini.
Sumber: Khairul Aming
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan Hanya Makanan, Peralatan Rumah Lain Juga Ada Tarikh Luput. Baca Ni Untuk Info Lanjut!

Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak. Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu. Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)

Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama. Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak. Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut. Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih

Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya. Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)

Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)

Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun)

Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)

Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)

Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Patutlah Tanam Cili Gugur Dan Tak Gemuk-Gemuk, Rupanya Cara Tanam Salah, Peniaga Cili Ini Tunjuk Teknik Yang Betul.

Walaupun pokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya ketika bercucuk tanam, namun masih ada yang terus berusaha menanam pokok ini.
Hasil lumayan dan sering digunakan untuk masakan menjadikan pokok cili menjadi tanaman kegemaran ramai.
Tapi nak tanam memang kena tahu ilmunya baru menjadi dan dapat merasa hasilnya.
Nak tahu caranya ikuti teknik peniaganya.
Ikuti teknik ini.

Nak tips jaga pokok cili bara paling mudah?
Baca sampai habis☺️
Jika saya boleh anda juga boleh
Cili bara.
Tip bagi yg baru nak cuba
Kenal tanah dan nisbah.

Kalau guna cocopeat campur lah ia dgn bahan lain seperti.
1)Tanah hitam
2)Topsoil
3)Sekam padi/sawit
Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu tu blh la pilih antara 3 bahan tadi
Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yg tersendiri
(Pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama sy menanam)
Jika cocopeat baru perlulah di basuh dahulu sebelum guna.
Kalau guna topsoil campur lah ia dgn cocopeat
Nisbah 2+1
Contoh dua topsoil dan satu cocopeat
Tujuan topsoil di campur dgn cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.(pengalaman yg pernah terjadi ketika musim kedua sy tanam) topsoil yg di beli secara pukal lain beno rupanya dgn yg kita beli satu beg rm3 tu bila hujan air x lalu.tidur2 anak pokok saya masa tu.terpaksa buat kerja dua kali keluarkan anak pokok dan tambah cocopeat pas tu tanam semula…fuhhhh….di sebabkan rasa keciwa lepas tambah cocopeat tu sy x jaga dh tinggal MCM tu je
Jika di tanya saya suka guna yg mana?
Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat.senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dgn nutrisi dia sendiri.pengalaman sy tanam dan tinggal tanpa baja dan siram ingt pokok tu semua mati tapi tau2 dh ada bunga .selepas di rawat semula itulah pokoknya yg anda lihat sekarang pada gambar di bawah.
Baja.
Bagi yg baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal x banyak blh cuba baja npk 15 15 15
Dan racun serangga pula blh cuba mapa malathion 57 .kalau ada duit lebih blh LA tambah cuka kayu sekali.cukup untuk 3 bahan ini bagi yg betul2 baru nak bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap
N untuk daun
P untuk akar
K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali
Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali di selang seli dgn cuka kayu.jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yg makan buah blh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.bila serangga dh x nampak lagi blh LA kita jarakkan semula seminggu sekali.
Nisbah sy gunakan 1ml dan 1 litter air
Pokok rosak apa nak buat?
Bab ni atas pengalaman juga.bila kita tanam dlm masa 2 minggu selepas pindah dlm polly beg atau batas kita dh blh nampak mana yg dh mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.kalau ada yg begitu kita potong pucuk tu dan asing kan dari pokok yg lain.biarkan dlm seminggu penjagaan beri sama rata x perlu berlebih-lebihan sebab kita x nak manjakan sgt dia sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat dia satu tu je.kita ada banyak lagi anak pokok lain yg perlu kita fokuskan.selepas dua minggu jika masih juga dia x sihat,nasihat sy cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.
Siram.

Pagi sebelum jam 9. Petang selepas jam 6.jika kawasan tu redup awal blh LA siram awal.siram seluruh pokok terutama bawah daun.ini yg saya amalkan setiap dua hari seklai alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah hama putih di bawah daun.jadi kita dh blh jimat racun serangga dan kita dah x perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut,jenis akar serabut sukakan tanah yg poroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dpt keluar
Sy juga baru belajar dan masih belajar.apa yg saya sampaikan adalah pengalaman.sy suri rumah bukan pekebun sepenuh masa.menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.pokok sy x banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok.saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim2 yg lepas.
Cara ini sesuai bagi yg baru nak belajar dan kepada yg nak jimatkan kos dan pokok yg x banyak mcm saya.
pokok ni saya dh kutip buah dia minggu lepas yg tinggal ni belum cukup matang nak petik.ada org suka petik sampai habis saya suka petik yg besar2 je so dpt LA lepak2 kat kebun seminggu sekali petik cili.

Sumber: Alin Lin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begini 5 Rahsia Buat Suami Mudah Dengar Kata Isteri, Barulah Rumahtangga Makin Bahagia.

Suami selalu keluar malam, lepak kedai mamak dengan member, keluar rumah tak pelawa isteri pun.
Sekali buat ok, dua kali berulang ok tapi kalau banyak kali terasa juga, lebih-lebih lagi isteri berhati “sponge” mudah rasa kecil hati.
Ini 5 rahsia yang semua isteri boleh amalkan supaya suami mudah lembut hati dan dengar kata.

1. Jaga makan suami
▪️ Nak suami mudah dengar kata jangan bagi makanan sebarangan masuk ikut mulut.
▪️ Bila suami dah terlalu biasa makan di luar nanti makan di rumah rasa pahit dan tawar walaupun sekadar minun air putih.
▪️ Sebaiknya isteri masak untuk suami dan makan di rumah sambil suap menyuap baru mood honeymoon tu sentiasa segar.
▪️ Nescaya suami akan buka telinga seluas-luasnya untuk isteri bila perut dia dipenuhi kasih sayang.
2. Guna kata-kata lembut
▪️ Jangan sesekali keluar kata-kata kasar dengan suami walau marah macam mana sekali pun.
▪️ Sekali terlepas perkataan kasar akan menghasilkan selaput di telinga suami ibarat dinding yang menghalang suara isteri didengari.
▪️ Inilah punca suami dapat masalah pendengaran, lebih serius lagi suami boleh berjangkit pekak dari badak.
▪️ Jaga bahasa, jaga nada suara, jaga hati barulah suami sentiasa lembut hati.
3. Jangan keluar tanpa izin suami
▪️ Salah kalau keluar rumah tanpa izin suami, lebih salah lagi kalau menipu suami.
▪️ Lumrah lelaki mereka mahu di hormati, hormat suami barulah suami mudah hadam apa isteri cakap.
▪️ Hormat suami dapat pahala besar lagi, Untung betul ! Lebih best kalau keluar bersama suami, boleh luangkan masa dengan suami.
▪️ Rumahtangga ni ladang pahala, jika betul cara semai banyak pahala boleh di tuai nanti.
4. Berhias depan suami
▪️ Time nak pergi majlis kahwin ewah bukan main tebal lagi solek, kalah mak andam solek.
▪️ Sedar tak yang suami akan terasa jealous dan kecik hati bila nampak isteri sendiri “melawa” bukan untuk dia.
▪️ Kalau boleh tanya suami dulu, “boleh tak sayang solek macam ni?”, Barulah turun sedikit rasa jealous suami ni.
▪️ Tak salah berhias tapi sebaiknya betulkan niat berhias untuk jaga hati suami, jaga aib suami, jaga imej suami, jaga market suami.
▪️ Suami mana tak suka isteri yang lawa, tapi suami lebih sayang isteri yang nampak “lawa” di hati.
5. Tidak meminta-minta
▪️ Elakkan meminta-minta suami buat itu, beli ini, ambik sana, bawak sini apa sahaja perkara-perkara yang remeh.
▪️ Lagi di minta lagi susah mereka nak buat, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ini lumrah orang lelaki tak suka di arah arah.
▪️ Mereka suka pada yang pandai berdikari, tak runsingkan kepala mereka tapi masih boleh bermanja-manja.
▪️ Percayalah semakin kurang isteri meminta-minta semakin prihatin suami anda jadi. Tup-tup dapat bunga je masa ulang tahun nanti.
Suami yang hebat pasti ada isteri yang hebat membantu di belakang, tapi isteri yang hebat tidak suka menyusahkan suami.
Ambil hati suami, curi mata suami, jaga perut suami barulah telinga dia akan ikut je mana isteri pergi..?
Sumber: Mohd Fhais
Suami yang tak kisah kena QC dengan isteri sebab dia memang Queen di hati.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

