Pengambilan buah-buahan segar menjadi keutamaan dalam diet harian untuk mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Setiap buah-buahan ada khasiatnya tersendiri dan begitu juga dengan buah-buahan kering.
Pun begitu, ramai juga yang kurang mengamalkan pengambilan buah-buah kering dalam diet harian. Mungkin kerana tiada pendedahan detail tentang khasiat buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.
Berikut bagus kiranya untuk dibaca perkongsian daripada Dr Suri Roowi tentang khasiat buah-buahan kering untuk pengetahuan bersama.
BUAH-BUAHAN KERING – TINGGI KHASIAT TETAPI DIPINGGIRKAN
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.
2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering
3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.
Ads
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 C juga tidak merosakkan khasiat dalam buah kering.
5. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan buah kering mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat menghalang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah teen juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.
6. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah teen, prune dan kurma. Kajian lain pula mendapati kurma tinggi khasiat (polifenol) manakala buah teen tinggi antoksidan.
7. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau. Pengambilan kismis pada kadar 21 g sehari pula dapat meningkatkan antioksidan darah sehingga 8%.
8. Kismis juga tinggi khasiat. Memandangkan kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69, pesakit diabetis tidak boleh memakan kismis secara berlebihan. Walaubagaimanapun terdapat kajian menunjukkan kismis membantu kurangkan risiko diabetes jika diambil mengikut kadar yang betul (sila rujuk posting sebelum ini).
Ads
9. Kajian ke atas tikus mendapati buah prun kering boleh merendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prun juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.
10. Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma pula membantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.
Ads
11. Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu masalah buah pinggang.
12. Walaupun kebanyakan buah-buahan kering lebih tinggi khasiat antioksidan berbanding buah segar, kandungan potassium dalam buah-buahan kering juga tinggi. Contohnya, kandungan potassium dalam buah aprikot kering adalah yang tertinggi, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.
13. Kandungan potassium bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang.
Walaupun masih muda dan baru berusia 25 tahun, sifat keperibadian Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah cukup dikagumi ramai.
rata-rata rakyat mengakui baginda dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat. Tidak hairanlah Tengku Hasanal turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.
Baru-baru ini, dalam satu perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Paihhh, dia telah menceritakan kisahnya yang pernah berteman rapat dengan Pemangku Sultan Pahang itu.
Kisah tersebut tular di laman twitter dan Paihhh atau nama sebenarnya Raja Mohd Faiz dikategorikan sebagai ‘bertuah’ apabila merasai alam persekolahan sewaktu kecil bersama kerabat diraja.
Pengalaman menjadi teman persekolahan kepada Tengku Hasanal adalah suatu yang manis untuk dikenang.
Dia juga berasa bangga kerana usia kecilnya dipertemukan dengan teman yang begitu baik dan merendah diri walaupun kedudukannya merupakan golongan diraja.
My ex classmate since darjah satu sampai darjah 3. And teringat masa dijemput ke istana masa birthday Tengku Hassanal. Dgn tak bawak baju spare utk mandi. Tetiba Tengku Muhammad tolak masuk dalam kolam… https://t.co/jvc2m3NUyR
Then Tengku Hassanal datang and ask me “raja ada baju lebih tak?” Then i said “tak bawak Tengku”. Then Tengku Hassanal ajak aku masuk dalam bilik dia sambil bibik dia follow. Then Tengku bagi baju Tentku utk aku pakai time tu. Thank you so much 🙏🏻🥺
Then another day, masa rehat time nak beli tie sebab dah dilantik pengawas time tu. aku tak cukup duit nak beli tie. Tengku terdengar keluhan aku, suddently Tengku panggil bodyguard dia..
Malah, sewaktu dia tidak mempunyai wang untuk membeli tali leher di sekolah, Tengku memanggil pengawal peribadi baginda lalu menghulurkan wang kepadanya.
Then dia ambil purse dia dgn bodyguard dia, “nah raja! Pergi beli tie!”. Masa tu aku tak tahu nak cakap apa. Dengan baju yang Tengku bagi tu pun Tengku tak bagi aku pulang balik dkt Tengku. Tambah pulak Tengku hulur rm5 utk aku belikan tie masa tu 😔🥺
Thank you for the memories Tengku Hassanal! Im so proud sebab dapat rehat dkt kantin dulu dgn Tengku. Duduk satu table🥺😂. Tengku memang suka tolong orang since sekolah rendah lagi!!!
Tengok rupa nampak tua tapi usia masih muda. Pernah tak berlaku pada anda. Rasa ngeri kan? Sebenarnya proses penuaan berlaku pada semua kerana satu proses semula jadi, justeru, kita tak mampu nak elak. Cuma boleh lambatkan dengan cara yang betul.
Berikut 5 tabiat yang perlu dielakkan jika anda tidak mahu proses penuaan menjadi lebih cepat berbanding biasa:
1. Tidur Meniarap Muka Ditutup Bantal
Apabila kita selalu mengenakan tekanan ke atas kulit muka dengan bantal semasa tidur, ini akan menghasilkan trauma pada kulit muka. Apabila ada tekanan pada muka yang terhasil akibat geseran dengan sarung bantal, ini akan menghasilkan kedut akibat kolagen yang pecah.
Keupayaan kulit untuk memulihkan keanjalan wajah juga terhenti kerana peraliran darah tersekat akibat tekanan yang wujud pada wajah. Tidur dengan wajah tidak ditutup membantu mengelakkan masalah ini berterusan.
2. Suka Berdendam
Setiap hari kita akan berhadapan dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Ada kajian yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kesihatan badan dengan orang yang pemaaf. Seseorang yang suka berdendam, akan meningkatkan sistem aktiviti saraf yang mengawal kebimbangan dan akan menggalakkan rembesan hormon kortisol.
Kortisol akan membuatkan penambahan berat, kenaikan tekanan darah, meninggikan kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko diabetis.
3. Berhenti Bersenam
Orang ramai selalu mengamalkan senaman dengan meletakkan sasaran tertentu. Apabila sasaran tercapai, kebanyakan mereka akan berhenti bersenam. Banyak penyelidikan sudah membuktikan dengan senaman yang berterusan, akan menurunkan kadar kortisol serta meningkatkan hormon seperti testosterone yang banyak memberi faedah pada individu.
Pihak American College of Sports Medicine menyarankan 30 minit diperuntukkan untuk aktiviti senaman setiap hari.
4. Suka Makanan Dan Minuman Bergula
Gula mempercepatkan kadar penuaan badan kita. Memakan gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit, seperti masalah jerawat dan kedut-kedut muka.
Apabila kita makan gula dan gula diproses oleh badan, ini akan menghasilkan molekul baru yang digelarkan AGE yang akan merosakkan fiver-fiver protein yang mengawal tahap keanjalan kulit.
5. Suka Berjaga Malam
Ketika remaja, berjaga malam memang menyeronokkan kerana kita mempunyai banyak masa untuk berseronok. Namun menjelang dewasa, berjaga pada waktu malam akan membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada biasa. Apabila berjaga malam, kita akan kekurangan tidur yang cukup. Ini akan menjadikan mata kita kelihatan bengkak dan sembab. Kita akan kelihatan kurang bermaya dan kusam.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman Nordin menamatkan zaman bujang. Dengan sekali lafaz, pereka fesyen terkenal ini sah menjadi suami kepada Nurida Suraya.
Rizman Nordin dan Nurida Suraya sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Majlis akad nikah ini turut dihadiri beberapa rakan artis dan pereka fesyen yang lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Alving Chong dan ramai lagi.
Dato Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi momen sahabatnya itu yang kini sudah selamat bergelar suami.